Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

kehilangan kakak II


baru ada kekuatan nak menulis pasal ni..atau lebih mudah menyambung kisah ni kembali dengan harapan takkan nanges masa menulis ni..atau dengan kata yang mudah..aku tak sesedih masa memula tulis pasal ni... how to start back?

sepanjang perjalanan aku pakai shades even dah gelap jalan tu sebab mata aku terlalu bengkak dan aku malu nak tunjuk. segan dengan adik aku sebenarnya aku nanges teruk sangat. aku pon tamau dia terganggu dengar aku dan tengok aku nanges. laki takkan tunjuk air mata dia..cuma sepanjang perjalanan dia senyap kecuali kawan dia tepon napa tak jadi jumpa. dan dengan nada sangat perlahan dia jawab " kakak aku meninggal...." then offkan phone.

aku tak off sebab sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap minit adik beradik aku kol, sedara kol nak make sure aku sampai sebelum kakak aku dikebumikan. dan setiap saat aku doa aku sempat sampai sebelum kakak aku dikafankan. doa aku termakbul.

sedikit info tentang kakak aku:

kakak aku dilahirkan normal, dan pada umur 3 or 4 tahun dia jatuh buaian or tangga aku dah lupa dan otak dia cedera dan menyebabkan umur mentalnya terhenti pada umur 7 or 8 tahun macamtu. dia tak boleh nak pikir selogik umur kronologi dia. umur kronologi is umur mengikut tahun kita dilahirkan.means that kau dilahirkan 1987 so umur kau 24 tahun dan umur mental kau berkait rapat dengan umur.mungkin lebih matang dari umur and sort of. dan kakak aku umur mentalnya terhenti di situ. dan menjadikan dia OKU.

masa aku sampai kat rumah, masuk ikut dapor, dan tengok orang tengah mandikan kakak aku. terjelepuk kat situ. dan aku tak salam dengan sesapa pun. terus aku ke depan jumpa mak aku. mata dan berkaca gila dan aku tatau nak react macam mana time tu. mak aku just senyum nipis dan cakap dengan mak ngah aku " yang paling kuat mengusiklah yang nangis teruk". aku paling kuat mengusik kakak aku ni..kakak aku tak suka aku kalau aku balik umah sebab aku suka buat dia marah. maaf kakak. aku suka buat dia marah aku sebab aku jahat. aku suka bila dia marah, dia akan juih2 kan mulut dan cakap "dayah toek, dayah toek." dan aku gelak jahat dalam ati. Ya Allah jahatnya aku..

aku bangun ke dapur semula, dan tengok orang mandikan kakak aku. badan arwah kakak tinggal kulit dan tulang ja.kurus sangat. ( adoi, ternangis jugak. teringatnya aku...tahan2..abeskan entry ni). lepas tu, aku terduduk, aku menangis macam tiada esok bagi aku. aku sungguh2 nanges sebab aku dah tadak kakak nak mengusik. tadak kakak yang aku tido sebilik. tiada peneman aku dalam bilik. kami kongsi bilik berdua. teringat bunyi ketap gigi dia masa tidoq. kakak, i miss u so much.

dan ada yang datang tenangkan aku tapi aku takle nak berenti nanges. masa arwah dikafankan. masa nak tutup semuanya. aku sapu air mata aku, tahan. dan cium arwah kakak. sejuknya dan kerasnya. tulang semata. dan terdengar kakak aku lagi satu cakap " kesian kat kak linda, tahan air mata." aku ternanges tanpa sedar rupanya. aku rasa aku dah tahan secukupnya tapi still takle nak tahan masa cium. aku tak sempat nak mintak maaf dengan dia. terkilannya aku..aku tak sempat jumpa masa raya sebab aku sibuk beraya dengan kawan-kawan. dan akhirnya, aku jumpa balik kakak aku time nyawa dia dah diambil. bodohnya aku YA Allah. maafkan aku ya kak linda?

lepas tu, kakak dibawa ke kubur. aku nanges tak henti henti. kakak aku lagi sorang mintak aku temankan dia ke kubur. kami bertiga sekali dengan adik perempuan aku ke kubur. kami tengok dari jauh kakak dikebumikan. kami pandang dari tepi. biar semuanya selamat dulu. kakak aku lagi sorang ni sangat terkilan. sebab masa tengah hari dia marah kak linda sebab lambat. dia nak bawak ke klinik sebab kak linda dah seminggu makan dan muntah. mungkin dah habit kakak aku yang ni suka tinggi suara. kak linda masuk kereta dan lambai lambai kat mak aku. mak aku sebenarnya mak tiri kepada kakak-kakak aku. kak linda nak balik umah nenek sebelah mak kandung dia. btw mak kandung dia dah meninggal semasa lahirkan kakak aku yang bongsu.

