carutan~


aku rasa ramai yang perasan yang carutan ni dah macam makanan seharian hari hari dah..banyak sangat dah aku perasan yang komen dalam entri entri tertentu dengan dabik dada dan jari jemari yang liuk lentoknya menaip perkataan yang sangatlah macam #$%^&^. aku takmau tulis mencarut..aku mencarut dalam blog seperti seyes sh*t.kah kah kah..sh*t tu tahik. takpa kot..tak kasaq mana aih..tapi mencarut gak kan. ok aku tak buat. i take this as my lesson.

ada jugak aku perasan entri entri blogger yang suka menghantam macam dia bagus gila buat para pengomen nak hentam balik blogger yang buat entry tuh tapi yang tak maneh macam kurma ini depa guna ayat carut carut yang.....ala paham paham la sendiri. tapi yang tak bestnya di awalan ayat tu ada guna Astagfirullahalzim...ceyy...permulaan ayat camtu la..belakang ayat tuhhh carut marut yang tak elok untuk ditulis dan dibaca para veteren seperti mak abah aku.(*berdoa yang belog ni abah takkan baca)

bukan apa yang pengomen ponnn..adeh..
Continue >>>

aku rasa aku gojes malam tuuuu...


pada sabtu malam minggu lepas, fakulti aku ada buat dinner yang bertemakan 1001 malam..suma arab yale yale weyh...aku yang tadak baju ni mencari la baju yang murah tapi nampak lawa la. mesti la lawa weyh.. bagi aku la..tapi aku tengok yang len len kemain weyh lawa beno. aku tunduk kepala tanda "mestiii bukan aku yang menang queen malam ni". ok bab perasan bagi la kat aku..tapi kalo ada anugerah "pelajar paling perasan" mungkin dapat kat aku..dan masa tu aku ingat aku nak nyorok kat toilet..ahh pedulikk..

disebabkan aku da lama tak update blog. dan setelah mendapat komen daripada geng separa mereng aku, depa kata entry aku boring tadak gambaqqq...ni aku buh gambaq banyak gila..ampa jamu la mata ampa weyh..aku izinkan..setat arini aku buh gambaq k bagi ampa yang jenguk blog ni tak boring okeh.. aku sedaq entry aku bosan bosan dah lani..aku takdak idea la nak nulih sebab aku bizi..heee..

malam gemerlapan ye tajuknya..* oh muka aku memang selalu annoying..saba jela. mahap ye sayang sayang suma.. (ala2 kech hidayah tak caption aku?)




hai, saya cik violet ungu tapi malam ni saya pakai torquise. (betul ke eja ni?)
* inner tu aku jahit sendiri yaww manik dia...sapa nak tempah leh la..meh aku jahitkan



kawan sekelas yang sweet tau. *saja nak tunjuk inner tu dia aku jahit gak manik tu..wahahah


dengan arab arab yang cun melecus. *abaikan baju torqoise tu. gedik tak abeh. rasa nak bagi penampaq.



yang macam batang buruk tu sedappp weyhh...hat sotong merahhh gilanya tak sedapp..maneh gilaaa..*aku sumbat gak dengan bantuan ayaq kosong..bayaq mahai kott weyhh..kena la telan.



baju kelabu (bakal pengantin), cik miz di tengah yang manjaaa sangat..cium laju laju kang...dan yang ijo tu moksing kechentaan aku...sayang dia sangat.


ok la..nak taruk gambaq aku syok sendirii..timaseh..sila jamu mata...kalo sakit mahap la...tu la kesan jangka pendek.jangan risau.







ok baiii..tu ja tayangan unggul setakat ni...next entry pon ada gambaq...aku buhhhh gak sampai mata ampa ketumbit..wahah.


p/s: jom masak jom...
Continue >>>

life setakat ini.








saya memang dah gemok ponggg..HAHAHAHAH.. OK diet len kali lah...balik umah baru diet..kat sini susah mau diet..
Continue >>>

boleh tak nak meluahkan sesuatu?


