miss bermuka suci


tersebut lah kisah bahawa ada seorang manusia yang hanya dikenali sebagai seorang yaya aziz atau vio yang jijan seorang saja yang panggil dan jugak chaon. yang len suma panggil yaya or dayah. haha. ilang dah trademark yaya. haha. ok melalut silap entry nampaknya.

sebenaqnya aku dah tau tujuan idup aku selama aku hidup di muka bumi yang indah lagi bes ni. aku punya tujuan idup adalah untuk berletiaq (baca: berleter) non stop tanpa henti selama 3 jam dan rehat 2 jam dan sambung berletiaq semula 3 jam. berdarah la telinga maknusia yang kena dengaq apa yang aku letiaq. tapi depa mampu. aku kagum.

aku mengajaq dan aku guna slide nak senang pengajaran aku. disebabkan itu jugak segala nota slide aku simpan di dalam sebijik pendrive tit tit ( sebab dia buleh kuaq masuk serupa pen tit tit). pastu aku cucuk la pendrive aku kat komputer di dalam bilik kelas depa. kelas adalah berlainan tempat so semua tempat tu aku kena cucuk la pendrive aku kat komputer.

dan untuk makluman semua (bajet ada orang baca), dan aku pon rasa ampa penah rasa benda camni yang biasanya komputer2 yang sedia ada, virus suka merebak disebabkan sistem imunisasi depa kurang kuat. dan malangnya pendrive aku dijangkiti sekali. aku sangat hiba bila benda ni terjadi. dan menyebabkan aku punya isi2 slide jadik shortcut dan tak buleh bukak. dan jugak ada virus yang tak ubah seperti video clip dan video clip itu dinamakan...




PORN.


seluruh kelas terbuntang mata dan sengih kerang. dan aku telan ayaq lioq serupa telan pasiaq. bila masa aku tengok benda lagha camtu! dan aku yakin dalam kepala otak mereka di saat itu, "tak sangka miss yang bermuka suci ini tengok porn".



weyh, tu virus la weyh. kata aku. dan disambut lagi dengan senyuman sinis. heh, virus tak guna. memang virus weyh!sumpah tak tipu.




Continue >>>

PAKWE MOTOR HARLEY DAVIDSON


semenjak aku keja kat ipoh ni, aku selalu ja balik pennang nak jumpa dengan mak abah aku kat penang sana. kalo kat kl? sebulan sekali pon belum tentu aku balik. jauh dan banyak guna duit. aku dok ipoh ni, boleh la nak balik tetiap minggu kalo tak keja sabtu. heh.

pada suatu jumaat malam sabetu, aku pon balik ke penang menaiki satria putih tak berapa nak gebu aku tu. aku dengan fefeling berkaraoke jamban dalam keta aku tu pon menyanyi la dengan sepenuh perasaan sambil kerut-kerut dahi tangan gawang-gawang. nak ambik feeling lagu gituh.

sampai ja kat rnr mana ntah aku hampir ilang ingatan nama tempat berkenaan, aku pon turun la membuang apa yang patut supaya fefeling karaoke jamban aku tidak terganggu. susah kalo suara kepit saat menyanyikan lagi jekelin biktor (susah okay sora dia tinggi ya hampon).

pastu aku pon menaiki la kenderaan aku yakni proton satria aku tuh.aku pon naik dengan melayani la lagu2 kat radio nak elakkan perasaan yang mengantuk tu. susah ok memandu tanpa teman. mengantuk kena la tahan. kalo hang tidoq maksudnya hang gol la.

pastu lagi beberapa meter nak sampai umah aku, pintu kereta aku diketuk disaat saat aku sedang khusyuk melombong bijih timah (baca: korek idung). PAKWE NAIK MOTOR HARLEY DAVIDSON ok yang ketuk. terkejut makk..dia suh aku berenti sebab aku punya pintu keta tutup tak rapat. pastu kan aku tatau dia tua ka muda sbb dia pakai key tu. dia make sure kot aku benti tepi jalan sebab nak suh aku tutup pintu. mulianyaa.. wuuu..


pastu baru aku teringat yang dia sure nampak aku tengah korek idung sebab keta aku serupa akuarium.memang nampak kat dalam. sure nmpak awek yang jelita ini mengorek idung dengan bersungguh-sungguh.









