Review " The Secret Life of Walter Mitty"



aku bagi 4/5 bintang untuk cita ni. bes gila bagi aku. sangat bes. bes sangat sangat. hahaha.

tu sajalah nak update sebab aku boleh enjoy tengok cita ni walaupun tengok sorang sorang malam malam plak tu. p tengok ok!

btw, stop dreaming, start living. go travel! see the world!
Continue >>>

when everything doesn't make sense.


when your phone is not your priority anymore,
when alone is the best way to treat yourself,
when your tears only you can feel how it hurt,
when everything is falling apart,
when there's nothing else you can do,
when there's no way to turn back time,
when the only things that matter is your work,


then you know, you're just lonely and try to escape the world.



Continue >>>

its been a wild ride ya?


hai saya dah berenti kerja kat tempat nurraka tu. ahaha.

tu ja la nak cakap.

by the way i still miss the person who sang " calling me names". heyy you i miss you. do u miss me too?


and the best part is i am still jobless. and i hope my application will be looked soon as i gone through a lot of interview sessions. tapi masih belum rezeki rasanya. ok kita tunggu lagi ya? sabar jela.

till then. jumpa lagi.

rasa nak ngamuk tak entry cam non-halal ni?haha
Continue >>>

Shaklee Product: ESP


salam. lama tak update blog ni. ni nak update la sikit. sekarang ni dah berjinak jinak nak berniaga untuk tambah pendapatan la kiranya. dan setelah banyak kajian dilakukan dan perah otak nak jual apa. makanya timbullah niat nak jual shaklee sebab produk dia sangat affordable dan boleh dibeli oleh golongan marhaen cam kita ni.

so, kita mulakan dengan produk shaklee yang ramai jatuh cinta bila makan sebab sangat lah banyak dia punya faedah dan dia punya khasiat. no worries setakat ni takda lagi yang makan shaklee dia bagi efek tak baik kecuali dia ambil dalam dos yang tak disarankan lah.

ESP ni produk hot dalam shaklee ni. tapi saya rasa nak ambik dia punya chewable vita c pulak. cam sedap. hehe. meh kita tengok apa ESP ni boleh bagi nutrisi pada badan anda anda andaaaaaaaa..

see. banyak kan kelebihan dia kan? esp ni bukan didatangkan dalam bentuk pil. dia bentuk serbuk. kena bancuh. bancuh la dalam apa2 minuman yang ampa suma suka. tapi jangan air panas dan berkafein sudah. bancuh satu sudu saja dah cukup.

siapa boleh ambik ESP ni?

*ibu menyusu boleh untuk tambah susu badan.
*orang yang ada penyakit kencing manis (disarankan bancuh dengan air masak je k, jangan air manis)
*orang yang ada penyakit tekanan darah tinggi
*yang nak kurus cam saya ni pon boleh ambik ESP ni. no worries. minum sebelum makan (bergantung kepada seseorang jugak)
*orang yang sentiasa nakkan tenaga
*dan untuk kesihatan jantung dan kulit kekal cantik dan ayu. ha gituh.

jadinya, kepada sesiapa yang berminat boleh roger. whatsapp saja. jangan memalu ok?

yaya aziz: 0134664909
id shaklee: 1000242

harga memang kasik harga terbaik. jangan risau k?

ok have a nice day everyoneee
Continue >>>

the ripped-your-heart-out song


dont listen to this song if u were heartbroken.

this song is just amazing and heart-wrenching at the same time.

beautiful and heartwrenching at the same time.



enjoy. and here, some tissues.
Continue >>>

cara pemakaian tudung/selendang bagi jenis muka


panjang tak tajuknya?

sebabkan entry bagaimana cara nak pakai tudung/selendang mengikut jenis muka sangat lah mendapat sambutan. bagi yang sedia maklum dan kenal dengan aku, aku mempunyai bentuk muka yang bersegi dan sangat lah tak sesuai kalau nak pakai tudung syria. nampak lagi lebaq dan aku rasa seperti pinggan berjalan atas muka. so, aku lebih sesuai pakai selendang atau shawl dan tutup segi di muka. dan memberi efek runcing kepada muka (walaupun tak runcing mana)

ni aku bagi panduan camna nak pakai tudung/selendang ikut bentuk muka. bawal is not for me. but shawl is ftw (as for me). ok nah! harap membantu.


