wrapped up 2010. 2


mulakan dengan kenangan manis buleh?

cupcake adalah kenangan manis walaupun selepas itu menjadi pahit. takpa aku redha. u a good fren farami. really.

suma tentang cupcakes diabadikan dalam entry ini.(klik)

pastu sorang sorang nak buat aku bangun semula. kutip balik pas kena hempas teruk. ye sangat teruk. sorang kawan aku ni. dia laki. dah nak bertunang tahun depan dengan perempuan pilihan dia. sangat cantekk.. kawan baik la jugak. kami takda apa apa juz kawan saja. bawak aku g genting segala nak bagi aku hepi balik cam sediakala. tak p berdua. pegi berempat. ok buleh baca di entry sini.(kelik)

banyak sangat la weyh, dengan jumpa kawan kawan blog yang cool abes. gath yang aku p buat aku kenal dan rapat dengan kawan kawan may, besh sangat. pastu aku hang out dengan kawan kawan baik aku. sungguh bes la weh. kawan kawan baik, una dan fiz. kawan kawan geng sekepala di kelas, moksing terchenta, KC, wawan, sis, jah. aku rindu sangat nak hang out cam dulu dulu. time aku dok kolej dulu.

kenangan termanis mungkin aku dah jumpa my other half. mungkin. =)


p/s: banyak sangat nak tulis sampai jammed pala otak.haha pelis. tinggalkan url anda kepada yang baca blog senget nih.


Continue >>>

wrapped up 2010. 1


disebabkan aku tulis nombor kat atas tu makna kata ada banyak bahagian. sebab akur asa mood blogging aku dah kembali. aku kan update blog secara pukal mulai sekarang. maybe gambaq gambaq saja yang akan diletak tapi takpa aku tak kejam nak seksa mata ampa tapi apa tengok la wey. tak sian kat aku ka?penat aku buh gambaq nanti.

oh banyak sungguh peristiwa sadis dalam idup aku sepanjang 2010. aku rasa tahun ni paling sedih penah aku ngadap. banyak kesengsaraan aku dah lalui yang aku simpan sendiri tak cakap sesapa. aku tak berani nak luah dalam belog sebab takmo blog aku penuh dengan kisah kisah sedih. bukan suma orang suka baca kisah sedih ni. so aku pura pura hepi dan pakai topeng. itu perkara biasa bagi aku. pakai topeng the joker.

banyak ati terluka dan banyak kali jugak ati aku berdarah macam ban pecah. tapi tula life. kalo aku cita satu satu yang aku mengadap mesti ampa cakap "weyh!leh buat novel kisah hang ni". ala novel pon adaptasi kisah sebenar gak. so takyah heran k? aku tak kesah dah orang benci aku. sebab aku tau ramai dah mula benci aku. ke aku pasan ja? benci la sebab ada orang benci tanpa kenal sapa orang yang dia benci tu. paham tak? macam dengar2 cita "eh dia ni pompuan jalang tau. ko benci la dia tau weh. dia tatau malu." ha terus la ko benci dia tanpa kenal pon dia tu. betul ke jalang?apa yang dia dah buat sampai dapat gelaran tu? haaaa.. siasat dulu k?jangan main benci ja.

haters biasa la. bukan suma orang suka kat kita tapi kadang kadang rasa macam tak adil sebab kenapa perlu benci dia sebab dia ada itu ini dan diri sendiri takde itu ini?penah terpikir tak? benci sebab dia lawa, benci sebab dia kaya, benci sebab dia ada baju cecantik. nonsense la benci pasal tu suma. takdak benda pon. bukan salah dia pon nak lawa, bukan salah dia pon dia kaya. lerrr... tak paham aku orang camni. jeles takpala. aku jeles weyy dia lawa, camna nak lawa cam dia?apa produk dia pakai. haaa yang tu tak kesah la..takdak la dengki dengki ka apa. tu normal. dengki sampai ati itam tak guna. sila terasa.

jatuh ati tersuka kat orang itu ini, tersayang, dan sebagainya dah jadik lumrah. ngaku la wey. kita ada kan tersuka or terjatuh ati pandang pertama ka ketiga ka. ada tuh. jangan tak ngaku. aku pon camtu gak. tapi sumpah tak berani reveal kat sini aku suka sapa sapa. aku diamkan ja. tak berani nak expose cita pasal ni suma kat ampa. nanti dah yakin aku akan expose satu satu.