AKU TAK MAMPU IDUP LAGI T___T





Continue >>>

if only


"if".


banyak benda yang selalu kita pikir, macam mana kalau?
macam mana kalau keputusan yang aku buat dulu sebenarnya salah.
kan bes kalau aku buat keputusan macam ni dulu.

selalu timbul wat if.

apa pon keputusan yang buat stick to it and then pegang pada prinsip dan kepercayaan diri sendiri. then u will know ur potential. ur strength.


n please.be.strong.


Continue >>>

geram


geram dengan pangai student yang suka ajuk aku cakap.

dan cakap belakang.

update ala twitter. kbai

Continue >>>

ALHAMDULILLAH


assalamualaikum.. aku just nak habaq yang aku dah abeh belajaq. selama 4 tahun aku bertungkus lumus kat Universiti Malaya tuh abeh jugak. syukur. 4 tahun tu lama woo.. gila bersusah payah masa belajaq kat university berprestij tu.. haha. takle kutuk uni sendiri mind you. haha. aku belajaq idup kat situ. tikam belakang, kawan makan kawan, dengki mendengki, suma ada. tapi kat situ jugak aku jumpa kawan yang akan tolong susah senang kita. btw, nasehat sket ni. be selfish sket masa tengah belajaq tapi jangan kedekut ilmu.

aku akan konvo 4 hari bulan sepuluh nanti. sila bawak adiah kasut. aku tamau bunga (demand nak mati la). haha. so, sekarang aku dah dapat keja dah. alhamdulillah lagi sekali. rezeki keja aku mai awai.and pasai keja ni jugak please jangan ikut kawan. ikut apa kehendak kita sendiri. grab ja any chance u can find. fresh graduate memang kena bersaing. so please, ikut diri sendiri, cari jalan idup sendiri. bukan nak ikut orang.tanpa kawan takle gerak sendiri? tempat baru akan jumpa kawan baru. pikir la. just nak nasehat few friends yang buat keputusan atas dasar kawan tamau ikut so tamau p.

and aku arap aku punya students tak tengok blog aku. dan tak add fesbuk aku dan twitter aku. mati la weyh depa tau pensyarah depa macam apa lagi pangai. kantoi la. haha. students skarang p kelas macam p fashion show ye. ok till then. jumpa lagi.

OH JANGAN LUPA. KONVO AKU 4HB 10 *timaseh cik anne hahah*. SILA BAGI UCAPAN. KALO NAK OK LAGI SELIT SEKALI BUNGA KA, CEKELAT KA, BAJU KA, KERONGSANG KA..HAHAHA. OKBAI



dari yaya dan fahrin ahmad kesayangan. ok diminta jangan jeles. hahaa

Continue >>>

Engagement Day


jodoh rahsia Allah. kita tak boleh menolak ketentuan jodoh kita kan? perghh! mendalam dak? ni yang terjadik dalam idup kawan aku. dia pada mulanya dah give up dah pon pasal jodoh sebab setiap orang yang dia tunjuk semua kena rejek. walau family berjumpa pon tetap mak dia menolak dan pada suatu jumaat lelaki tidak berputus asa p jumpa lagi n then SETUJU!! terus tunang ari ahad. means that ada masa sehari ja nak prepare suma which is ari SABTUDAY! ha kalut hang..

ok enjoy the pikcer and tahniah kawan baik.19tahun lamanya kita berkawan.





turn aku lambat lagi..sobs sobs.
Continue >>>

The silent Mentor Versi Forensik


Assalamualaikum...cik less (violetless) sudah menginvite ai untuk menulis... takmau banyak cakap ni cik less nak kongsikan. Ai bukan penulis macam cik violetless ni jadi harap maklum bahasa yang aku pakai. 1ST posted on FB note under my account... 