dan masa tengah hari tu, kak own aku bawak kak linda ke klinik dan doktor check semua ok. just bagi vitamin. lepas tu. balik umah nenek, dia baring kejap. dia mula lemah. kakak aku masak nasik dan kejutkan dia nak suapkan nasik dan kak aku tak bangun dan terus senyap tanpa ada bunyi nafas dan gerakan kat dada tanda dia dah pergi. kak own aku gelabah dan terus panggil ambulan dan dah terlambat waktu tu. diorang cakap kak linda dah tadak. dia ralat sangat sebab dia marah kak linda.



baju dia pakai pagi tu masih elok ada kat tepi katil bilik aku. aku tak sampai ati nak ubah..masih kat tempat tu masa aku pulang ke kl.



tunggu sampai talkin abis dibacakan. dan bila dah semuanya selamat. kami ke kubur. dan hadiahkan al -Fatehah. ditemani abang aku. dan tunggu sampai semuanya redha dengan pemergian kakak aku. abah dan pakngah tunggu kami di luar kubur. dan kakak aku nanges mengogoi sedih sebab kubur kak linda jauh dari kubur arwah mak kandungnya. jauh sikit ke hujung, kubur mak kandungnya di tengah tengah. abah aku tak boleh nak sembunyikan perasaan sedih dia, nampak abah aku lap air mata dengan hujung baju melayu. 2 perempuan yang dia sayang, dah pergi..

aku? balik rumah, baring dan bila pejam mata, satu-satu benda muncul kat mata. dan akhirnya nanges sampai basah bantal. kak own kat sebelah ikut sama nanges dan kami berdua bangun dengan mata yang sangat bengkak dan kepala rasa macam nak pecah. pening sebab terlampau banyak menangis.



dan satu satu ingatan aku kat kakak aku terbayang kat mata waktu ni. dan air mata masih mengalir, dan kakak, al- Fatehah. kami merinduimu. tenanglah di sana. moga syurga tempatmu kakak.

bila difikirkan balik, Allah ambik awal-awal kakak aku mungkin tamau kakak aku menderita. dia tinggal kulit dan tulang, jari jari dia tak boleh di bengkokkan, rambut makin gugur. apa yang dia makan senang ja keluar, tak tinggal langsung dalam badan. mungkin di sana dia lagi tenang. lagi bahagia.. kita tatau masa bila kita akan diambil. dan semasa nyawa kakak aku diambil, tak sedar pon. dalam tidur. tak perasan dia dah pergi walaupun dia sebelah kakak aku lagi sorang masa tu.


dan aku akhiri entry ni.. dengan air mata berjuraian dan berharap sesiapa yang membaca entry ni menghadiahkan al-Fatehah kepada kakak aku dan doakan syurga tempatnya. aminn ya rabbal alamin.
Continue >>>

tuk abah..


abah merajuk ye bah sebab cek tak beli satay kat abah?abah jangan la merajuk..ada la sebab kami tak bagi abah makan satay..mana boleh makan..kan doktor dah pesan abah takle makan benda yang ada kolestrol tinggi..abah kan kolestrol tinggi..takle makan selalu sangat satay..abah jangan la ketegaq tau...walaupon abah bisik bisik kat tinga nadwa suh beli satay tapi abah jangan ingat mulut wa tu tak capoi..dia habaq kat makk..hehe..abis la abah tak le makan satay..heh..

abah ni makan la benda len..oat kan ada..heheh.mana tau pas abah cek lagi sekali kolestrol turun pastu doktor bagi abah makan balik satay..kan ka heaven gila abah makan satay masuk mulut satu batang ke satu batang lidi..lidi la weyy..ampa ingat apa..ciss..jangan kunin sangat pala otak tu..wahaha...ok sudah2..abah tak baca..naseb bekk..tapi kak un baca kan?ha, kak un kalo p pasaq malam toksah dok gatai bawak satay bagi abah teringin..abah takle makan satay..dia kena pantang..paham dak?hehe..

abah merajuk ya masa mak ngan cek dok sakat sakat abah masa abah nak p kedai gunting rambut..abah merajuk sebab kami p buat lawak cerdik..heh..rambut abah mana panjang..sikat rambut pon jarang guna..napa abah nak p perabih duit gunting rambut selai dua..pastu abah letak minyak minyak rambut tukaq ken pelikat tengok tb..abah majuk eh?abah ni..orang melawak ja pon...sory eh abah...

ok la abah...terlambat gila nak ucap selamat ari abah..selamat ari abah ye bah..nak ucap depan depan abah kata buang tebiat ka anak aku ni?heh..ala tetiap ari pon ari abah apa..sebenaqnya cek sayang sangat kat abah tapi tak reti nak ucap..mintak maaf abah sebab dulu cek kuang ajaq sangat sampai kena tampaq ngan abah..padan muka aku kuang ajaq sangat..mengada lebih..kan kena lempang..naseb bek aku da berubah.timaseh atas lempangan abah ya..sangat berguna.

