I'm married


Dear blog,

I am now a wife to my best friend.


So awkward nak tulis ni. Okay. Aku selamat kawen 20 January 2017. Majlis sebelah Penang pulak 21 January dan majlis sebelah laki pulak 4 March 2017. Dah berbulan2 baru lah ada rasa nak menulis kat sini just untuk simpan sebagai kenang kenangan. Gambar? Hazabbb. Gemuk gila aku. Tu la sapa suruh malas nak diet dah gemok gedempol. Tengok gambaq kawen pon rasa nak mengamok.

Ok done cakap pasal gambaq kawen. Hidup selepas berkahwin? Sangat la susah nak serasi at first but now rasa okay dah. Takdak sapa gtau aku yang hidup sekali ni payah gila. Tambah2 aku perangai camni, dia perangai camtu. So, nak serasi agak susah. Tapi sekarang masing2 dah start paham so agak okay kehidupan selepas kawen.

U've known him for many years but life after marriage is totally different from the life before. So, take it easy and learn how to get along with each other. I need to change my mindset as I always feel like I will never get married to anyone. therefore, i had this feeling that i love to be alone and dont have to bother anyone. I am so independent and I have to make less of it.

Just a brief story of my life right now. I cherish life more when you have someone you can share with.



Continue >>>

Why parents opt for homeschool in Malaysia?


Ramai jugak parents opt for homeschool. Bila tanya kenapa pilih homeschool? Ni jawapan parents.

1.Sebab anak teruk kena buli sampai takmau bercakap langsung dengan strangers even dengan cikgu sendiri. So, parent ni ambik keputusan homeschool anak2 dia.

2. Masuk darjah satu pon kena ada exam nak masuk kelas mana, macam mana kalau yang tak bagus dalam exam tu? masuk kelas hujung2 dan start dari darjah satu dah dilabel. Suka ka dilabel anak tak berapa nak pandai?

3. Exam oriented. Budak2 punya la banyak dia punya kelebihan dan ada jugak kekurangan. Kalau kekurangan tu yang dilihat dan di spotlightkan, kelebihan tu mungkin dipandang sebelah mata. So, mak2 dan bapak2 kesian la potential anak2 depa macam tak dilihat.

4. No continuation between preschool and school. Masa preschool, punya la gigih cikgu2 pendidikan awal ni buat aktiviti yang menyeronokkan, fokus semua field. Tapi masuk ja darjah satu, takdak kesinambungan langsung preschool dan sekolah. kalau ada pon, yang part membaca dan mengira. Yang lain tu macam tak bersambung. More on memorization.

Post ni bukan nak condemn cikgu2 pon . Aku sendiri pun cikgu jugak (tapi bukan cikgu kerajaan la). Sistem tu yang caca marba. Budak2 tensen. Nak ubah itu ini, tapi tak buat research dulu. Nak jadi yang latest in the world guna sistem itu ini, tapi anak2 kita dah ready ka?
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010