banyak kawan aku da kenal. sory sangat sesapa yang singgah kat belog aku tapi aku tak singgah balik sebab aku sangat sangat serabut few months ni. aku serabut sangat sangat sampai aku bukak ja blog pastu nak luah suma benda aku draftkan. tak publish pon. sebab tatau la napa. pastu kan aku nak sangat kenal yang singgah blog aku. pelis tinggalkan link anda suma kat sini. pasni aku nak update bloglist aku. pelis pelis.

tu ja. nanti aku update len.



p/s: sesapa yang singgah pelis tinggal url bawah ni. aku buh dalam bloglist aku. aku rasa bersalah ni tak trace balik. thanks korang..

Continue >>>

rumah terbukak luas.sila masuk


benci aku tulis panjang panjang letak suma2 buleh plak terhilang tiba tiba..buleh mendatangkan stroke betoi..aku sakit jiwa dah ni tapi aku ni jenih gigih.aku tulis semula..ni rumah terbukak aku nak cita ni..raya aritu..raya aji ke?bukan2..raya aidilfitri yang muliaaaaaa..ailebiu..ok gila tetiba ailebiu..toksah dok mengada mari kita mengumpat secara terang terangan.

aku p rumah terbukak kat umah kech hidayah. dia kecik ja weh. separuh badan aku. betoi tak tipuuu punyehh..aku besaq dua kali ganda dari dia.. tau dak rasia dia kuruih keding camtu napa?sebab dia malas..suma pon malas..makan pon malas..sebab dia malas,dia pon tak makan. kesimpulannya tu la tips dia kuruih..susah weh. semalas malas aku bila lapaq aku otomatik rajin masak.
cari perbezaan aku ngan kech..ok sudah terang lagi nyata..tak payah habaq..aku kecik ati nanti padan muka ampa..chaon sebelah tu aku tatau nak kata dia buat muka apa..aku maleh ah nak kutuk dia..nanti dia tacing lebih. pastu kan aku tak kelapaq ah nak pujuk dia..tacing2..aku kutey satlagi..aduh tetiba sakit perut. tapi takpa..aku tengah gigih ni.aku tuleh lagi.


ini nabiel. dia ni nampak ja macam sopan tapi cait!jangan percaya suma itu.itu tidak benar belaka. dia suka mengguda aku..guda la sangattt..gila awww..dia ni kalo bab mengata aku kuat makan ka apa ka bagi kat dia la..sebab dia ah aku tak jadik makan rojak yang aku tingin nak makan satgi dia kata aku kuat makan lak tapi sebenaqnya aku mana kuat makan pon.aku biasa biasa ja..hehe..sebabkan hang aku suh beliau berenti makan kat tempat len hang tauuu dak...lapaq punya pasai..hang bertanggungjawab biel!


disebelah nabiel ialah nikon...heheh..comel je dia..hohoh..sory ye saya memang camtu..kurang sket dengan orang yang baru pertama kali jumpa..hukhuk..ok suma tak tengok kamera..aku nak salahkan orang yang tangkap gambaq nih buleh?


ni la antara tetamu lain...aku saja tanak fokus kat biel nih..dia pasan gak..nak buat camna..hahahah..arini aku ngumpat hang ja dalam belog aku..hang redho nuuu..hahahah..



p/s: aku da taip semalam buleh plak aku terpetik apa ntah ilang pulak.


Continue >>>

hanya nak menulis


rasa nak menulis pepagi buta ni..susah nak adakan entry dalam blog ni sebab aku tatau mood aku ilang ke mana pasal blogging ni..maybe i'm not into it anymore..banyak banda dah jadik dalam life aku tapi aku tatau nak story camna..maybe its too privacy that i cant tell anyone. biaq aku ja tau. orang terdekat ngan aku pon tatau. baik aku diamkan dulu..kang jadik ntah hapa hapa, salah paham la apa la pastu aku kena balik.maleh ah aku..