ok la bah..selamat ari abah yang da terlepas lama gilaaa...


hai abah..

p/s: rajin lak aku buat 2 entry satu ari..heheh..
Continue >>>

aku dah pisahkan pasangan kekasih.mintak maaf~


pasangan kekasih ni baik baik saja sebelum aku masuk dalam hubungan depa nih..nak menaip ni dengan rasa yang bersalah gila..salah aku jugak tetiba masuk dalam hubungan pasangan kekasih.yela aku ni single dan available kan..laki ni plak jenis manja.sket sket nak manja..haih. aku plak adoi layan pulak..ok tu salah aku.aku terima.

hurm aku da kenal dia lama sangat sangat da.tak tau pulak akan jadik camni jugak akhirnya. sory..mintak maaf sangat sangat.tak terniat. eh memang aku berniat pun nak pisahkan korang sebab sebab tertentu la..ok kutuk la aku jahat..aku tau aku memang jahat.aku bukan baik sangat.korang ingat aku baik ke?huh..tulis kat sini rasa tenang sket..simpan sorang sorang rasa terbeban pulak.aish..

hurm..mintak maaf ye untuk s**f*..sory aku tanak pon kat dia..tanak la..sory..kalo hang nak lagi ambik la..tak hingin pon kat dia..tak sesuai langsung ngan aku dia tu tapi kitorang rapat la.haih..camna nak put into words ni..

sebab laki tu adik laki bongsu aku....

ok gatal sangat nak kapel ke dik oi!! ni adalah entry nak mewarning adik aku yang tak dan nak ambik PMR da gatai nak bercinta..aku da nasehat putus ja kapel2 ni jadik kawan sudah..nak i lap u, u lap me apabenda..kakak hang pon tadak boipren g hang sebok sebok nak bermarka da..amboi..habaq kat abah baru tau..pas SPM baru la boleh..cece..aku pas SPM baru bercinta..hahaha..

bukan jeles sebab dia ada marka ke apa..tapi terlalu awal dia nak masuk dalam alam alam yang orang macam aku pon tak mampu nak tempuh ni..ingat bercinta ni indah indah je ke?ohh tidak adikku..belum ada PMR lagi jangan nak gatal gatal la nak bercinta bagai nak rak sampai henpon tak lepas dari tangan..eh macam terjeles pulak aku punya henpon tak nah berbunyi..wahahah...

aku tanak la adik laki aku ni dok main2 ja..mentang mentang bongsu leh la buat sesuka ati mak abah tak marah?pelik la..time aku kemain aku kena.time kat bongsu bongsu takdak pon.sebab da puas marah kami kami semua kot.hahah!!tiba lah masa menjadi kakak yang kejam!!wahaha..sudah la..jangan dok bercinta muda2 ni..aku kenal adik aku camna..belum sedia nak bahagia kan anak dara orang lagi..berkawan boleh sampai nak kapel2 sayang sayang i lap u my princess tak boleh..muntah ungu kakak hang nanti..wahah

ok la..sory dik..hang tu muda lagi.jangan nak gatai.sekian.

p/s: aku tak jeles aih adik aku ada marka..hahaha.

Continue >>>

wajah-wajah kesayangan..


sangat rindu dengan wajah-wajah yang selalu aku cium tanpa segan silu..sukaaaa...suka plak aku dicium balik..rindu la dengan budak2 kecik yang buat aku rasa bestnya jadik maklang..hhaha...walaupon aku rimas kadang-kadang dengan anak sedara aku yang suka la bergayut dekat badan aku..curik teddy bear aku..curik mekap aku...sedih ouh tengok2 mekap2 aku kat umah sudah illek pocik!sampai ati qilah ambik mekap maklang!

anak sedara aku sorang je pompuan..yang lain suma laki...suma lasak2..jenuh la aku...tapi kalo bab nanges ni memang yang laki-laki ni terer abes!!kuat melalak!!jangan aa da besaq dok melalak lagi..takdak marka la ampa weh..dengar ni maklang nak berletiaq..hahah..oh maklang rinduuuuu...

ni la pengubat ati aku bila aku sedih..takda rasa nak idup da..ni la yang buat aku senyum bila aku sedih tak leh nak bangun..aku nak cita something kat korang the truth n nothing but the truth tapi aku tak tau samada sesuai ke tak cita..haih...aku takut dia bukak blog aku..jangan la dia bukak.aku rasa dia tak bukak pon..kan aku kasut je kan?wahahah...ok takyah paham sesapa yang tak paham eh?