Cerita ni waktu ai rotation forensik di RSCM, sebuah hospital yang terkenal di Jakarta. Kebetulan pada waktu note ni ditulis, keluar documentari tentang silent mentor di Majalah3.

Belajar dari mereka yang tak bernyawa. 

Kita belajar sebagai hamba kita tidak dapat menjangkakan bila kita akan pergi, dalam keadaan apa kita akan pergi, sebagai seorang islam atau sebaliknya, sempat atau tidak kita mengucapkan kunci syurga itu. Menginsafkan Kami mengistilahkan mayat adalah tamu, bahasa sopan untuk mereka yang sudah pergi. Setiap pagi, kami melewati kamar autopsi, kadang - kadang mengintip. Kadang - kadang sudah ada tamu yang baru dikeluarkan dari freezer semenjak subuh untuk dibiar cair buat pemeriksaan autopsi. Kadang - kadang melihat tubuh kaku itu, terdetik sayu di hati. Iya, mereka tidak berteman. Roh mereka masih di situ (ada beberapa sumber mengatakan begitu, namun kesahihannya diragukan). Mereka masih merasakan sakit, sebab itu bila memandikan jenazah kita harus memperlakukan dengan lembut, katanya air jirusan itu pun sakit (aku tak suka berkongsi sesuatu yang tidak pasti... silakan mencari yang ahli dalam bab2 ini yer).

Selesai pemeriksaan, aku lihat wajah keras itu perlahan - lahan air dijirus dari paip menggunakan kelajuan perlahan. " Perlahan - lahan ya," bilang kang Firman, petugas disitu. Aku tambah sayu, usianya sekitar 20-an, berwajah tampan berbadan tegap, mungkin bermasa hadapan cerah. Kadang - kadang aku meminta maaf "Maaf... aku terpaksa lihat aurat kau... aku tahu kau malu," sebab aku teringat cerita mak aku yang mayat juga masih ada perasaan dalam beberapa waktu selepas dia meninggal dunia. Aku belek tangan dia, dada dia, kadang - kadang meremang bulu roma aku, bukan takutkan tamu tetapi aku takutkan Allah swt. Takut Allah swt mengambil aku dalam keadaan tidak bersedia, mungkin juga aku akan berbaring di tempat tamu itu. Nauzubillahuminzalik... jadi sebaik mungkin aku memperlakukan tamu itu tamu sebenar - benarnya.

Kadang - kadang juga aku tutup mata, aku mempunyai simpati yang tinggi. Cepat simpati dengan orang tetapi susah sekali untuk aku keluarkan air mata disebabkan itu bila di hadapan mata, kalau depan tivi dah meleleh, mungkin kerana cuba untuk professional, cuba meletakkan perasaan di tempat yang terakhir. Tapi hari itu hari yang sibuk, ada satu autopsi kepada seorang pakcik tua ini di meja autopsi 4. Jam 11 pagi, ada tamu perempuan... jarang sekali kami menerima tamu perempuan. Aku jadi teruja... wahhh... ada tamu perempuan, teringin tahu COD (Cause of Death) dia. Aku pun beranjak dari meja autopsi ke meja tamu perempuan tersebut. Terus aku telan air liur.