aku cuma nak mintak pandangan ampa. kejam sangat dak aku kalo aku keep pushing some1 out of my life over and over again. sampai aku rasa kejam gila. rasa bersalah gila. jangan la cari aku lagi. pelis terima hakikat. aku bukan tuk kau. sory k. jangan cakap rindu aku dah. kalo betul rindu aku, jangan la cakap kat aku. buat aku rasa lagi bersalah sampai moody tahap cipan laut. sory k.

tak berniat tuk kejam tapi ini yang terbaik. dah, stop k. jangan buat rasa bersalah ni makin lama makin teruk. dah macam orang apa dah aku ni. aku bukan baik pon. ok? pelis jangan seksa diri tu lagi. dah lama kan benda ni.
Continue >>>

hai uolls


da semacam menggedik plak bila tajuknya berbunyik begituuu...aku punya laptop rosak weh..sumpah weh aku tak tengok pon benda bukan bukan seperti yang lusyah lusyah ke apa ka..mana aku tau nak bukak porno porno..maleh aku nak tengok.dah la nak periksa nanti gelap otakaku.sapa mau jawab masa aku dak periksa nanti?hang mau?hang mau?

entry ni aku tatau nak merepek apa cuma aku rindukan sangat sangat nak berblog seperti biasa..rindu weyyy nak menayang gambaq yang penuh dalam aku nya laptop ni tapi aku tak publish pon.malu wey tayang muka tak siap aku kat orang. lani dah penuh dengan jerawat..aiyoo..apa mau buat. tempek bedak sejuk aku maleh. berkerak la bantai aku nanti.apa tips pp putih gebus?abaq skettt..

pastu kan lani heboh pasai banjir.aku bernaseb bek sebab kampong aku depa dah dalamkan sungai so umah aku terselamat.dah la umah aku tak dak umah atas, satu hai plak aku nak p pindah kat surau. dulu duk surau masa banjir besaq dulu..punya cooollllllll...dapat kawan yang tadak la ramai sangat tapi buleh belajaq masak la.haha. masak bes bes lak tuh..huhu..sedappp wey..ok tamau benjir dah. penat mengemas barang. penat mencari adik bongsu yang suka p men ayaq buat mak risau. penat nak menjerit jerit terkinja kinja bila lintah ka pacat ka naik kaki.sumpah aku fobia dengan menatang tu. ngan lipas aku machooo ja..haha..

so, berhati hati di musim banjir ni tauuu..jangan dok menyelam main ayaq banjir plak.banyak bekteria tawuuu?jangan men tau. dengaq cakap saya ni. saya bukan nak menggoda saya cuma mau menasihat..hehehe..

p/s: jatuh cinta antara blogger semakin menjadi jadi..heheheh..semoga berjaya..sweet ngat aih ampa ampa ampa suma ni..aku jelesss tawuu..semoga bahagia kawan kawan.
Continue >>>

bizi berlakon


sory sayang sayang suma..lama tak update blog sebab bz la berlakon..wahaha.pompuan gedik lak tu..redho dengan watak diberi..ni untuk subjek kursus aku..kena berlakon wey nak dapat markah..lebih kurang esaimen yang kena berlakon secara teratuq dan sedap mata memandang..sedih yaww kalo dah abeh belajaq pastu teringat kenangan kenangan ni..mau kunun kunun habuk masuk mato yo bergenang ja teringat kawan kawan.

ok setop dulu bab melencong sebab aku sumpah ketaq gila nak mampuih berlakon ni..watak utama lak tu..puteri inke yang gedik uolls.dah la aku tak gedik macho terlebih dibagi plak watak gedik.mau la aku terkinja kinja tatau nak buat..tap disebabkan aku memponyai motibasi yang tinggi aku tenangkan ati buat la jugak..apa pedulik aku orang nak kata apa..hukhuk...siap menari tuis tuuu..tapi aku tadapat lagi video tu..kalo dapat aku kasik ampa tengok aku tuis..nescaya ampa jeles aku tuis cam saloma.siap bersepek mata itam uolls..

ok tontonan umum disediakan untuk semua..jangan la buat buat muntah ye..aku ok ja pakai..tadak la pakai bikini bottom pon..pakai kebaya kottt...


carik aku yang mana satu..carik la...


close up skettt....si bulat..sekian terima kaseh..tau dah aku memang bulat...