muka aku jenis yang pertama tu. segi empat ok. murung betul dapat rahang gini.hahah


so, meh aku tunjuk ke-pingganan muka aku dan perbezaan dan try and error sepanjang pemakaian tudung dan selendang. meh! maghi! tapi apa2 pun menutup aurat adalah tuntutan (tamau kena bash punya statement)hahah. 

lebaq gila. next! tak sesuai pakai shawl + anak tudung syria ni. masih tak sedaq diri.

lebaq jugak. hahaha. dan gemuk terserlah.hahah. so tudung bawal not ftw (for the win)

 aku suka pakai tudung bawal tapi tahan sket la bila dalam gambaq jelas nmpak segi muka tu.

 see? shawl tutup segi muka dan bg efek lonjong kepada si pemakai. ha gituh. paham dak?
ok satu lagi? nampak? tahu bentuk muka dan aplikasikan cara pemakaian.


harap entry ni boleh bantu. jenuh korek gambaq lama. hat pakai shawl gambaq terbaru (la) jugak.

ok bye.
Continue >>>

Orang penang berjalan di penang


salam satu meneysyia (slang anak lepat cakap malaysia. aaa comey!)

saja nak bagi ada entry kat blog ni. lama dah tak tuis entry. maklumlah bizi sangat dengan keja berletiaq kat orang yang ambik masa tiga jam sekali masuk kelas. dasat oo anak anak murid aku leh tahan aku berletiaq 3 jam sepenuh masa. sapa tidoq aku sebat. menjadi garang adalah hak milik setiap insan.

walaupun aku orang penang yang tercinta. tapi jarang lah nak jenjalan kat belah pulau sana. disebabkan aku malas nak kona2 jalan kat sana hat memang mencabaq seorang gangster jalanan cam aku ni, maka aku pon jarang la nak drive p sana. disebabkan aku rajin banyak masa hari tu. aku lupa sebab apa aku rajin masa tu. tapi ok la rajin ni yang membawak kepada updatenya blog sendu ini.

lama tak boh gambaq kemho aku. maka saksikanlah gambaq2 area jalan chowrasta, dekat jalan penang sket. dekat jalan tu banyak art wall yang boleh tahan la lawa dan unik. kat area situ ampa boleh sewa beskat (baca: basikal) tapi takdak la dapat basikal fixi. pui. ampa hat bajet hipster tu sewa la beskat kat situ. situ beskat dia ala2 beskat lama hat seat cam motor harley davidson tu. aku pakai kain maleh nak sewa. satgi mau kain masuk tayar beskat. memang buat penaya la jawabnya.

ok nah mempersembahkan kemho cik vio. kekeke.







ok dah la. mau ampa muntah plak tengok gambaq perempuan gemok ni. ok aku sudahi entry ni dengan gambaq muka ha-hang-mau-apa punya ekpresi.

sebenaqnya bawah kain di atas tu aku pakai seluaq jin. saja nak habaq awai2. satgi p tanya plak.
Continue >>>

Al-Fatihah


Assalamualaikum.

My grandmother (although not biologically but still she's my grandmother) or should i said my late grandmother =(. She has passed away last Wednesday (15 May) and i can't go back to see her for the last time. I just can't due to several things keep bugging me that day. I'm sorry. I know my sister read my blog.

May Allah blessed her soul. Amin.