ni la wajah2 kesayangan hamba...


afiq syakirin..aku gomol2 macam mana pon tak nanges pon...suka nyotnyot jari aku...haih...sedap ey yang??ni la budak suka melaram tu...abes mekap aku...adesss...
abang suka buat maklang marah kan?tapi maklang sayang la kat abang...muah sket kat idung tu..meh2 sini meh...jangan tengok maklang camtu..maklang tergoda...dah2..maklang da tergoda...
ni yang terbaru...hai muaz..selamat berkenalan...

p/s: ada benda nak kena luah tapi biar la dulu..hahah...
Continue >>>

sapa nak tempah jeruk??


selamat pagi!!! ngantuk gila seh semalam p pekena char kuey teow..heaven gilaa...arini aku nak balik penang...besala kena balik sebab ada hal yang kena setel kat umah..dahla satu haprak pon tak study lagi sebab cik blog ni sangat la pemalas orangnya..bila sampai result mula la nak sedih2 nyesal sebab tak study awal2..biasala aku...

pasal ubah kat bukit jalil ni..aku tak tau nak p lagu mana bukit jalil tu..dari stesen universiti tu nak naik apa weh?ada ke LRT yang sampai ke bukit jalil?dan yang penting, ada ke bas balik penang dari bukit jalil tu?napa la ubah...suma da selesa kat pudu boleh plak ubah..ok tau tau...sebab jam terlampau sangat kat situ..ok paham2..tapi da biasa kat pudu..adesss...takle nak singgah mekdi lagi...wuuu..

ok la..sesapa nak tempah jeruk habaq mai ye..sapa2 nak emel it to me..kalo nak la ye..serious buyer only ye..jangan men2 ngan aku plak..aku da beli cakap tak jadi memang nak kena pelangkung ngan aku la..

ok la sapa nak cakap..sedap seh jerukkk..wuuu...ok ni emel aku violetrblue[dot]red@gmail[dot]com..

ok la nak kemas2 nak balik penang..tak saba nak balik...makkk, cek balik nih..mak rindu cek kan?
Continue >>>

dilemma maklang sedunia..


hai semua...bertemu lagi kita di sini..saya tak tau la napa saya rasa saya ni gedik semacam di permulaan entry..cewah..padahal aku memang suka buat ayat gedik..ayat je gedik tapi orangnya pemalu je..diulangi AYAT saja yang gedik..hahha..ok la..apa mau cita kat rakyat jelita sekelian ye..idea nak merepek2 lom sampai seru lagi..

mari la saya bercerita tentang apa yang ada dalam dilemma dalam pala hotak sendiri ni..napa ntah tetiba gedik nak bersaya awak dalam belog kesayangan beta ni..biaq p la kat dia ni..dia punya otak ada sket ilang jalan lurusnya atau bahasa lainnya siratulmustaqim dia da bengkang bengkok sket..err lama tak makan bengkang ubi kayu...uih menceces ayaq liuq aku teringat bengkang ubi mak aku buat..eh aku pulak..saya..saya..heheh..bengkang bahasa klasiknya ialah bingka ye sayang sayang sekelian..eh apa ni cita pasal bengkang pulak.ok2..da stat da merapu dia..

ok back to the future..saya dalam dilema la nak add ke tak anak sedara merangkap anak sepupu saya di fesbuk..ampa jangan tak tau darjah satu da ada fesbukk..gatai depa ni..muda2 da ada fesbuk..aku yang tua2 ni pon baru ada..depa muda2 g da ada..eceh!huhuh...tapi sangat2 comel pulak ayat2 nak menggoda saya approvekan depa ni..aisehmen..camna nak buat ni...ok2..maklang ampa takkan tergoda..mintak mahap..

soalan yang pertama yang akan kuaq kat mulut depa n saya tau apa..saya tauuu...nak tnya "maklang yang mana satu marka maklang?" ha saya tau da ayat pa nak kuaq sebab ayat tula slalu kuaq kalo saat bertentang mata jatuh ke ati dengan depa nih..depa ni 2 orang ler...sepupu sepapat jugak..sorang darjah 1, sorang lagi darjah 2..susah2..susah ati maklang nak jawab weh..maklang nanges kang huduh pulak di mata kalian..eceh!kalian..tak boleh blah punya ayat..

lagipun nak rest dari fb sat selama sebulan..sedih plak nak deactivate fesbuk sebab ada la masalah yang berpunca dari situ..wiwit!!tetiba mewiwitkan orang..tak baik meniru aksi ini di khalayak ramai..sila ambik iktibar dari kejadian ini ye sayang sayang semua..HAHAHA..