cik puteri bersama sama dayang dayangnya..wiwit!!men mesej kot atas pentas...hukhuk..
jejaka pertama yang cuba merebut ati puteri yang menggedik..sumpah aku malu tatau buat muka apa time nih.
laki kedua yang duduk tu...wiwit!hahaha...

rebutan dua jejaka yo..tapi kawen ngan laki a.k.a pompuan len.wahaha...tu yang pakai baju askar tu la last jadik laki aku..hoho...yang pakai baju melayu bapak aku..hehe..

sinopsis skett:

raja ulam (yang pakai baju melayu tu) ada anak cun dan comel dan gedik dan sweet dan sebagainya bernama puteri inke. dia ni menjadi rebutan 2 jejaka kat negeri tu.pastu kan 2 jejaka tadi tu kawan baik..ada la jadik ntah apa2 punya adegan.pastu kan dayang dayang puteri ni syok kat 2 mamat tadik tu..so tetiba raja lawak mai.raja lawak yang pakai baju celoreng tuh..so raja lawak pon mai masuk minang..dapat la puteri inke tu..tu la cita dia..hahah..

ok cita abes dah..buleh la buat aktiviti len..

p/s: ari ari lebih indah kalo ada orang temankan kan?
Continue >>>

orang kena sumpahan jadik ikan kunun..padahal memang ikan.


aku p aquaria aritu aku terjumpa dengan kapten luffy tengah mencekik punya laju..aku mesej mesej dia la kaco..aku dok belakang dia pon tak pasan..gila mencekik punya laju tak pandang depan belakang tepi kiri kanan..aku suspek hang la pakcik oii..

kat sini la aku tau ada ikan yang ada depa buat p baca yasin ka apa ntah kunun kunun dia disumpah jadik ikan sebab derhaka ka apa pon aku tatau la..padahal tu memang ikan kot weyhh..bukan kot tapi memang ikan..sapa yang tertipu tu memangla..yang dok p pemuhong tu lagi la berdosa besaq!jahat la lu orang menipu orang yang inesen.



ni buktinya..tak nampak sangat la pulak..sebab dia berenang2 weh..aku tak sempat nak kejaq.



ok dah abes tulis..hukhuk..

p/s: macam mana aku nak tolong orang yang dah jauh tersasar?aku tak reti.
Continue >>>

saya takut.


saya takut saya sedang melalui kesilapan saya..saya takut saya telah membuat kesalahan.saya takut saya tengah mengalami pembalasan saya.saya takut saya telah membuat ati orang sakit dengan saya..saya takut dengan keadaan sekeliling saya..

dan sebenarnya saya takut dengan perubahan yang sedang berlaku atas kepala hotak saya dan ati saya.




saya mintak maaf jika satu ari saya ilang tanpa kabar berita..

dan untuk awak, pergi. saya bukan untuk awak.


Continue >>>

penah dengar hantu kasut? (1 kasut, 2 kasut, 3 kasut,eh silap)


hai ampa semua..aku da gila update belog sebab nak lepaskan kerinduan aku kat fesbuk.haha..sebab aku update status fesbuk sehari 2 kali..tu pon nak habaq..oh itu perkara biasa semua nak habaq kat ampa semua..kawan jemur kain kat penyidai 3 ari tak angkat sampai aku nya kain baju dalam baldi takleh nak sidai pon aku nak habaq.hukhuk.itu perkara biasa nak mengadu kat ampa yang last skali aku kena smash balik..kehkeh..kuang asam punya ampa..

ok aku nak cita perihal umah aku ni..seyes shit aku takut nak cita weyh.dah la aku tengah sorang sorang dalam bilik nih..jangan baca weyh kalo ampa lemah semangat..satlagi jangan salahkan aku kalo takleh nak tidoq malam..ini seyes punya matter ni..aku tak men2 aih macam dalam entry entry seram hat lepas..ni betoi punya weyh...ni jangan kata aku tak warning lak..