Al-fatihah.
Continue >>>

Bandung- a place for bakal pengantin (Pt 1)


seperti yang dinyatakan diatas. bandung tempat shopping  tambah tambah untuk bakal pengantin. pergi bandung tiga hari hang dah boleh dapat baju pengantin 3 pasang dengan syarat hari pertama tu hang dah p tempah sekali dengan kain dan design. hari ketiga orang tailor tu akan hantar kat hotel ataupun hang ambik sendiri. kos tuk tiga pasang baju pengantin (nikah, sanding dan sanding lagi) dalam RM900 dengan kualiti yang agak bagus dan cantik.


bukan aku yang jadi pengantin tapi kawan aku la. dia p tempah kat sana. kalau aku pon, aku nak buat camtu jugak sebab murah gila kotttt.. RM900 dapat tiga pasang dengan kain lace yang gojes dan design yang lawa. tapi dengan syarat pandai la pilih ok. kang ada yang menyemboq aku kata nipu plak. terpulang kepada anda la. sebab bergantung jugak macam mana kain lace anda pilih. sebab kain lace mahai banyak batu agak mahal la. ada jugak kedai kat pasar baru tu yang lace dia didatangkan sekali dengan manik. tapi manik tu asing la daripada kain. kena jahit sendiri.pon berbaloi-baloi.


ok aku telah p kat tangkuban perahu pada hari pertama. Ya Allah sangat renyang (baca:rimas) dengan orang yang meniaga kat atas sana. keluar ja daripada kereta, berpusu2 orang datang "beli pak, beli pak" dengan harga yang boleh tahan murah tapi renyanggnyaaa... last2 aku beli setoberi jela. sebab orang tu asik mengekoq aku ja. sampai aku kesian. aku pon beli la. sedap dan manis setoberi sana weyh! tak macam kat cameron!
 sian kuda tu berbuih mulut dia tarik orang2 berat belakang tu. T_T

cantik woi hutan ni.

 hutan lagi yang berkabus. sejukkkkkkk
 rombongan yang aku ikut.
kawah yang bau sulfur dia kemain menyengat!


hujan!tak best! renyang hang tau kiri kanan orang nak juai barang depa

2 jelitawan bersama sama 6 jejaka. 

dah berjalan sakan lapaq la lepas teruk kena renyang dengan peniaga kat atas sana. sabo jela. rasa nak lempang tapi apa buleh buat kat tempat orang kan. pada depa orang Malaysia ni kaya kaya. depa tatau aku ni pokai gila nak mampuih. p sana bawak duit orang pesan saja. sendiri? illek. mintak pak supir bawak ke kampung daun. Ya Robbi tempat tu cantik gilaaaaaaaaa... memang kena p sana kalau ampa p bandung. dan harga makanan dia tak mahai langsung! srupa makan kat mekdi harga dia. tak mahai la untuk tempat yang standard camtu. cantik pon cantik. sedap pon sedap.
kampung daun yang lawaaa weyh!

pondok2 tempat makan. privacy sangat. pelayan akan ambik order lepas hang ketuk something yang macam tabung buluh yang tergantung kat pondok tu.

makcik tu terkejut aku tangkap gambaq. maap makcik. tu orang malaysia la tu. tak serupa dok indonesia plak time ni.

pondok dah penuh. makan kat atas sekali. pon boleh. selesa jugak

aku nak tangkap ayaq aku, depa kat belakang perasan aku tangkap gambaq depa. senyum beria! tak hengat!

ni pesanan aku. sedapppppp..


saya sudahi dengan assalamualaikum. ni baru hari pertama. esok lusa tulat tungging aku sambung plak tuk hari kedua aku p sana.
Continue >>>

konvo-eksen yang basi


dah nak dekat 7 bulan aku berkonvo baru aku teringat nak buat blog post pasai ni. mahap semua. sumpah aku malas nak buat sebenarnya. takdak alasan lain melainkan malas. HAHAHA (gelak nganga2).

jadi, pada hari ini aku nak buat tayangan gambaq la. hampa tengok la. toksah komplen atau komen. kalau ampa nak komen, ampa komen camni "Ya Robbana, lawanya hanggg", "Ya ampunn, comeynya hangg". yang tu ja dibenarkan. kalau  komen "Ya Robbana, gemuknya hang", "Ya ampunnn, gediknya hang" tu aku akan sumpah hang sembelit selama seminggu. cakaq la dinding jamban hang seminggu. HAHAHAHAHAAHAH (gelak nganga2 lagi).

ok bermula lah tayangan gambaq.