napa ntah ati aku rasa tak tenang sampai tak le nak tidoq malam malam. aku rasa macam ada benda berat dalam ati yang aku rasa nak buang. aku tatau aku kena buang apa. aku tatau aku kena buat apa. boleh tak nak terus ilang dalam dunia aku sendiri yang tadak sapa sapa pon. dunia yang ada aku saja. tadak nak kena jaga ati sapa sapa. tadak orang yang kena jaga ati aku. yang ada aku aku aku. shallow mind. yes i am.

result aku teruk gila babeng yang buat aku rasa nak mengamuk sebab masa tu la pompuan ni buat onar kat aku. seorang blogger yang sedap sedap buh fb aku dengan jelas terpampang muka aku dan nama aku. dan hell yeah dia tak buang pon post tuh. dengan segala caci maki dia letak kat aku. aku buleh ja letak link ko pompuan tapi aku malas nak kasik traffic free kat ko. dan aku takkan maafkan setiap kata kata ko dalam post tuh. and i meant it. aku tak hina ko, aku tak penah kaco idup ko, dan ko sesedap oren mengutuk aku. ko boleh gelak puas puas skrang.

result teruk gila nak mati sebab aku masa final tak boleh ada tekanan. dengan ko mesej lagi aku time tu pompuan. nak pikir exam lagi yang gap takdak. ingat aku ada masa ke time tu nak pikir suma suma masalah bodoh tuh? sekali lagi bila aku stress aku takle nak makan, aku makan aku muntah balik. aku tatau kenapa badan aku takleh nak tahan tekanan, teruk gak aku masa tuh.. aku takle nak handle tekanan yang banyak sekaligus. beban final exam pon dah cukup berat ni ditambah dengan masalah bodoh tuh.

aku tatau apa motip entry ni tapi sekadar nak meluahkan rasa tak puas ati aku yang aku tahan tahan. makin aku tahan makin sedap makhluk makhluk mengutuk aku atas bukan salah aku. its a crime u know when somebody's ex fall in love wif u. it will be more suck if she wants him back. and i'm the victim. hell yeah!! aku suka nokks bila aku dipersalahkan atas BUKAN SALAH AKU LANGSUNG!. siap kena caci maki terang terangan tuh. dan aku takkan maafkan sampai ke saat ni suma yang ko da buat.

dan maaf ko tuh, tolong ah. mana ada orang mintak maaf sindir sindir. ikhlas ke tu ko mintak maaf?dengan post tu still terpampang muka aku yang buruk. ye aku sedar la aku buruk takpayah nak samakan aku dengan apa apa. ur asslicker pon sama, sedap sedap ngutuk aku tapi tatau aku ni tak bersalah langsung. buat cita canang satu dunia dia teraniaya. tapi aku ni?yang tatau menahu sedap kena kutuk. aku gelakkan ko ke?bila masa???? ko gelakkan aku ada la.

dan aku tau dah laaaaaaaama ko post muka aku tuh tapi malangnya aku baru dapat tau masa minggu final exam. wow! memang setiap kali aku final ada ja benda buruk nak jadik time time tu jugak. tak tangguh langsung. sungguh bes. hahaha. entry sentap kot aku buat ni. tapi pedulik apa. makin aku diam, makin teruk orang mengata. macam mengiyakan ja apa yang beliau kata. takpa aku tak halalkan setiap fitnah yang ko cakap. fitnah la sebab tak betul.

yang part paling best kan?no one care bout me. aku tau ada yang baca entry ni kenal sapa orang tuh. pelis la. kenal aku dulu sebelum mengata buleh? tau cita sebenar dulu baru nak hakimkan aku camna buleh tak? tapi kalo nak bagi aku pahala free cakap la weh. aku malas nak cakap apa dah. dah muak dah.. wat the heck betoi la..nak aku bongkar satu satu ke?boleh no hal la. nak cari pasal sangat kan? you deal wif a wrong girl right here babe.

aku boleh nak print skrin segala gala tapi aku malas. seyes malas nak mati tengok muka ko. baik aku belek muka aku. sebab aku tau aku ada kekurangan. jangan cakap pasal kekurangan orang padahal diri sendiri pon tak cukup perfect. aku tahan lamaaaaa dah.. sebab aku malas nak bagi besarkan benda ni. tapi aku rasa marah sangat bila ni efek aku nya result. result cam hapa lagi. sumpah la aku rasa nak menyumpah sebab masa tu aku down gila sampai baca hapa pon aku tak masuk. rasa macam diri tu bodoh gila masuk dewan exam dengan kepala kosong. bagus nyah! bagus..