ni pasai umah aku ni..pelik sket..kalo hang masuk umah aku tak la rasa apa apa pon..tak la meremang segala bulu..tapi kan, pelik ngat aih..pada suatu hari, aku pasan kasut sebelah aku ilang..sebelah ja pon..kalo 2,2 belah aku tak heran sangat..dah la sebelah pulak..mau aku ngamuk tanya semua orang dalam umah aku, sapa ambik..kalo 2 belah tu maybe la ada budak umah aku ambik pakai p kelas..ni sebelah ja..sapa la ngok sangat nak pakai sebelah ja p kelas..dah la berzip kasut aku tuh..comfem la pasan kalo tersalah ambik..aku riuh rendah bak p pasaq tani dengan perasaan hampa kerana aku berpikiaq takkan jumpa balik dah kasut tuh yang aku tak sayang sangat.

ok keesokan harinya..mirikel telah terjadik! kasut aku elok terletak kat rak kasut seperti sedia kala..tak pasan lagi apa apa yang aneh..buat cam besa ja..pastu minggu depan jadik lagi..dekat rumate aku..ha, kasut dia plak yang ilang sebelah..pelik betoi ilang sebelah.dia tanya aku, mana aku tau, aku cakap p la tanya yang len..depa yang len pon tatau..haih..pelik..aku kata tunggu esok. ha hambikkk ada balik kat tempat sedia kala..ati aku ngan kawan aku da tak sedap..macam ada something..haish..

bulan posa tak dak apa berlaku..sebelum balik aku check semua kasut dan pasangan..cukup semuanya..sebab aku last yang balik..balik mai sini aku plak yang terawai..haih..masuk ja aku tengok suma kasut dan pasangan..suma ada..ati lega sebab aku kena tidoq sorang sorang sampai la yang len sampai..sumpah aku takle tidoq aritu macam macam bunyik dok ketuk pintu..aku dok dalam bilik bukak cita sekuat mungkin..ha hambik.pas subuh baru aku tidoq..

esoknya ada kasut ilang sebelah..haih..ilang lagi..kawan aku pasan..dan macam yang dah dijangka, pas bising bising, ada plak kasut tu kat tempat biasa..pelik sebab aku sorang saja malam tu..bukan aku yang ambik..dan kasut tu dalam umah sumanya..tak mungkin la ada orang luaq nak ambik.

pastu biel jahat gilaaa masa tu p cita seram kat aku masa tengah tengah pintu kena ketuk..ngekk..aku takut hang tau dak..aku suh simpan cita dia..esoknya aku tanya sebab dia penah dengaq cita yang sama..esok siang aku tanya dia gelak..ngekk la hang biel..hukhuk..

dia kata yang dia dengaq cita, ada budak sama kena cam aku, pastu dia ikat tali kat kaki dia bersambung dengan kasut dia..kalo kasut tu kena tarik kira dia buleh pasan la..pastu kena tarik la kaki dia yakni ada benda tengah tarik kasut dia..waaaaaaaa..ampa tau apa yang dok curik tuh?












baby tengah merangkak yang merah menyala mata dia tengah tarikk!!!tau dak aku tengah kecut perut dah ni..




ok setoppppppp...aku takut nak buat berani cam budak yang ikat tali tu..sumpah aku ni penakut orangnya..ok seram dah..naik dah bulu bulu...sekian...ditutupi entry ni dengan gambaq ngeri..jangan tengok kalo seram weyh..



nah ambikkkk!!punya ngeri!!

p/s: ada satgi yang letak kasut kat luaq kena kira, 1, 2 , 3 kasut...eh silap plak...1,2,3 kasut..eh ada orang tak tidoq lagi lah!

Continue >>>

cerita sedap


aku nak bercerita pasai sedap..memang sedap weyy..teman tatau nak cita camna..punya sedap la...ni pasai benda makan la aku nak cita nih..kena cita la masa dah abeh posa..kalo masa posa aritu teman cita dah ramai marah teman dok bagi meleleh ayaq liuq depa..baik aku simpan cita ni masa bulan tak posa..tapi sapa sapa posa ganti tu mintak mahap la ye..

aku suka gila char kuey teow kat stesen universiti tepi jalan tu..rasa dia punya sedap sampai meleleh weyh kalo teringat..ok lani dah terliuq dengan kadar yang amat laju..semoga tidak meleleh masa aku tidoq nanti..aku taip entri ni kul 2 pagi kot weyyy..jangan nak kata aku tidoq siang plak..tak maneh menuduh aku bukan bukan..heheh..