Terkilan...
 Mangsa merupakan mangsa rogol dan pembunuhan. Mukanya bengkak, badannya penuh dengan lebam. Di tengkuknya ada kesan gigitan. Maaf walaupun ini cerita kepada kalian di Malaysia, kami tidak boleh mengeluarkan cerita secara detail kepada orang dr luar department. Aku juga melihat laporan kes Manohara...yang intinya juga tidak boleh didedahkan kepada public. (Manohara, department yang aku masuk hari itu yang handle). Kembali kepada kes perempuan tadi, aku tak sanggup lihat wajah dia. Di bahagian abdomen di atas ari - ari aku lihat ada penonjolan. "Mungkin wanita ini hamil" lagi bertambah sayu aku. Heboh hari itu dengan unit identifikasi dari polis datang dengan kamera dslr, department gigi datang untuk mengambil sampel bekas gigitan tersebut. Aku berdoa semoga orang yang melakukannya ditangkap sesegera mungkin. 

Kalian wanita jagalah dirimu. Aku tak mahu jumpa kalian dalam keadaan seperti wanita tersebut. 

Tok tok tok. "Ada tamu... PL (Pemeriksaan Luar) ya, ketuk petugas dari lantai bawah. Aku bangun pakai tudung, mata sudah kuyu. Layu rasanya mengambil sarung tangan, dan masker... mataku masih tertutup mengantuk, melihat jam sudah jam 2 pagi. Awalnya tamu datang tapi kenapa sekarang? kenapa..... baru nak terlelap. Pakai apron plastik yang selalu kalian lihat penjual ayam dan daging pakai. Kemudian, turun selangkah demi selangkah ke kamar autopsi. 2 meter dari kamar autopsi, mata aku terbuka luas, hidung kembang kempis. Bauuuuuuuu....

Tamu itu tidak datang sendiri, dia datang dengan ulat - ulat dan lalat. Terbaik... tetapi aku masuk seperti biasa berdiri di samping tamu. Perut sudah kembung, mata sudah tersembul, kulit sudah tertanggal dari lapisan bawahnya. Warnanya sudah hitam, di tubuhnya sudah ada marbelling jelas sekali. Hidungnya sudah hancur. Walaupun baunya hanya tuhan yang tahu tetapi kenapa aku tidak berganjak sedangkan junior2 aku sudah dua tiga kali keluar masuk ruangan. Sebab... aku set otak aku " Ini tidak bau... bau ini biasa akan jadi biasa akan jadi biasa" dan sebab itu aku masih disitu. Sehelai demi sehelai bajunya ditanggalkan. Setiap poket tamu diperiksa.

 Ada biskut, ada duit, ada dompet, ada kad hospital. Yang terbayang di mata aku adalah dia adalah seorang tua yang sendiri, tidak punya isteri atau anak, berjalan2 masuk ke kedai seven eleven atau kedai 24 jam, beli biskut untuk lapar nanti (Sebab beliau orang yang agak gempal). Sebelum meninggal dunia. --end case-- 

Aku paling sedih melihat tamu yang datang meninggal pada waktu mereka mencari rezeki. Sebab aku terbayangkan keluarganya menanti dia di rumah. Kapankah mereka mendapat kabar saudara mereka yang mencari rezeki ini sudah tidak ada. Ada satu pakcik ni buat aku nak menangis, tapi seperti biasa aku cover, tubuhnya terbahagi dua, dilanggar lori, ususnya sudah keluar, hatinya hancur. Aku sedih melihat wajah tua itu sambil membayangkan dia mengayuh basikal sebelum dia tahu dia akan pergi dalam keadaan mcm tu atau sebelum dia dilanggar lori. Series sedih...

Tapi aku lebih sedih kalau tamu datang dengan makanan disamping mereka. Sama seperti autopsi seorang pemuda ni, aku lihat masih ada nasi, sayur, lobak di dalam perutnya. Ya Allah, siapa tahu pagi tadi dia sarapan, mungkin bersenyum tawa dengan rakan dan taulan, dan tak sampai 2 -4 jam selepas itu dia ada di hadapan aku. Lebih sedih lagi bila aku tengok label dia MR X, dia meninggal dalam keadaan tidak dikenali...  