ok la sekian saja edisi untuk kali ini..maklang tak approve ampaa lagiiii...tunggu la ye...kalo maklang approve nanti mak ampa, ayah ampa pon add skali..malu la ai nak bergedik santai di sana..HAHAH..mesti mak2 n bapak2 diorang tak sangka yang sepupu depa ni amboi kemain la dalam fb tu..hahha..malu la weh..ai da la suka tulis bukan2 dalam tu..haha..kang aku tulis "JATUH CINTA PADA SEPUPU SENDIRI" ha...tak ke sorang2 perasan...macamla saya nak tulis camtu dalam tu.oh tak mungkin..

ok la maklang nak p bertapa sambil muhasabah sambil main game sambil makan sambil minum ayaq oren sambil makan epal-minggu-lepas-beli-tak-abes-lagi sambil menyelam minum ayaq dan sebagainya untuk klik ke tak add to list tu..delima2..eh dilemma2..oh anak-anak sedaraku..maklangmu ni kompius..

p/s: approve kang maknanya aku bersopan santun la dalam tu..kalo tak approve kang kecik ati pulak dak2 tu maklang kesayangan tak approve..kesayangan la sangat..hahah..
Continue >>>

bercakap tentang si pipi labuh~


hahahah..sesuka ati ja cakap anak orang pipi labuh..pipi sendiri labuh tak sedaq..ahahah..ok sekarang nak bercakap tentang si pipi labuh yang slalu cari aku kalo datang umah aku..sket sket "maklang da balik?" "lama tak nampak maklang"..heheh..tu soalan yang akan ditanya kalo dia datang umah aku..heheh..

semalam datang umah aku pagi2 sebab sepupu aku datang melawat mak aku..skali mak aku tadak pulak..huhu...nak balikla spupu aku..tapi si pipi labuh ni tanak pulak balik sebab maklang kesayangan ada..hahaha..sapa maklang kesayangan dia?ha..sila lihat gamba kat atas..hahaa..tu la maklang kesayangan dia..heheh...

dia fanatik tractor..aku ingat massey ferguson tu pemain bola ka watak kartun ka apa yang dia dok google..upanya tractor..kalo sapa2 nak tau tractor tu apa..p gooogle massey ferguson..punya advance ini budak...pastu sesuka ati ja add sedara mara dia..malu la ai..skali aku dapat halang!punya takut aku kalo sedara mara baca status aku yang ntah hapa2..adoi naseb bek dia tak sempat add mak pak dia..yakni sepupu aku..malu akuuu...yang dia sempat add sepupu dia ja..yang sebaya aku lak tu..gila malu sebaya aku tapi panggil maklang dalam fb..aish.. terpaksa aku suh dia panggil aku lisa surihani or tiz zaqyah..hahahah..pasan nyaaa...

naseb bekkkk..ini budak baru darjah satu dok syiok gila menyanyi lagu mila..pastu tnya aku "maklang tau dak dia menang af brapa?" "mana la maklang hang tau..maklang mu ni tak tgk af..i hate af"..hahah tetiba..tak tengok sebab kat umah mana ada astro..huhuh..tensen gak kalo budak ni ada..macam2 soalan dia tanya..dulu tanya pasal marka.."marka maklang tak mai umah ka?" gila advance punya soalan..tak rela ai jawab tau..maklang babab kang baru tau..

dak ni sangat2 bijak budaknya...penah buat cikgu tadika dia hangin sebab tak jawab soalan peksa sebab dia ralit tengok traktor kat sebelah tadika dia..hahah..lawak...pastu masa kelas lukisan dia p lukis bendera PAS masa pilihanraya tengah hot..skali cikgu dia orang BN daaa...hahah...dia lukis sebab malam sebelum tu dia p meronda kawasan pilihanraya..lawak2...

banyak g pasal budak ni hanginkan cikgu dia..nanti la aku cita..banyak hal budak ni buat..aish..kimi2..naseb bek maklang sayang u tau..walaupun dia anak sepupu bukan anak sedara toi2 tapi sayang banyak2 jugak la sebab buat maklang hepi..n sorryyy semalam tak bawak kimi p air terjun..tak celuih..arap2 jangan la dia jumpa blog aku ni..dia pandai godeh..jenuh2..arap2 dia lupa nama blog aku..fuh3..aminn..

ni dia si pipi labuh yang kaco aku pepagi buto..

mentengok maklang yang serabai di sebelah untuk melepaskan rindu dendam..hahaha..takpe2.maklang violetmu da tergoda..come to maklang come..hahaha..gedik gila..

p/s: ok bai..
Continue >>>

ini bukan entry lucah..jangan bukak!


aku tau jijan.com punya laju klik..hahah..malas nak letak link ko jan..haahah..meh nak story meh..gila aa ati pecah leh kua jalan2..bukan nak kua jalan2 pon tapi budak mana ntah p sebar berita kata aku nak p air terjun..aish..sapa la pasang tinga kat umah aku ni..