pastu kan...aku p la ngan kawan aku ni...saja nak tunjuk kat dia tempat sedap..pada aku la..tatau la kat tekak dia tu rasa sedap ka dak..tapi tekak aku buleh dipercayai la weyh..kalo macam maria tunku sabri dalam rancangan jalan jalan cari makan tu suma kata sedap.muka gila heaven kalo dia makan...pulun la aku p cari restoren yang dia p makan tu..sekali..hampes..mengecewakan..tak sedap sangat kot..takyah la buat muka heaven gila kalo makan kalo tak sedap sangat..mengecewakan sungguh..

ok setop cita pasal jalan jalan cari makan itu ye anak anak..mari umi cerita pasai sambungan ni..kawan aku tak makan hidupan laut termasuk la kerang so dia mintak aa takmo kerang..yang aku lak tak makan togeh, so aku mintak aa takmo togeh..alhamdulillah dia menyempurnakan hasrat kami..hehehe..

masa nak tanya tu satu hai..jawapan sungguh la menepati soalan..hukhuk..



kawan aku: bang, mana satu tadak kerang?

abang char kuey teow: sory dik, kerang abes malam ni..

aku: dalam ati nurani ( abang ni tak memahami soalan, BM fail!)



aish tidak baik menuduh dia BM fail..mungkin dia tidak memahami kehendak soalan..tapi aku memang tibai gelak la..hahahah..aku suka gelak..benda kecik pon aku nak gelak..hahaha..ok tak lawak pon..

tapi kan memang sedap weyh char kuey teow situ..fulamaaakkk..esok aku cari gak dan makan!!dah masuk perut aku belahak puas supa pompuan tak tau maluuu punya belahakkk..belahak tu sendawa dalam bahasa skemanya..

p/s: dah tutup fb kemain aku update blog..hahah
Continue >>>

bila meluat...


seyes aku sangat rindu time aku rajin update blog..sekarang sangat malas dan aku rasa macam tanak bukak blog dah..ada rasa nak tutup tapi takpa aku tak tutup lagik..sebab ada 2nd author yang akan ambik alih..maybe dia pon malas cam aku..maka terbiarla kosong blog hampeh ni..haha...ok tak lawak pon..

fb aku akan tutup malam ni..legaaa la sket..tadak la terjadi pergaduhan apa apa sebab aku malas nak kecik ati segala..aku plak tak abeh abeh nak sakitkan lagi p usha...rules paling atas jangan stalk ur ex..jangan sakitkan ati yang sedia pecah..dah sedia elok akan pecah dengan paling pantas kalo stalk.yaya, please learnt some lesson here..

ok..aku da meluat dengan sikap sendiri ye..senang nak habaq la..hukhuk..



2nd author, please tulis baik2 kalo nak tulis pasal saya..kalo pasal awak tak kesah la baik ke tak..hahaha...



p/s: hukhukhukhuk...
Continue >>>

bas aku naik diserang!!


cita ni bermula pada zaman aku selalu balik naik bas nak balik ke kampung...macam besa la, aku ni pelanggan tetap bas..mana la nak naik kapai terbang..aku bukan orang berada weh nak naik kapai terbang kemahen..naik bas sudah..leh usha usha mamat ensem (kalo ada, tapi selalu tadak..kecewa)..hehe..

pastu mula la adegan yang tidak sepatutnya berlaku..aku da mula kecut perut..bas penuh dengan muatan orang..sekali dengan india pon naik..amboih, orang punya raya pon penuh jugak...ala suma raya pon kita nak cuti kennn..hukhuk..naseb aku ni belajaq lagi..adehh bila nak abeh belajaq ni..dah la aku ni serba salah lagik ni...serba salah apa?biaq aku ngan perasaan aku ja tau..cit..eheheh

aku dok belakang sekali dengan keluarga india ni..kecoh weyh kalo hampa nak tau..ampa paham sendiri la weyh..aku tamau kena tuduh racist ka apa..lani bukan buleh tuleh apa sket satlagi kena aa kondem..baik aku berhati hati di belog..pastu kan ampa nak tau dak..tengah aku ralit dok bengang tutup tinga dengan beg (kalo tak silap aku) sebab sora depa kuat gila sembang..sekali ampa tau dak bunyi cermin pecah punya la kuat!