prepare nak kena marah ngan abah sendiri bila tengok result aku nanti. hurm. dah kena marah ngan kakak dah. tolong lah. aku rasa nak menjerit ja nih. boleh tak jangan jaga tepi kain orang sangat?boleh tak tengok kain tu sendiri?boleh tak perasan yang diri tu tak perfect mana?boleh tak perasan yang bukan ko sorang ja sedih?boleh tak jangan nak judge orang sewenang wenangnya?boleh tak jangan perasan diri tu bagus sangat?boleh? tak boleh?boleh belah?


tadak sapa leh bersihkan nama sendiri melainkan diri sendiri.


"fitnah itu lebih buruk daripada membunuh"


renung renungkan dan selamat memberi pahala kat aku. aku tak redha setiap benda yang tak betul daripada mulut hang ngan konco konco hang. sekian terima kaseh.


ingat hang ja leh sentap?aku takleh?
Continue >>>

tahun baru tak seindah mana.


tak seindah mana sampai la ke saat ini. tak ada satu pon yang indah. seyes aku rasa nak berenti ja blogging. aku tadak follower banyak pon tapi tetap la orang mengata. takpa tahan.

masih tunggu some mirikel to happen. arini berapa haribulan? aku rasa 7 hb. maseh lagi tadak keindahan apa apa. ujung tahun 2010 sampai skarang masih camni. tadak perubahan. aku arap ada perubahan yang leh buat aku senyum tapi harammmmmmm tadak apa yang berubah.

ati makin lama makin sakit. tu ja la.. tadak benda yang best pon dalam idup aku. seyes tadak. so takpayah la jeles cakap nak life cam aku. kalo hang tau life camna aku sumpah la hang takmau.

ok la. mood tak baik sangat sangat. sehari suntuk belum makan. kunun diet tapi takle makan sebenarnya. bila tensen memang takle makan. buleh mendatangkan uwek2 kat toilet. aku malas la orang syak aku pregnant. pregnant amenda laki pon tak berani dekat. choyyyyyyy..haha.

ok2.. buat2 hepi pon bes gak.

Continue >>>

wrapped up 2010. 2


mulakan dengan kenangan manis buleh?

cupcake adalah kenangan manis walaupun selepas itu menjadi pahit. takpa aku redha. u a good fren farami. really.

suma tentang cupcakes diabadikan dalam entry ini.(klik)

pastu sorang sorang nak buat aku bangun semula. kutip balik pas kena hempas teruk. ye sangat teruk. sorang kawan aku ni. dia laki. dah nak bertunang tahun depan dengan perempuan pilihan dia. sangat cantekk.. kawan baik la jugak. kami takda apa apa juz kawan saja. bawak aku g genting segala nak bagi aku hepi balik cam sediakala. tak p berdua. pegi berempat. ok buleh baca di entry sini.(kelik)

banyak sangat la weyh, dengan jumpa kawan kawan blog yang cool abes. gath yang aku p buat aku kenal dan rapat dengan kawan kawan may, besh sangat. pastu aku hang out dengan kawan kawan baik aku. sungguh bes la weh. kawan kawan baik, una dan fiz. kawan kawan geng sekepala di kelas, moksing terchenta, KC, wawan, sis, jah. aku rindu sangat nak hang out cam dulu dulu. time aku dok kolej dulu.

kenangan termanis mungkin aku dah jumpa my other half. mungkin. =)


p/s: banyak sangat nak tulis sampai jammed pala otak.haha pelis. tinggalkan url anda kepada yang baca blog senget nih.