Persepsi

Kadang - kadang orang akan kata " Orang tu dah mati lemas buat apa nak autopsi lagi?" itu yang difikirkan oleh orang awam, tapi aku dari dulu tidak setuju sebelum aku masuk ke dalam perubatan lagi dengan pendapat orang awam itu. Walaupun kita sebagai orang awam tidak melihat itu sebagai satu keperluan tetapi dari segi peradilan ia adalah sesuatu yang perlu. 

 Persoalannya 
1. Apakah dia mati dahulu sebelum dia masuk ke dalam air, atau dia memang mati di dalam air? 
2. Dia mati dahulu sebelum dia masuk ke dalam air:- bagaimana cara kematian? dibunuh? sakit? 
3. Adakah tanda2 pergelutan pada tubuh mayat?

Itu tugas forensik :- Ilmu kedokteran yang membantu dalam pengadilan sebab yang tahu/ahli /specialist terhadap tubuh manusia adalah doktor, sebab itu perlu untuk mendapatkan pendapat doktor adakah kematian/luka/keracunan tersebut wajar atau tidak wajar. 

 Jadi sebelum anda meracuni fikiran tentang autopsi cuba berfikir out of the box. Kalau dulu, aku tidak setuju dengan pendapat awam tersebut tetapi tidak tahu sebabnya, sekarang aku sudah belajar, dan aku tahu kenapa ia perlu. Kadang - kadang kami temukan perkaran yang tidak dapat dilihat dari luar. Macam satu kes ini datang kepada kami dengan surat arahan untuk pemeriksaan luar yang dicurigai akibat luka benda tumpul tetapi yang kami temukan ada luka tusuk akibat benda tajam. Sampai kami akhirnya melakukan pemeriksaan dalam dan menemukan bagaimana lelaki itu meninggal dunia. Luka tersebut sudah menusuk ke aorta abdominalis, menembus paru. Lelaki itu muda... mangsa pembunuhan... aku masih ingat wajahnya. 

Di sini ada perbahasan tentang hukum autopsi di dalam islam... sila silakan melayarinya http://aliboron.wordpress.com/2010/10/26/hukum-bedah-mayat-autopsi/ 

Forensic Department yang menarik. Lebih baik bekerja dengan orang mati dari orang hidup. Itu yang aku pikir dan banyak yang menarik... Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila dapat tamu keras, dari perkumpulan Tuna Indonesia. Kalau cakap pasal TUNA kalian tahu la kan mcm mana keadaan tamu tersebut. Ya... dari freezer, dan aku terbayangkan freezer yang taruk ikan tuna tu. Apa yang menariknya? mayatnya sudah tidak berupa, tinggal tengkorak, dan sudah menjadi adiposera (badan menjadi berlemak, salah satu cara pembusukan mayat) tetapi barang disampingnya sekilas berbau wangi. Siapakah dia? kenapa barang itu sekilas bau wangi sedangkan beliau sudah berbau? yang pasti dari tengkoraknya, dia bukan orang Indonesia (sila tengok bones.. ya that bones thing happen here). Kalau pasal seram tidak lah seram sangat... cuma bau mayat tu sepanjang malam berbau. Sampai waktu makan lepas tu jilat jari bau mayat. Cuma benda2 macam tu janganlah dilayankan sangat lepas tu cerita kat junior "Awat kak ainun cerita... kami dah takot... pastu boleh pulak dia kata buat dunno ja," hahahaha. Habis tu? nak buat apa? relax sudah. Gi tandas sorang2 tawakal sudah la. Setiap kali tu mesti terdetik kat hati "Hang boleh bau, hang boleh bunyi... hang jangan tunjuk muka hang kat aku ja... hang tunjuk aku pengsan," hahahhaha. 

Ya... I'm thinking to be specialist in Forensic after Obstetric and Gynaecology. 

dan Forensic menjadi penutup kepada rotation aku disini. tarikh 7/7/2012 menjadi hari terakhir aku bergelar Dr Muda atau co-Assistant specialits. 