haaaa..termangkit aku dari tidoq yang tak nyenyak langsung...yang penumpang len pon sama.termangkit jugak..bas kena serangan apa sampai pecah segala cermin...bunyik kuat tu datang dari sebelah tepi yakni sebelah kuarga india tu duduk..apa lagi pakcik drebar bas bukak lampu aa nak tengok cermin pecah tang mana...pembantu dia p jalan tengok apa yang telah berlaku..

aku da ketaq gila dah..punya ketaq weh sebab aku takmau balik dengan van jenazah di pagi raya...sadis kot mak aku nanti...aisyooo...berdoa siap mengucap dah sebab takut gila nak meninggal dunia..sekali ampa tau dak apa sebenaqnya yang berlaku?





ni semua sebab ringtone mamat india tu kuat nak mampuih..guna ringtone cermin pecah..memang cuak aa...masa tu plak baru nak pemes ringtone camtu.mana la pakcik drebar tu tau yang tu ringtone..padan muka hang kena marah..hahaha..tak memasai hang kena marah guna ringtone tu pastu p bukak deraih nak mampuih..memang gelabah la satu bas..dah la malam lampu tutup..

ok sekian terima kasih..cita abes.

p/s: tawaran ke china masih ada..tapi kena extend..berbelah bahagi weh nak p ka dak...

Continue >>>

raya! raya! raya!


aku sudah mencuba nak mengupload video raya aku buat tapi takleh nak letak tang sini..aishh..sangat kecewa umi ni anak-anakku sekalian..haih...ok takpala..aku tulis jela ye apa aku nak cakap..

kepada pengunjung blog yang tidak seberapa dan banyak merapu ni..di kesempatan ini saya, violet ungu ingin meminta maaf atas segala kekhilafan yang saya telah buat sepanjang anda semua membaca belog ini..saya mintak maaf sebab suma kesalahan atas diri saya..dan kepada masa silam saya.saya mintak maaf juga sesekali saya mengungkit tentang masa silam..MAAF.

di sini akan saya tempekkan beberapa ketoi muka saya sepanjang saya beraya..jika anda tidak berasa selesa untuk menonton, saya mintak maaf..saya terlalu gian untuk menempek gambaq sendiri di belog sendiri.wahahaha..

eh saya mintak maaf sekali lagi..harap dimaafin..

ni la kawan2 aku yang setelah lama tak berjumpa..dan semuanya sudah bertambah isipadu..haha..


my best fren forever...yang oren kenai dari tadika..dan yang tengah kenai dari form 3..jangan tanya umoq aku..pelis..hahah..


ntah napa aku suka gila gambaq ni..klasik gila kottt...hukhuk.


saja nak tayang gambaq aku yang pest time aku edit sendiri..wahahah!!ok aku jakun..sekian terima kasih...buh nama pon nak bangga..

p/s: kutipan duit raya setakat ini adalah RM6.00 tunai sahaja..tadak sapa2 mau tambah bagi jadik 10 hengget ka?
Continue >>>

belen..perkataan itu berdosa tau?


mula mula intro..cita ni kawan aku yang cita habaq kat aku kisah ni..kisah kawan dia yang nak mengorat awek belah belah utara..dan kawan dia ni bukan orang utara dan malangnya berkawan dengan kawan aku yang sengal sengal ubi tahap cucuq badak punya pangai..jangan sedih weh dapat kawan camtu..bahagia idup hang nanti sebab kan dia tu leh pekena hang tanpa hang sedaq.padan muka..naseb aku berhati ati cakap ngan dia..tapi aku pon dah terkena..nanti aku cita di entry yang akan datang.

disebabkan kawan dia nak mengorat sorang awek ni..dia mintak la kawan aku ajaq dia perkataan perkataan yang orang utara ja guna..kalo nak kata awek tu lawa yak ak aw orang utara kata "pompuan tu segaknya." segak tu lawa la..bukan segak tu muka dia cam laki ensem ka apa..sebab dia lawa la..ha tu la aku nak habaq..yang kawan aku punya la loklaq p cakap " kalau hang nak kata awek tu lawa, hang kata lagu ni..awek, awak ni belen la".ha seperti yang dijangka..kawan dia p kata betoi betoi.apa punya bendul la..haha..lawak lawak..

