wrapped up 2010. 1


disebabkan aku tulis nombor kat atas tu makna kata ada banyak bahagian. sebab akur asa mood blogging aku dah kembali. aku kan update blog secara pukal mulai sekarang. maybe gambaq gambaq saja yang akan diletak tapi takpa aku tak kejam nak seksa mata ampa tapi apa tengok la wey. tak sian kat aku ka?penat aku buh gambaq nanti.

oh banyak sungguh peristiwa sadis dalam idup aku sepanjang 2010. aku rasa tahun ni paling sedih penah aku ngadap. banyak kesengsaraan aku dah lalui yang aku simpan sendiri tak cakap sesapa. aku tak berani nak luah dalam belog sebab takmo blog aku penuh dengan kisah kisah sedih. bukan suma orang suka baca kisah sedih ni. so aku pura pura hepi dan pakai topeng. itu perkara biasa bagi aku. pakai topeng the joker.

banyak ati terluka dan banyak kali jugak ati aku berdarah macam ban pecah. tapi tula life. kalo aku cita satu satu yang aku mengadap mesti ampa cakap "weyh!leh buat novel kisah hang ni". ala novel pon adaptasi kisah sebenar gak. so takyah heran k? aku tak kesah dah orang benci aku. sebab aku tau ramai dah mula benci aku. ke aku pasan ja? benci la sebab ada orang benci tanpa kenal sapa orang yang dia benci tu. paham tak? macam dengar2 cita "eh dia ni pompuan jalang tau. ko benci la dia tau weh. dia tatau malu." ha terus la ko benci dia tanpa kenal pon dia tu. betul ke jalang?apa yang dia dah buat sampai dapat gelaran tu? haaaa.. siasat dulu k?jangan main benci ja.

haters biasa la. bukan suma orang suka kat kita tapi kadang kadang rasa macam tak adil sebab kenapa perlu benci dia sebab dia ada itu ini dan diri sendiri takde itu ini?penah terpikir tak? benci sebab dia lawa, benci sebab dia kaya, benci sebab dia ada baju cecantik. nonsense la benci pasal tu suma. takdak benda pon. bukan salah dia pon nak lawa, bukan salah dia pon dia kaya. lerrr... tak paham aku orang camni. jeles takpala. aku jeles weyy dia lawa, camna nak lawa cam dia?apa produk dia pakai. haaa yang tu tak kesah la..takdak la dengki dengki ka apa. tu normal. dengki sampai ati itam tak guna. sila terasa.

jatuh ati tersuka kat orang itu ini, tersayang, dan sebagainya dah jadik lumrah. ngaku la wey. kita ada kan tersuka or terjatuh ati pandang pertama ka ketiga ka. ada tuh. jangan tak ngaku. aku pon camtu gak. tapi sumpah tak berani reveal kat sini aku suka sapa sapa. aku diamkan ja. tak berani nak expose cita pasal ni suma kat ampa. nanti dah yakin aku akan expose satu satu.

banyak kawan aku da kenal. sory sangat sesapa yang singgah kat belog aku tapi aku tak singgah balik sebab aku sangat sangat serabut few months ni. aku serabut sangat sangat sampai aku bukak ja blog pastu nak luah suma benda aku draftkan. tak publish pon. sebab tatau la napa. pastu kan aku nak sangat kenal yang singgah blog aku. pelis tinggalkan link anda suma kat sini. pasni aku nak update bloglist aku. pelis pelis.

tu ja. nanti aku update len.



p/s: sesapa yang singgah pelis tinggal url bawah ni. aku buh dalam bloglist aku. aku rasa bersalah ni tak trace balik. thanks korang..

5 comments:

Nurfatin Liyana on December 29, 2010 at 7:47 AM said...

my girl is back! eheee. nak url saye? tehhehhee :')

smgt awak smgt ! :))

noorafzan on December 29, 2010 at 8:11 AM said...

url akak mau juga ka..
moh le amik..

http://www.noorafzan.com/

Kech Hidayah on December 29, 2010 at 12:01 PM said...

hai url saya :

http://www.nurhidayahyahya.com/

selamat berkenalan... =)

saya cantik.saya ada baju cantik.saya suka mekap kadang2.sila jangan jeles.sebab saya tak jeles pun awak tak cantik.saya tak jeles pun awak ada baju buruk.saya tak jeles pun awak tak pandai mekap.faham??

saya bukan anon tapi saya cuma nak tolong.

rasa nak lempang tak bila baca komen tu?sila terasa kepada sape2 yang terasa!hahahahahah..

Rara Nasiha on December 29, 2010 at 5:22 PM said...

http://sweetlolitasara.blogspot.com

url aku. wehh, tahun baru nak masuk dh. kita lupakan yang lama, and bukak buku baru okey. :)

luthfi.my on January 3, 2011 at 12:20 PM said...

saya solo dan gersang.
sila add blog saya ok

http://luthfi.my/

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010