M goin back to Malaysia for Ramadhan. Goin back for good after Perlantikan doktor ceremony after this RAYA insyaAllah 

Salam...

VIOLETLESS sila edit yang mana yang tak perlu yer... aku cuma copypaste dari FB saja. 


Continue >>>

ehem ehem


disini saya nak mengumumkan bahawasanya blog saya ada 2 penulis jemputan.. ada sorang doktor, ada sorang lagi wartawan gosip semalaya yang jelita. kena habaq awai2 takut satgi ampa heran tetiba ada post pasai artis malaysia dan tetiba pasai belah perut orang. tu yang habaq awai awai tu. aku tatau la depa nak post bila. tapi bila depa post tu harap ampa jangan la terkejut. bajet orang baca ja blog tak berilmiah aku ni.hahahah.

sorang ni dr ai. memang panggey dia dokter ai. mana bleh habaq nama betoi. tak thrill la.dia takdak blog tapi dia rajin la merepek.

sorang lagi artis terkenal di seantero dunia dengan mengambik anak angkat pelbagai kaler iaitu (bunyi deram) BAKAL PUAN Jelina Joli Jelita.. ok ampa buleh baca blog dia dengan mengelik nama dia yang telah dibubuh link blog dia.

ok tu ja nak habaq. arap ampa terhiboq la nu memandangkan aku dah rajin update blog.
Continue >>>

Selamat Hari Raya


saya di sini ingin mengucapkan selamat ari raya kepada hampa hampa semua yang mengenali diri ini. kemain lama baru nak update..maafkan diri ini yang hina lagi miskin duitnya. tapi budi pekerti agak tinggi di pasaran semasa. ahakakak.

di sini saya nak habaq yang saya dah abeh belajaq. dan buleh la start cari keja. tapi malangnya keja takmau hinggap2. mungkin nak kasik can untuk mendebabkan badan yang sedia debab ni. takpa, saya redha dengan ketentuan Ilahi. hahah.nak beli herbalife mahai woi. tapi mengikut kawan twitter aku, depa ada buat macam starter kit la.yang murah iaitu RM 400++. agak mahai bagi aku yang hanya dalam dompet pepelnya ada 4 hengget tunai sahaja. dalam bank jangan cakap. baki cukup untuk memberikan harapan kepada bank tersebut aku masih aktif melanggan bank depa. ha gituh.

ok la sebelum melalut lebih dasat lagi.saya disini meminta ribuan ampun sekiranya selama saya menulis ni banyak yang terasa ati contohnya. maklumlah jari sedap menulis ikut dan dia ja.hahah.oh ya dan saya dok lagu ni la..dok single. hahah..

ASSALAMUALAIKUM dan SELAMAT ARI RAYA.

beraya bersama rakan rakan dan terima kasih kepada jelina sebab menggebukan muka putih serlah uolls.


salam sayang buat semua. muah.
Continue >>>

what am i supposed to do now?


feel helpless, vulnerable.



i know i'm not the only one.
thank Allah i make that click.
now i know.


what should i said? ALHAMDULILLAH? or
should i said, please ALLAH dont give me another heartbreak..

ok off i go now.
i dont know what to do now.
Continue >>>

live up my life.






that girl above have been well feed, take care of, and really live up her life right now despite a few bump here and there.=).. heheh.. so, dont ruin it.



sincerely,

girlwhogettingbulateachday
Continue >>>

private investigator kesan suami curang


berkenaan tajuk diatas, aku nak merumuskan bahawasanya aku sangat lah tak menyetujui gunakan penyiasat persendirian untuk mengesan suami curang di tempat keja. tapi sebabkan terlalu curiga pergerakan suami seorang perempuan tu akhirnya akan ambik penyiasat persendirian untuk mengakui bahawa si suami curang dengan sekian sekian pompuan yang selalu si isteri ni panggil betina ja.tak panggil perempuan dah. betoi dak?