dan seperti yang dijangka, mamat tu sedap sedap dapat penampaq sebab p kata perkataan belen tu..ahahahahahahah!!!

berdosa tau cakap belen kat orang pompuan..gila betoi..kalo aku orang kata aku belen aku mengamok sakan..siap nak buat repot polis tau..gila nya teruk..

belen tu maksudnya pompuan tadak dara dah tau dak??!!adeh2...sian la mamat tu makan penampaq free...niat nak dapat awek sekali dapat sakit..sian sian..

p/s: jangan merapu cakap..kan da kena..
Continue >>>

di sebelah sisi lain idup aku..


sangat tak boleh belah punya tajuk tapi macam besa la..jom kita merepek sambil makan kerepek..tapi entry ni mana buleh merepek sebab aku tak mau merepek. buat pertama kali nya aku nak bukak cita sebelah sisi lain idup aku..aku rasa aku penah mention sebelum ni tapi tak banyak, buleh kira dengan jari sebelah tangan sahaja.punya la sket aku nak mention sebelah sisi lain idup aku..

oh..sebenarnya aku ialah seorang perisik rusia..ha, percaya?ok tipu.sekian terima kasih sebab aku taktau nak susun ayat camna nak cita sebelah sisi lain idup aku yang aku selalu kena mengadap.tapi sangat sangat best sisi lain idup aku nih..kena banyak sabaq sangat sangat, penyayang opkos la kena kannn...kalau adik aku ngan kakak aku baca mau la aku kena perli abis abisan sebab kat umah kemain la aku kejam yak ak aw dengan adik adik aku..ala best weyh buli adik adik sendiri..takkan kat luaq aku nak buli orang kot..aku penyayang orangnya..wiwit!!

ok malas la nak puji diri sendiri..keh keh keh..bukan best pon masuk lif tekan sendiri..bek masuk lif orang tekan kan..lagi la rasa macam best!ok nak cita ni..tapi ingat nak letak gambaq sepapan 2 la..bukan senang aku nak letak gambaq..ni nak letak ni best jugak..mau tak mau mengadap la weh..kalo tak suka tekan ja pangkah atas tuh..senang wehhh...

nampak normal kan?tapi ni lah manusia istimewa yang baik ati, sangat penyayang, sangat peramah. yang ijau tu kawan aku..sama sama p ngan aku..

periang...yang belakang tu kemain la mintak nombor tepon aku..kehkehkeh..sory la adli, awak da ada makwe kat kelas sebelah..jangan menggatai..


tudung selebet..mintak mahap.tu dia kemain peluk aku siap parking kepala kat kepala aku..terbaik la..haha..depa sangat sangat la manja..pangai sangat sangat macam budak budak..yang buat gaya otomen tu, semalam aku g, dia cakap. i like you, the blue one (sebab aku pakai baju biru aritu)..timaseh sebab suka..selasa ni ai p lagik..




hai abang..hahah..yang buat peace tu dia lupa nama dia apa..dia cakap panggil abang sudah..HAHAHAH! lawak benau ampa ni..

hurm..tatau nak cakap camna tapi ati aku sebak bila depa ni sorang sorang datang mengadu kat aku..yang buat peace tu tunjuk kat aku kaki terluka kena iron..hurm..kena iron bukan dia yang buat..paham maksud aku?yang peluk aku kemain tu kena tumbuk dengan abang dia dan dia tunjuk. hurm..kesian tapi apa buleh aku buat bila depa mai mengadu kat aku?selain dari tengok, cakap "takpa, akak ada nih.."(ala depa panggil aku akak, tak tau sebenarnya kami lagi muda or sama umo dengan diorang)

yang tangan macam kena cucuh pon ada..jangan la weyh..aku dah sebak dah ni..bila mengadu kat orang yang korang panggil akak ni, apa akak leh buat?takdak apa yang akak buleh buat selain pujuk pujuk, janji nak datang lagi..timaseh sebab tunggu akak datang ye..nanti kita jumpa lagi selasa nih..nak akak pakai baju kaler apa plak selasa ni?akak pakai putih buleh?ok dah la..

ni sebelah sisi idup aku yang lagi satu..sisi yang aku rasa aku ni disayangi, ditunggu, disukai..


p/s: bertuah la kita normal weh.syukur.
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010