tetiba umah aku ada ja dak2 mai.."kak yaya, boleh dak nak ikut sama?" ok 2 orang nak ikut..pastu tetiba ada lagi sorang.."kak yaya, kul brapa nak p?"..sorang..da 3 orang.."mak lang, nanti petang kimi mai lagi..nak ikut"..ok da 4..aku lagi..da 5..adik2 aku lagi..da 7..mana muatttt...pastu tetiba ja mai spupu aku.. "violet..(hahah..caya ke dia panggil aku violet?) boleh dak anak kak long nak ikut?dia da ngamuk kat umah.." aku pon cakap la..ok2..da 8..kena bawak lori la nmpaknya..

aish..last skali pas zohor dak2 mai umah aku siap bawak beg..aku tak cakap pon comfirm nak p!aish..kena p la gamaknya..mana muat kalo suma jadik p..jenuh la bersempit-sempitan,cubit-cubitan..aku menyanyi kau petik gitarrrr..eh tetiba ternyanyi pulak..hahha..naseb bek yang ikut 3 orang je..legaaa..yang len aku suh p tepon tanya mak depa leh ke tak..so 2 direjek!sebab bawah umo..hahaha..so tinggal berapa ye?jap aku kira..ha...tinggal la 6..fuh!muat2..

so dengan emosi tak stabil..tak tau jalan..duit tarak..aku p jugak..ha..naseb baik sampaiii...legaaa...napa ntah entry aku ada ja gambo..hahaha..nanti la aku malas letak gambar..bila aku ada mood nak tulis pasal benda lain yang wajib takde gamba..hahaha..

ok mulakan dengan gambaq kerek gila..uih..naseb bek dalam utan..redha tudung kemek2 camni..kalo kat lua..tak mampu aku nak idup tudung tak ngerek camni..T____T


ha..ni adik aku yang slalu disalah tafsir sebagai kakak aku..awet muda aku ni upanya!!yeay!!yabedahbedu!!

takle letak gmbaq berbasah-basahan banyak2..ahahah..ni yang mengikut..sorang lagik adik aku ada di bawah..

adik yang tinggi..dan kakak yang putih sket bila berdiri sebalah adik yang kaler kulitnya tak berapa nak terang..hahahah..

haip!aku ja leh kutuk warna tak terang adik aku..hahah...

p/s: hahahahahah..gelakkan diri sendiri!hahahahha...
Continue >>>

kampung ku yang best!(part 2)


arini aku da inform aku akan memasak..eh saya..ok2 guna "saya" ye kat kampung ni...pagi2 lagi aku da masuk dapur tapi kena nyorok sebentar (aish makin skema aku) sebab ada kawan abah saya yang suka sangat mengacau dengan panggilan manja dia..adesss..tak suka la orang tua2 panggil camtu...huhuhu..sory, saya tak terpikat ye..

nak bangun tido lambat tak boleh pulak..ok amaran entry ni banyak gambar annoying ye dan cam-whoring..sila bertahan hingga ke titisan ayat terakhir ye..ahahaha ok mula2 mesti la letak gambar bukti kan?adik saya mengacau tuh..saya dok dalam umah buat keje2 memotong sampai terpotong ibu jari..adess...abah jadik mandur..saya tangkap sorok2 takut abah marah ngelat tak buat keje..hahahah..

ok sila bersedia...pasni ada gambar annoying seseorang..ahhahaha..yang ni saya buat skroll box ye..sapa2 tanak tengok jangan skroll down ye bebeh..hahah..

bilik kakak saya..bilik saya lampunya rosak!ahahah...ok cermin kotor..tau2...muka pon ntah pape..jgn skroll..ok da lap cermin...ok ni gamba annoying ke3...sapa2 sampai stage ni saya ucapkan tahniah sebab belum muntah..ke da muntah tapi gigih gak skroll??hahah..da tuka baju..tara!!sebab nak kua shopping..tak macho lak pakai baju kurung..hehe.eh, ni last..berjaya jugak anda skroll sampai abes nih..tahniah!!


p/s: ada yang muntah tak tadik??
Continue >>>

air vs pakwe vs adik..


sekarang tgh berkumandang dengan kuatnya kat bawah lagu "two is better than one"..adoi syahdu tau lagu tuh...n skali lagi air takde..semalam aku g mandi kat masjid..punya tawadduk p mandi kat masjid..huhuh..tu pon naseb baik ada orang nak bawak..takle cakap kat sini..nnt ada ja budak2 kelas gosip..hahah...