Continue >>>

wrapped up 2010. 1


disebabkan aku tulis nombor kat atas tu makna kata ada banyak bahagian. sebab akur asa mood blogging aku dah kembali. aku kan update blog secara pukal mulai sekarang. maybe gambaq gambaq saja yang akan diletak tapi takpa aku tak kejam nak seksa mata ampa tapi apa tengok la wey. tak sian kat aku ka?penat aku buh gambaq nanti.

oh banyak sungguh peristiwa sadis dalam idup aku sepanjang 2010. aku rasa tahun ni paling sedih penah aku ngadap. banyak kesengsaraan aku dah lalui yang aku simpan sendiri tak cakap sesapa. aku tak berani nak luah dalam belog sebab takmo blog aku penuh dengan kisah kisah sedih. bukan suma orang suka baca kisah sedih ni. so aku pura pura hepi dan pakai topeng. itu perkara biasa bagi aku. pakai topeng the joker.

banyak ati terluka dan banyak kali jugak ati aku berdarah macam ban pecah. tapi tula life. kalo aku cita satu satu yang aku mengadap mesti ampa cakap "weyh!leh buat novel kisah hang ni". ala novel pon adaptasi kisah sebenar gak. so takyah heran k? aku tak kesah dah orang benci aku. sebab aku tau ramai dah mula benci aku. ke aku pasan ja? benci la sebab ada orang benci tanpa kenal sapa orang yang dia benci tu. paham tak? macam dengar2 cita "eh dia ni pompuan jalang tau. ko benci la dia tau weh. dia tatau malu." ha terus la ko benci dia tanpa kenal pon dia tu. betul ke jalang?apa yang dia dah buat sampai dapat gelaran tu? haaaa.. siasat dulu k?jangan main benci ja.

haters biasa la. bukan suma orang suka kat kita tapi kadang kadang rasa macam tak adil sebab kenapa perlu benci dia sebab dia ada itu ini dan diri sendiri takde itu ini?penah terpikir tak? benci sebab dia lawa, benci sebab dia kaya, benci sebab dia ada baju cecantik. nonsense la benci pasal tu suma. takdak benda pon. bukan salah dia pon nak lawa, bukan salah dia pon dia kaya. lerrr... tak paham aku orang camni. jeles takpala. aku jeles weyy dia lawa, camna nak lawa cam dia?apa produk dia pakai. haaa yang tu tak kesah la..takdak la dengki dengki ka apa. tu normal. dengki sampai ati itam tak guna. sila terasa.

jatuh ati tersuka kat orang itu ini, tersayang, dan sebagainya dah jadik lumrah. ngaku la wey. kita ada kan tersuka or terjatuh ati pandang pertama ka ketiga ka. ada tuh. jangan tak ngaku. aku pon camtu gak. tapi sumpah tak berani reveal kat sini aku suka sapa sapa. aku diamkan ja. tak berani nak expose cita pasal ni suma kat ampa. nanti dah yakin aku akan expose satu satu.

banyak kawan aku da kenal. sory sangat sesapa yang singgah kat belog aku tapi aku tak singgah balik sebab aku sangat sangat serabut few months ni. aku serabut sangat sangat sampai aku bukak ja blog pastu nak luah suma benda aku draftkan. tak publish pon. sebab tatau la napa. pastu kan aku nak sangat kenal yang singgah blog aku. pelis tinggalkan link anda suma kat sini. pasni aku nak update bloglist aku. pelis pelis.

tu ja. nanti aku update len.



p/s: sesapa yang singgah pelis tinggal url bawah ni. aku buh dalam bloglist aku. aku rasa bersalah ni tak trace balik. thanks korang..

Continue >>>

rumah terbukak luas.sila masuk


benci aku tulis panjang panjang letak suma2 buleh plak terhilang tiba tiba..buleh mendatangkan stroke betoi..aku sakit jiwa dah ni tapi aku ni jenih gigih.aku tulis semula..ni rumah terbukak aku nak cita ni..raya aritu..raya aji ke?bukan2..raya aidilfitri yang muliaaaaaa..ailebiu..ok gila tetiba ailebiu..toksah dok mengada mari kita mengumpat secara terang terangan.

aku p rumah terbukak kat umah kech hidayah. dia kecik ja weh. separuh badan aku. betoi tak tipuuu punyehh..aku besaq dua kali ganda dari dia.. tau dak rasia dia kuruih keding camtu napa?sebab dia malas..suma pon malas..makan pon malas..sebab dia malas,dia pon tak makan. kesimpulannya tu la tips dia kuruih..susah weh. semalas malas aku bila lapaq aku otomatik rajin masak.
cari perbezaan aku ngan kech..ok sudah terang lagi nyata..tak payah habaq..aku kecik ati nanti padan muka ampa..chaon sebelah tu aku tatau nak kata dia buat muka apa..aku maleh ah nak kutuk dia..nanti dia tacing lebih. pastu kan aku tak kelapaq ah nak pujuk dia..tacing2..aku kutey satlagi..aduh tetiba sakit perut. tapi takpa..aku tengah gigih ni.aku tuleh lagi.


