Persiapan Menuju 2017


Assalamualaikum!

Macam tak percaya tahun 2016 akan berakhir dan aku akan melangkah ke tahun baru dengan gelaran baru InsyaAllah di hujung January. Rasa terabai sangat blog ni sebab taktau nak update apa dan rasa macam tak matang pulak nak update benda merepek zaman dolu dolu.

Persiapan kawen masih lagi banyak yang tak siap. Make up belum book, pelamin pon belum book. Pelamin ni memang takdak langsung dalam list sebenarnya tapi lepas saja mak aku p kenduri jiran aku merangkap kawan sekolah aku, mak aku terus teringin pulak nak berpelamin. Mak teringin lettew nak duduk atas pelamin jugak dengan abah. Eleh mak. Haha.

Baju nasib baik lah dah tempah. Mula mula nak design loose saja. Tapi p dekat tailor, boleh pulak la dia cakap design orang mengandung. Terus pilih design lain. Yang tunang pon cakap "alaaa, bagi la ada pinggang sikit." Hampeh. Tau la gemokkk.T_T

So design yang menjadi pilihan di hati design kat bawah ni.
Credit: from this BLOG
Design baju ni untuk nikah. Dan tak pilih putih sebab nak pakai balik nanti. Kalau putih macam awkward nak pakai balik.
Credit: From this BLOG
Design baju ni pulak untuk sanding sebelah perempuan. Harap menjadi lah baju ni. Dan nampak kurus la hendaknya.


Itu saja la kot nak update. Pasal apa benda nak letak dalam dulang pon belum lagi finalized. Banyak sangat lah nak pikir dan cuti pulak tak sama. Macam mana lah pasangan yang PJJ handle depa punya perkara kawen ni. Renyah gila. Rasa nak setelkan semua, esok kawen terus setel. Fuuuiihhh.

Pasal dulang hantaran ni nak buat sendiri ja. Tapi idea sangat lah terhad dan tatau la nak hias dulang macam mana. Homestay lagi satu belum cari. Apa lagi lah yang tertinggal. Jemputan kawen selalu orang jemput sebulan awal ke weyy? Please advise.

Ok lah. Nanti update lagi. Tinggal lagi 25 hari sebelum majlis. Apa pon tak setel lagi. Argghhhhhh.

Okbai!
Continue >>>

New Beginning


Assalamualaikum,

Dah lama sangat tak merepek kat blog ni. Masuk pon jenguk jenguk ja tanpa ada rasa nak update ke apa. InsyaAllah, in a few months akan bertukar status kepada isteri orang. Siapa sangka jodoh dengan kawan baik sendiri yang setia di sisi selama tujuh tahun. Nak tayang gambar bertunang macam tak maneh ja. Mana ada orang baca blog bersawang ni dah.

Punya la confident yang akan menjadi crazy cat lady dan akan kekal single selama lamanya. Tup tup ada depan mata ja. Buat penat ja gila sorang sorang. Kakak ada cakap, okay la jodoh dengan kawan baik sendiri. Dia pon dah tau perangai sebenar. Takdak pura pura dah. Nak pura pura apa semua benda loklaq yang ada kat aku dia dah tau. Takdak coverina langsung. Dia pon sama jugak. Tapi Alhamdulillah boleh terima perangai loklaq. Dan dia jugak boleh terima perangai loklaq aku.

Sebenarnya macam tak bercinta pon. Tetiba ja ada satu kejadian yang mana bukak mata kedua dua pihak yang kedua dua pihak simpan perasaan. Lepas dari kejadian tu, terus ke fasa bertunang. Jadi, masa bertunang baru rasa macam bercinta. Tu pon tak boleh nak ubah ayat panggilan. Sampai sekarang dok " aku hang"' dengan dia lagi. Arghhh yang tu payah sikit nak ubah. Ye lah, dah bertahun dok aku hang, tetiba nak ayang ayang, sumpah la aku geli geleman. Hahah.

Okay, nanti lah aku sambung persiapan kawen ke, persiapan apa apa ke. Sembang pasal dia ke kat blog ni. Ok daaaa.


Bye Assalamuaikum. Saya sudahi post ni dengan music video kesukaan saya pada waktu sekarang.

Continue >>>

Misi January bermula


Assalamualaikum,

Dah setel kerja yang memenatkan dan mendebarkan minggu yang lepas. Alhamdulillah. Maka, bermulalah misi January. Harap semuanya went smoothly. InsyaAllah akan dihidupkan semula blog ini setelah berkurun lama bersawang.

Update:
Anak kucing dah bertambah menjadi 4 ekor. Akan dianakangkatkan tak lama lagi atas sebab munasabah yang tidak dapat dinyatakan disini.

Misi kurus sedang bermula. Nanti dah turun sikit akan lah aku update sekilo demi sekilo. Gitoohh.

Menu kurus hari ni:
-Salmon grill seasoned with rosemary and basil
- Asparagus with caramelized onion and garlic.

Okay done. Bye
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010