malas nya la aku nak pikir pasal air nih..asik2 masalah air..aku da nekad malam ni kalo takda air gak aku nak p merempat shah alam..g umah kawan aku..da la ura2 cakap seminggu takdak air..gila tak macho g kelas tak mandi seminggu..mandi takpe g..ni yang benda2 yang patut dibunag camno?tak ke gila aku nnt??adoi SYABAS, tolongla buat keja dengan syabas sket..


ok malas nak merepek2 pasal air..berbalik kepada tajuk besar la ey..tekanan sebab takde pakwe..aku tak tertekan pon..seyes tak tertekan..aku juz enjoying my life dengan kawan2..sangat2 syiok oo..tula macam aku cakap la kadang2 best,kadang2 sunyi.. kawan aku muda setahun dari aku terpaksa jumpa kaunselor tiap2 minggu semata2 nak cita masalah dia yang tak penah berpakwe..

aku rasa dia sangat2 tertekan kot dengan orang sekeliling dia yang mostly ada pakwe n dia takde..dia rasa tak syiok la n nak la jugak..aku da nasehat tapi tak jalan la..hmm..yala aku pon takdak pakwe gak weh..boleh ja idup walaupon dulu aku lagi sket nak gila..huhuhu..aku rasa love is something that can make u fly but sometimes it can make u hurt till u cant get up..tu apa yang aku pikir la..aku paham perasaan dia nak rasa macam mana bercinta..tapi jangan paksa diri sampai nak pakwe sangat n tangkap muat ja..jangan weh!tak suma laki baik..pilih betul2..

aku kadang2 malas nak dengar masalah dia yang tertekan dengan status diri yang tak berpakwe..tapi disebabkan dia anggap aku kakak, aku dengar je n da macam2 nasehat aku bagi tapi tetap tak jalan..hmm, maybe dia tak jumpa someone that really suits her..u will find ur mr. right dear..juz wait..

n finally dia cakap dia jeles dengan aku..aku rasa sapa2 pon tak patut jeles dengan aku nya situation..juz enjoying life wif ur fren n u will find ur happiness..yup,aku ngaku buat masa ni aku ada ja orang yang aku nak mintak tolong..ada ja orang yang take care aku..tapi aku tak sedia n lagi skali aku tolak dengan sikap yang aku rasa " wat the heck ko buat orang baik camtu"..ha lebih kurang la..aku tak sedia n aku takmo masuk lagi..its really hurt...really hurt...aku takmo nanges lagi tuk laki..cukupla..

kalo aku asik letak gmba aku korang muntah tak??hahahah...

ok obviously ni bukan aku..hahah..ni adik aku..aku rindu la kat dia..kalo aku balik n dia ada memang aku paksa dia dukung aku..ala, macam cita korea ke jepun ke yang suka angkat kat blakang tu..adik aku kurus2 pon larat angkat aku yang "ringan sangat" ni..heee..aku sayang ko la dik!!sebab tu kalo balik umah adik aku makin kurus sbb kena dukung aku..hahaha..

aku nya post memang slalu carca marba..aku tau..haha..suma aku nak cita..bukan reti nak buat lain2 post tuk lain2 tajuk..korang tensen tak aa baca?kalo tensen cakap aku ye..

p/s: komfirm ptg ni tadak air, aku berambus g umah kawan aku kat shah alam!!
Continue >>>

wa caya sama lu la!!


wa tu nama adik aku..nama betoi dia nadwa..hahahah..punya pendek nama tu abah aku letak..hahaha...

adik aku nak ambik keputusan pmr dia khamis ni..arini ari apa ye?aku da lupa la arini ari apa..habaq sket..hahah...

ok wa..gudluck!jgn ketaq kaki..mak aku ajak p mandi wap plak..macam nak p ja..heheh....mak ajak kan kena la dengaq kata..
ni adik aku...tak sama langsung ngn aku...hahahah...

p/s:pakcik...ai da update blog..hahah
Continue >>>

i really2 miss them..


aku sangat2 rindukan anak2 sedara aku yang comel tahap gaban...kakak aku baru je bersalin semalam..n i really2 hope she can be wif her husband sbb currently they live separately due to different work place..ni anak sedara aku yang sulong n second..yang sulong da pandai melawa n abis barang mekap aku kat umah dia songlap bersama2 dengan bear aku..dia songlap jugak..balik2 bear2 aku da ilang n kat umah dia pon dia da bg spupu dia..sangat pemurah anak sedara aku sorang ni..adesss...bear tu kawan maklang bagi la cayang oi...yang laki ni plak..si abang ni tak tau apa masalah dia sbb dia da makin kurang aja da sekarang..aku rasa sbb kakak aku da antar kat nurseri yang salah..pendapat aku la, kalo anak tu nmpak lain n dia asik nak cari pasal, cakap pon da kuang aja,aku suh kakak aku tuka cepat2 g nurseri lain..n seboleh2 nya siasat dulu nurseri tu cmna..tnya la kawan2 ke apa..aku leh cakap cmni sbb aku da penah keje both nursery n tadika..aku tau ciri2 tadika yang baik n nursery yang baik..