tajuk ni aku nak ulas sebab aku ada sembang sembang dengan aku punya manager yang berbangsa india topik tentang "trust" atau dalam bahasa ibundanya kepercayaan. kepercayaan ni penting dalam sesebuah hubungan, tapi adakalanya kepercayaan ni makin lama makin berkurang berkadar terus dengan masa. nak cakap hubungan tu makin lama makin hambar pun ye jugak. so di sini lah tugas penyiasat persendirian akan diupah untuk tau punca napa suami hambar.

pastu manager aku ni pon cakap la." tau napa benda ni jadi? sebab apa? sebab perempuan tu jugak. kenapa lepas kawen badan tak maintain? tempat tidur ada ke jaga? (maksudnya berhubungan).kalo si isteri ni tip top punya layanan, baik, badan maintain, ada ke laki tu sanggup nak cari lain? laki ni ada ati maaa, kalo suma bini bagi 1st class punya layanan,kitoworang ada ati perut jugak, mesti tak cari lain punya la, sebab kat rumah kitoworang dah ada yang tak boleh dapat kat luar." tu penerangan dia. dia india btw.

mula mula aku macam erkk, pompuan jugak yang dipersalahkan. laki ni semua ja betoi.. tapi macam terbukak mata luas luas jugak la..aku segan nak dengaq sebenaqnya sebab aku ni pompuan yang maseh belum berkahwen dan jugak masih tiada calon..( ada ayat tersirat di situ ye kawan kawan.kah kah kah).. tapi dia cakap dengaq jala, nanti kena tau jugak masa pas kawen nanti. dia cakap ada pepatah india cakap yang paling atas sekali lepas kawen ialah " layan suami macam pelacur high class punya." perghhh macam penah dengaq ayat ni ye tawan2.. huhu. tapi ni la yang paling atas. aku dengaq berasap ja telinga.

penerangan dia sebab cakap camni ialah.. " kalo pelacur high class ni, dia punya layanan high class jugak. engkoworang pikir sendiri la, dah besar kan.. kalo tak dapat, mesti cari kat luar maa..kalo bini tip top punya mesti tak cari lain la.senyium sorang2 la.." aku dah stat malas nak dengaq dah..aku buat buat korek jerawat time ni.. pastu aku ubah topik, dah tu no 2 apanya? dia cakap no 2, saling faham memahami la.. mesti ada give and take. bukan give aja. orang yang give tu akan start fed up dan yang take tu akan naik lemak.

ni sebenarnya entry peringatan tuk aku sama. dari lelaki india tentang perkahwinan. yang aku rasa macam eyek! tapi sebenarnya memang bertepatan pon. jangan ambik mudah, lepas kawen, "eh, aku takpayah la lawa lawa dah depan suami, dia dah dapat aku, aku dah laku! yeay!" oh tak buleh tak buleh. takkan la si lelaki ni asik nak tengok bininya asik dengan bedak sejuk ja 24 jam, nak jugak tengok bini nya bergincu sekali sekala walaupun bukan setiap ari. ye dak? ni g keja ja lawa pon. kat umah? kat tempat keja, laki orang yang tengok kita, bukan laki kita.. (cam tak sesuai guna kita, guna ampa la.)  aku rasa baik aku setop kat sini sebab aku maseh bujang dan hanya berkongsi atas apa yang aku dapat.. part jaga suami pas kawen aku stuju. ada part yang aku tak setuju.

part yang aku tak setuju ialah, apasal salah pompuan ja nampak, salah laki kat mana? jaga hubungan, tegur menegur bini kan boleh, saling tegor menegur kan ok. tak salah pon laki nak tegoq bini dalam bab pemakaian. tak salah pon. dia sendiri akhirnya cakap, kalo pompuan dah bagi suma tu, still cari lain jugak, campak la laki tu masuk neraka bakar rangup rangup. dia la kata. aku gelak aja.