ini nabiel. dia ni nampak ja macam sopan tapi cait!jangan percaya suma itu.itu tidak benar belaka. dia suka mengguda aku..guda la sangattt..gila awww..dia ni kalo bab mengata aku kuat makan ka apa ka bagi kat dia la..sebab dia ah aku tak jadik makan rojak yang aku tingin nak makan satgi dia kata aku kuat makan lak tapi sebenaqnya aku mana kuat makan pon.aku biasa biasa ja..hehe..sebabkan hang aku suh beliau berenti makan kat tempat len hang tauuu dak...lapaq punya pasai..hang bertanggungjawab biel!


disebelah nabiel ialah nikon...heheh..comel je dia..hohoh..sory ye saya memang camtu..kurang sket dengan orang yang baru pertama kali jumpa..hukhuk..ok suma tak tengok kamera..aku nak salahkan orang yang tangkap gambaq nih buleh?


ni la antara tetamu lain...aku saja tanak fokus kat biel nih..dia pasan gak..nak buat camna..hahahah..arini aku ngumpat hang ja dalam belog aku..hang redho nuuu..hahahah..



p/s: aku da taip semalam buleh plak aku terpetik apa ntah ilang pulak.


Continue >>>

hanya nak menulis


rasa nak menulis pepagi buta ni..susah nak adakan entry dalam blog ni sebab aku tatau mood aku ilang ke mana pasal blogging ni..maybe i'm not into it anymore..banyak banda dah jadik dalam life aku tapi aku tatau nak story camna..maybe its too privacy that i cant tell anyone. biaq aku ja tau. orang terdekat ngan aku pon tatau. baik aku diamkan dulu..kang jadik ntah hapa hapa, salah paham la apa la pastu aku kena balik.maleh ah aku..

aku cuma nak mintak pandangan ampa. kejam sangat dak aku kalo aku keep pushing some1 out of my life over and over again. sampai aku rasa kejam gila. rasa bersalah gila. jangan la cari aku lagi. pelis terima hakikat. aku bukan tuk kau. sory k. jangan cakap rindu aku dah. kalo betul rindu aku, jangan la cakap kat aku. buat aku rasa lagi bersalah sampai moody tahap cipan laut. sory k.

tak berniat tuk kejam tapi ini yang terbaik. dah, stop k. jangan buat rasa bersalah ni makin lama makin teruk. dah macam orang apa dah aku ni. aku bukan baik pon. ok? pelis jangan seksa diri tu lagi. dah lama kan benda ni.
Continue >>>

hai uolls


da semacam menggedik plak bila tajuknya berbunyik begituuu...aku punya laptop rosak weh..sumpah weh aku tak tengok pon benda bukan bukan seperti yang lusyah lusyah ke apa ka..mana aku tau nak bukak porno porno..maleh aku nak tengok.dah la nak periksa nanti gelap otakaku.sapa mau jawab masa aku dak periksa nanti?hang mau?hang mau?

entry ni aku tatau nak merepek apa cuma aku rindukan sangat sangat nak berblog seperti biasa..rindu weyyy nak menayang gambaq yang penuh dalam aku nya laptop ni tapi aku tak publish pon.malu wey tayang muka tak siap aku kat orang. lani dah penuh dengan jerawat..aiyoo..apa mau buat. tempek bedak sejuk aku maleh. berkerak la bantai aku nanti.apa tips pp putih gebus?abaq skettt..

pastu kan lani heboh pasai banjir.aku bernaseb bek sebab kampong aku depa dah dalamkan sungai so umah aku terselamat.dah la umah aku tak dak umah atas, satu hai plak aku nak p pindah kat surau. dulu duk surau masa banjir besaq dulu..punya cooollllllll...dapat kawan yang tadak la ramai sangat tapi buleh belajaq masak la.haha. masak bes bes lak tuh..huhu..sedappp wey..ok tamau benjir dah. penat mengemas barang. penat mencari adik bongsu yang suka p men ayaq buat mak risau. penat nak menjerit jerit terkinja kinja bila lintah ka pacat ka naik kaki.sumpah aku fobia dengan menatang tu. ngan lipas aku machooo ja..haha..