malas nak letak caption. ok bai semua.
Continue >>>

the journey of being bujang


the journey of being bujang.

not-so-bad. haha.


walaupun usia aku takla banyak sangat di atas mana-mana borang yang memerlukan aku menulis umur aku. jadi, aku tak rasa tua sangat. tapi yang membuatkan aku rasa tua ialah bila hadirkan diri di mana-mana kenduri kawen rakan-rakan tak pun sepupu sepapat. kadang kadang aku dengan sengaja p kenduri lambat time orang dah punggah khemah dan dah angkat dah pon dulang dulang lauk untuk disimpan. sebab aku takmau orang tanya sambil tepuk bahu "hang bila lagi?". jawapan aku? senyum.

"jodoh belum sampai. keja dulu bagi ada duit sikit". tu jawapan standard aku yang aku rasa mana mana perempuan yang masih berstatus bujang yang akan jawab. aku sebenarnya rilek ja. tapi yang membuatkan aku tak rilek tu, bila ada yang perli perli macam "hang tak laku","memilih sangat macamla hang cantik sangat". sedih noks.

sebenar benarnya kan pada mulanya ada la planning nak bertunang tahun ini dengan seseorang tapi mungkin bukan jodoh. jadi, terima hakikat dan terus move on. tapi kadang kadang meraban la jugak kat twitter sana. sapa follow aku tu maap la dengan twit entah pa pa tu. sian ampa follow perempuan "rilek" ni. haha. banyakkan dengan sibuk berkerja dan berkerja siang malam pagi petang. ahad saja tak keja. sabtu keja jugak woi. 

ok sekian saja la life aku setakat 28 march 2013 ni.  jumpa lagi bila aku rasa nak menulis k? ailebiu all. kalau ada sesiapa yang masih baca lagi la blog ni.
*perempuan-rilek-katup-mata ni mengucapkan i selim skit uols
Continue >>>

Perginya seorang sahabat


assalamualaikum.


aku diantara orang ketiga mungkin yang buat entry untuk arwah chaon. takziah buat keluarga chaon dan isteri, kech hidayah.

kami berjumpa masa 1st gathering geng blogger beberapa tahun lepas. selepas tu banyak kali jugak lepak dan jugak bergosip sama-sama. mula-mula start kenen-kenen sebab memang perasan arwah asik pandang kech ja masa gathering tu. tu yang giat kenen dengan kawan-kawan lain (yus, jijan, miro). antara kenangan ngan arwah.

lepas tu ada lagi la pertemuan2. dah jadi rapat dan ada sekali arwah penah antar mesej "hang la sahabat dunia akhirat aku". aku dah lupa napa dia antar mesej camtu tapi ada lah sebab dia yang takle nak gtau kat sini.

alhamdulillah aku ada kesempatan nak ziarah jenazah pada malam tu. dapat mesej terus aku pegi ke kl. tapi dalam kepala masih tak percaya. tapi ketentuan Ilahi tadak sapa pon boleh tolak. alhamdulillah jugak arwah pegi pada hari jumaat. semoga senang perjalananmu di alam sana sahabat.

dah sayu pulak. kech, kuatkan ati. Ya Allah tabahkan lah hati nurhidayahyahya. aminnn..

semoga roh chaon dicucuri rahmat. amin.


Al- Fatehah.

ni antara tribute untuk sahabat kami..
yus = http://naluri-ini.blogspot.com/2013/02/kami-kehilangan-teman-dan-sahabat.html
miro= http://mirocornerz.blogspot.com/2013/02/perginya-seorang-sahabat-menemui-maha.html
kech hidayah (isteri arwah)= http://www.nurhidayahyahya.com/2013/03/perginya-seorang-suami.html



Continue >>>

i'm touched =')



gazelle oon
Jan 26 (3 days ago)
to me
Miss Hidayah ,
thank you for your notes and 
thank you for sharing your story of how you rather pick the course you like 
and working toward your dream .

Miss,  I admire your courage .  


blessings,
fong ling 





rasa macam penat lelah aku terbayar with this simple email. thank you.=')
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010