ok la. aku nak sambung menaip tesis. atau buleh cuba pakai kebaya dalam umah berserta wedges seperti gambaq di bawah. macam zaman ibu mertuaku, sanggul cucuk bunga.

cuma bunga aku di kain jela.

okbai...
Continue >>>

skin problem- jewawat


masalah jerawat aku makin melampau-lampau plak sejak aku guna produk tia amelia yang tak sampai seminggu. aku just beli sabun pencuci muka tia amelia tu tapi tak masa mula2 pakai muka aku rasa tegang macam letak gam kat muka tu..pastu pedih2. pergh...aku ingat tegang tu just nak bagi ilang kedut2 muka..mana tau bangun2 tidoq muka secerah dan setegang lisa sughihani..

pastu dalam masa seminggu sahaja muka aku jadik camni..mai nak tunjuk kat ampa..ampa pasghah ja la k.. nindiaaaa...


tudiaaaaaaaaaaaa....penuh pp belah kanan weyh... punya la aku tak redha...aku stop pas seminggu aku pakai..


lani aku terpaksa rawat muka aku ngan air wudhu' (eceyh!) dan bersama2 dengan safi rania gold punya set..buleh la. dia bagi kering jerawat cuma part parut tu yang lambat sket nak ilang..yg tu aku rawat ngan pati aprikot..disebabkan pati aprikot kemain mahai gila..aku jimat2..aku pakai skali ngan bio oil... sedih kan naseb orang nak cantik tapi takdak duit ni..

lani muka tadak la ok mana..parut tu ada. tapi kan jerawat macam tak tumbuh dah la..aku rasa aku memang tak serasi langsung dengan tia amelia nih...pedih, tegang suma dok ada..

ni baru tatsat (sebentar tadi) aku ambik gambaq ni..

ok tipu...ni bulan lepas punya gambaq. gambaq meneman kawan aku p kenduri kawen..anak tu comey di dakapan aku yang hangat...wuuuu..come to aunty bebeh.. merenyeh sakan..

ok ampa ada petua dak nak bagi ilang cepat parut ni..aku meluat dah dia dok menempek kat muka aku..aku nak muka suci murni cam lisa sughihani gakk..
Continue >>>

worries





if i quit worrying i think nobody will realize that.
Continue >>>

randoms yang mengada.


lama sangat rasanya tak updaye blog ni...sebab tak ada benda nak cita..maklumlah orang baru masuk sem...bz dengan macam macam...haha..bz la sangat kan?padahal kelas seminggu sekali ja pon..ari yang takdak kelas aku p keja la..cari duit sket..apa nak buat dok kl ni banyak taboq duit kat tempat yang tak perlu..sedih noks dok kl nak kuaq suma kena bawak keluaq duit..wuuu...

so aku pon tatau apa motip aku update ni..mungkin nak gtau kat seluruh dunia aku masih lagi bernyawa walaupun kemain diasak dengan macam2 dugaan hidup yang sat2 ja ada dalam masa yang sama. yang kadang2 sampai sesak napaih gakla nak menyawa.

disini aku mengucapkan tahniah kat kakak aku yang baru mengandung..aku syak dia bunting pelamin..hek hek hek..aku cam nak tergelak plak bila dia segan nak gtau dia mengandung kat mak abah aku..takut mak abah cakap amboiii cepatnya lekat.kah kah kah..ntah pa2..rezeki dah mai kan..apa lagi..ambik jala..mohon kali ni heroin..hero dah ramai ni..jenuh tudung tak terletak dengan eloknya sebab hero hero suka menyentai tudung aku buat tali tarzan...maklang sedih tau anak2 sedara buat maklang camni..maklang gomol kang aa..huhu.

ok la..sebab aku mempunyai kegedikan yang amat tinggi pada waktu petang ni..dan RAJIN. aku nak share la gambaq sepanjang ketiadaan aku ni..










dah macam melampau lak upload banyak2..k la nak mandi.
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010