so, berhati hati di musim banjir ni tauuu..jangan dok menyelam main ayaq banjir plak.banyak bekteria tawuuu?jangan men tau. dengaq cakap saya ni. saya bukan nak menggoda saya cuma mau menasihat..hehehe..

p/s: jatuh cinta antara blogger semakin menjadi jadi..heheheh..semoga berjaya..sweet ngat aih ampa ampa ampa suma ni..aku jelesss tawuu..semoga bahagia kawan kawan.
Continue >>>

bizi berlakon


sory sayang sayang suma..lama tak update blog sebab bz la berlakon..wahaha.pompuan gedik lak tu..redho dengan watak diberi..ni untuk subjek kursus aku..kena berlakon wey nak dapat markah..lebih kurang esaimen yang kena berlakon secara teratuq dan sedap mata memandang..sedih yaww kalo dah abeh belajaq pastu teringat kenangan kenangan ni..mau kunun kunun habuk masuk mato yo bergenang ja teringat kawan kawan.

ok setop dulu bab melencong sebab aku sumpah ketaq gila nak mampuih berlakon ni..watak utama lak tu..puteri inke yang gedik uolls.dah la aku tak gedik macho terlebih dibagi plak watak gedik.mau la aku terkinja kinja tatau nak buat..tap disebabkan aku memponyai motibasi yang tinggi aku tenangkan ati buat la jugak..apa pedulik aku orang nak kata apa..hukhuk...siap menari tuis tuuu..tapi aku tadapat lagi video tu..kalo dapat aku kasik ampa tengok aku tuis..nescaya ampa jeles aku tuis cam saloma.siap bersepek mata itam uolls..

ok tontonan umum disediakan untuk semua..jangan la buat buat muntah ye..aku ok ja pakai..tadak la pakai bikini bottom pon..pakai kebaya kottt...


carik aku yang mana satu..carik la...


close up skettt....si bulat..sekian terima kaseh..tau dah aku memang bulat...

cik puteri bersama sama dayang dayangnya..wiwit!!men mesej kot atas pentas...hukhuk..
jejaka pertama yang cuba merebut ati puteri yang menggedik..sumpah aku malu tatau buat muka apa time nih.
laki kedua yang duduk tu...wiwit!hahaha...

rebutan dua jejaka yo..tapi kawen ngan laki a.k.a pompuan len.wahaha...tu yang pakai baju askar tu la last jadik laki aku..hoho...yang pakai baju melayu bapak aku..hehe..

sinopsis skett:

raja ulam (yang pakai baju melayu tu) ada anak cun dan comel dan gedik dan sweet dan sebagainya bernama puteri inke. dia ni menjadi rebutan 2 jejaka kat negeri tu.pastu kan 2 jejaka tadi tu kawan baik..ada la jadik ntah apa2 punya adegan.pastu kan dayang dayang puteri ni syok kat 2 mamat tadik tu..so tetiba raja lawak mai.raja lawak yang pakai baju celoreng tuh..so raja lawak pon mai masuk minang..dapat la puteri inke tu..tu la cita dia..hahah..

ok cita abes dah..buleh la buat aktiviti len..

p/s: ari ari lebih indah kalo ada orang temankan kan?
Continue >>>

orang kena sumpahan jadik ikan kunun..padahal memang ikan.


aku p aquaria aritu aku terjumpa dengan kapten luffy tengah mencekik punya laju..aku mesej mesej dia la kaco..aku dok belakang dia pon tak pasan..gila mencekik punya laju tak pandang depan belakang tepi kiri kanan..aku suspek hang la pakcik oii..

kat sini la aku tau ada ikan yang ada depa buat p baca yasin ka apa ntah kunun kunun dia disumpah jadik ikan sebab derhaka ka apa pon aku tatau la..padahal tu memang ikan kot weyhh..bukan kot tapi memang ikan..sapa yang tertipu tu memangla..yang dok p pemuhong tu lagi la berdosa besaq!jahat la lu orang menipu orang yang inesen.