kawan aku plak penah nmpak ada cikgu yang denda anak murid dia minum air dari tgn..jgn bagi minum dalam cawan padahal pembantu tadika tu sian je nak bg minum guna cawan..agak2 la nak denda pon..bukan salah besar pon..juz main n then penat..salah ke budak main?mmg diorg dilahirkan tuk main tahp umo cmtu..ei!pemintak sedekah pon orang tak bt cmtula..ni leh lak bg air ikiut tgn suh dak tu tadah...mau aku pancung ja cikgu tuh..huhu..geram2..huhuh..eh da melalut da aku ni..kuar topik lak..

ni plak anak abang aku...ziyadi nama dia..huhuh...bertungkus lumus kami dapatkan nama ni sbb abg aku nak letak nama sarbunis...adoi sangat tak glamer nama tu..aku bergabung ngn kakak2 aku,adik2 aku protes tanak nama tu sbb sianla anak sedara aku nnti sbb nama tak best..better lagik ziyadi kan?ala comeynya la ziyadi nih...meh maklang ciyom meh...tak saba nak tgk anak sedara aku yang baru lahir nih..ada la ziyadi geng nnti..boleh bt kawan kan ziyadi kan?sama tahun lak tu...huhuh..

p/s: klik2 my nuff..kalo kayo den leh bg adiah lagi..hehe
Continue >>>

i will be flying tomorrow~~


esok aku nak ke awan biru da...doakan aku selamat pergi dan selamat kembali ye...

aku nak tenangkan ati aku..sangat2 tak tenteram..

aku nak g sabah je..nak menenangkan ati ngn nak g konvo kakak aku...

nak g SABAH je..bukan ke arab saudi ke ape ke...

tapi yang penting still ke awan biru...

p/s: arap2 aku dapat tenangkan ati aku kat sana..aku g sorang2 je sbb mak abah aku da g arini...
cmna nak g klia dari kl sentral?
Continue >>>

aku sangat2 nak yg ini...


for raya i really....really....really.....want dis!santa-cruz...my hero...gilalala aku nih...aku gilakan yg nih!tp aku takda duit la plak...so boleh tgk jela violet oi...

checklist barang yg kena beli sebelum balik raya:

~tudung kakak,adik n kalo ada duit beli tudung aku..mak aku tepon cakap takyah beli..tp kalo aku ada duit lebih,cek belikan kat mak ye..i lebiu mak..raya ni bg duit raya lebih ye mak
~ambik baju aku..arap2 cantikla dia bt..harga mahal nak mmpos..
~aku nak sangat beli baju kat abah...abah nak baju kaler ape ye?raya tahun lepas sedih gila aku..aku thun lepas sengkek sgt sbb aku still blaja kan,duit pon mintak abah lagi..kitorang punya baju da siap beli da..pompuan beli awal..slalu anak2 yg beli baju kat abah..thun lepas adik badik aku lmbat bg..abah aku sedih sbb takda baju raya,abah aku ngadu kat mak."anak2 lupa nak beli baju kat abah ye?"so ptg tu abah g beli baju raya dia kat BUNDLE!no baju baru!!dia beli sendiri..sedih gila babas punya aku time tu sbb aku ja tau..nangis aku sbb aku takda duit nak beli..abah..maafkan cek ye..nnti cek da keja,abah takyah bt bendang lagi ye...



ni la abah kesayangan aku...walaupon dulu kita tak ngam tp i still love u abah..

p/s:duit aku keja part time yg mengarang tu dapat pas raya la...so cmna?adesss..so fenin..bajet yang bajet
Continue >>>

family aku...



nih aku nak tayang gmba family aku...aku pon malas nak lepak kat paku lima kafe (kedai makan sebelah kampong aku yg ada wifi) da maju kampong sebelah aku nuh...kampong aku bila nak maju??hehehe

nih la family aku..tak cukup korum nih...adik laki aku 2 org sebok layan tetamu, abg aku pon sama,kak aku lagi sorang lak semayang time nih...adik bradik aku ramai..9 orang..

suma cakap muka aku n adik bradik lain tak sama...badan aku pon besaq sket dari yg len (besaq sket ja ey)tp takpa..tula specialnya aku..hahaha...ok la..aku malas nak memuji diriku sendiri...tgkla ye...dari kiri berdiri (mak, abang ipar aku amin, kak na n abah), dayang2 yg duduk simpuh yg sopan bangat tuh (aku, kak un, n adik pompuan aku, wa)
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010