ni buktinya..tak nampak sangat la pulak..sebab dia berenang2 weh..aku tak sempat nak kejaq.



ok dah abes tulis..hukhuk..

p/s: macam mana aku nak tolong orang yang dah jauh tersasar?aku tak reti.
Continue >>>

saya takut.


saya takut saya sedang melalui kesilapan saya..saya takut saya telah membuat kesalahan.saya takut saya tengah mengalami pembalasan saya.saya takut saya telah membuat ati orang sakit dengan saya..saya takut dengan keadaan sekeliling saya..

dan sebenarnya saya takut dengan perubahan yang sedang berlaku atas kepala hotak saya dan ati saya.




saya mintak maaf jika satu ari saya ilang tanpa kabar berita..

dan untuk awak, pergi. saya bukan untuk awak.


Continue >>>

penah dengar hantu kasut? (1 kasut, 2 kasut, 3 kasut,eh silap)


hai ampa semua..aku da gila update belog sebab nak lepaskan kerinduan aku kat fesbuk.haha..sebab aku update status fesbuk sehari 2 kali..tu pon nak habaq..oh itu perkara biasa semua nak habaq kat ampa semua..kawan jemur kain kat penyidai 3 ari tak angkat sampai aku nya kain baju dalam baldi takleh nak sidai pon aku nak habaq.hukhuk.itu perkara biasa nak mengadu kat ampa yang last skali aku kena smash balik..kehkeh..kuang asam punya ampa..

ok aku nak cita perihal umah aku ni..seyes shit aku takut nak cita weyh.dah la aku tengah sorang sorang dalam bilik nih..jangan baca weyh kalo ampa lemah semangat..satlagi jangan salahkan aku kalo takleh nak tidoq malam..ini seyes punya matter ni..aku tak men2 aih macam dalam entry entry seram hat lepas..ni betoi punya weyh...ni jangan kata aku tak warning lak..

ni pasai umah aku ni..pelik sket..kalo hang masuk umah aku tak la rasa apa apa pon..tak la meremang segala bulu..tapi kan, pelik ngat aih..pada suatu hari, aku pasan kasut sebelah aku ilang..sebelah ja pon..kalo 2,2 belah aku tak heran sangat..dah la sebelah pulak..mau aku ngamuk tanya semua orang dalam umah aku, sapa ambik..kalo 2 belah tu maybe la ada budak umah aku ambik pakai p kelas..ni sebelah ja..sapa la ngok sangat nak pakai sebelah ja p kelas..dah la berzip kasut aku tuh..comfem la pasan kalo tersalah ambik..aku riuh rendah bak p pasaq tani dengan perasaan hampa kerana aku berpikiaq takkan jumpa balik dah kasut tuh yang aku tak sayang sangat.

ok keesokan harinya..mirikel telah terjadik! kasut aku elok terletak kat rak kasut seperti sedia kala..tak pasan lagi apa apa yang aneh..buat cam besa ja..pastu minggu depan jadik lagi..dekat rumate aku..ha, kasut dia plak yang ilang sebelah..pelik betoi ilang sebelah.dia tanya aku, mana aku tau, aku cakap p la tanya yang len..depa yang len pon tatau..haih..pelik..aku kata tunggu esok. ha hambikkk ada balik kat tempat sedia kala..ati aku ngan kawan aku da tak sedap..macam ada something..haish..

bulan posa tak dak apa berlaku..sebelum balik aku check semua kasut dan pasangan..cukup semuanya..sebab aku last yang balik..balik mai sini aku plak yang terawai..haih..masuk ja aku tengok suma kasut dan pasangan..suma ada..ati lega sebab aku kena tidoq sorang sorang sampai la yang len sampai..sumpah aku takle tidoq aritu macam macam bunyik dok ketuk pintu..aku dok dalam bilik bukak cita sekuat mungkin..ha hambik.pas subuh baru aku tidoq..

esoknya ada kasut ilang sebelah..haih..ilang lagi..kawan aku pasan..dan macam yang dah dijangka, pas bising bising, ada plak kasut tu kat tempat biasa..pelik sebab aku sorang saja malam tu..bukan aku yang ambik..dan kasut tu dalam umah sumanya..tak mungkin la ada orang luaq nak ambik.

pastu biel jahat gilaaa masa tu p cita seram kat aku masa tengah tengah pintu kena ketuk..ngekk..aku takut hang tau dak..aku suh simpan cita dia..esoknya aku tanya sebab dia penah dengaq cita yang sama..esok siang aku tanya dia gelak..ngekk la hang biel..hukhuk..

dia kata yang dia dengaq cita, ada budak sama kena cam aku, pastu dia ikat tali kat kaki dia bersambung dengan kasut dia..kalo kasut tu kena tarik kira dia buleh pasan la..pastu kena tarik la kaki dia yakni ada benda tengah tarik kasut dia..waaaaaaaa..ampa tau apa yang dok curik tuh?












baby tengah merangkak yang merah menyala mata dia tengah tarikk!!!tau dak aku tengah kecut perut dah ni..




ok setoppppppp...aku takut nak buat berani cam budak yang ikat tali tu..sumpah aku ni penakut orangnya..ok seram dah..naik dah bulu bulu...sekian...ditutupi entry ni dengan gambaq ngeri..jangan tengok kalo seram weyh..



nah ambikkkk!!punya ngeri!!

p/s: ada satgi yang letak kasut kat luaq kena kira, 1, 2 , 3 kasut...eh silap plak...1,2,3 kasut..eh ada orang tak tidoq lagi lah!

Continue >>>

cerita sedap


aku nak bercerita pasai sedap..memang sedap weyy..teman tatau nak cita camna..punya sedap la...ni pasai benda makan la aku nak cita nih..kena cita la masa dah abeh posa..kalo masa posa aritu teman cita dah ramai marah teman dok bagi meleleh ayaq liuq depa..baik aku simpan cita ni masa bulan tak posa..tapi sapa sapa posa ganti tu mintak mahap la ye..

aku suka gila char kuey teow kat stesen universiti tepi jalan tu..rasa dia punya sedap sampai meleleh weyh kalo teringat..ok lani dah terliuq dengan kadar yang amat laju..semoga tidak meleleh masa aku tidoq nanti..aku taip entri ni kul 2 pagi kot weyyy..jangan nak kata aku tidoq siang plak..tak maneh menuduh aku bukan bukan..heheh..

pastu kan...aku p la ngan kawan aku ni...saja nak tunjuk kat dia tempat sedap..pada aku la..tatau la kat tekak dia tu rasa sedap ka dak..tapi tekak aku buleh dipercayai la weyh..kalo macam maria tunku sabri dalam rancangan jalan jalan cari makan tu suma kata sedap.muka gila heaven kalo dia makan...pulun la aku p cari restoren yang dia p makan tu..sekali..hampes..mengecewakan..tak sedap sangat kot..takyah la buat muka heaven gila kalo makan kalo tak sedap sangat..mengecewakan sungguh..

ok setop cita pasal jalan jalan cari makan itu ye anak anak..mari umi cerita pasai sambungan ni..kawan aku tak makan hidupan laut termasuk la kerang so dia mintak aa takmo kerang..yang aku lak tak makan togeh, so aku mintak aa takmo togeh..alhamdulillah dia menyempurnakan hasrat kami..hehehe..

masa nak tanya tu satu hai..jawapan sungguh la menepati soalan..hukhuk..



kawan aku: bang, mana satu tadak kerang?

abang char kuey teow: sory dik, kerang abes malam ni..

aku: dalam ati nurani ( abang ni tak memahami soalan, BM fail!)



aish tidak baik menuduh dia BM fail..mungkin dia tidak memahami kehendak soalan..tapi aku memang tibai gelak la..hahahah..aku suka gelak..benda kecik pon aku nak gelak..hahaha..ok tak lawak pon..

tapi kan memang sedap weyh char kuey teow situ..fulamaaakkk..esok aku cari gak dan makan!!dah masuk perut aku belahak puas supa pompuan tak tau maluuu punya belahakkk..belahak tu sendawa dalam bahasa skemanya..

p/s: dah tutup fb kemain aku update blog..hahah
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010