Showing posts with label macam2. Show all posts
Showing posts with label macam2. Show all posts

ketiak tak trim


ok, aku keja kat ehem2 sebagai promoter. kat situ banyak la aku jumpa orang yang macam macam pangai dok ada. seyes macam macam. dari gay, nyah, lesbo dan sebagainya. dan aku sebagai orang yang mempunyai muka yang sombong dan kerek kalau tak senyum buat suma orang susah nak tegoq aku. tapi sekali tegoq aku, aku leh merapu macam tak posa. aku leh ngusik sampai suma orang kat situ tau aku orang penang.

pesen orang tua tua ni amatla pelik pada pandangan aku. dengan rambut pepel, suaq yang menunjukkan kulit punggung ke tepi dan ke tengah ( astagfirullahhhh), buat aku rasa nak muntah. tolong pakai elok2 seket buleh dak. ni tempat public. posa lagi. buleh buat orang batal posa sebab termuntah ok. ok dah la malas nak rewind balik bab tu. sungguh sadis.

pastu ada sekali aku kena layan 2 orang minah eh tak minah dah, makcik singh yang seksi siotttt..haha. gila ah. dah tua pakai singlet ja dengan jeans ketat. nampak abeh la. seb bek la aku pompuan dan straight orangnya. tak la aku tergude. orang lain pon tak tergude aih bila bagi dua makcik ni. ok2 sambung balik. depa buleh dok suh aku tunjuk cincin yang aku juai (aku jaga jam, aku tolong kawan sebelah kedai aku). nak yang tu nak yang ni. pastu komplen besaq la, batu bersinaq sangat la...woi, nak banyak cikadak buat cincin sendiri la!

ok emo plak. fuhhh.. tenang yaya tenang. ok sambung balik. pastu dok cakap cakap komplen dengan semangat tu dia dok gawang gawang la tangan dia. sekali perghhhhhhhh!! hutan khatulistiwa kat bawah ketiak! bebulu mata aku tengok! wuiyooo. dah aku tahan napas sebab bau menusuk ke otak. ok tahan2. dalam ati aku berdoa, cepatla kawan aku sampai layan customer dia ni. makanya. doa aku dimakbulkan. terlepas azab aku. depa beli 2 cincin. beli gak komplen2 pon.

pastu aku cita la kat kawan sebelah aku. pong pang pong pang dia punya ketiak tak trim langsung. pastu sekaliiiiiiiiiiiiiiii kawan aku tanya aku...


" ketiak dia cam ________(nama dirahsiakan) tak?". sambil angkat ketiak.




* bunyi cengkerik dan guruh berdentum dentam bergabung.














p/s: sama ja kondisi ketiak dia ngan customer tadi. dah, aku rasa nak benti keja ja lani.
Continue >>>

perasaan dimaki.


sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang masih bukak dan baca blog aku yang sangat hampeh ini. walaupun lambat seminggu aku tetap nak ucapkan selamat berpuasa. asalkan belum raya lagi. takpa. masih sempat. hoho.

sebenaqnya aku seminggu gak la start keja. start keja dari hari puasa yang pertama. sakit jiwa gak la sebab 1st day dah kena marah sebab pakai tak ikut tema. haha. tak ikut apa yang perlu dipakai la.aku p hantam pakai tudung manik2. memang kenai tiau betoi2. takpa la tahan la. dah keja ngan orang kan.

arini aku kena maki sebab barang yang aku jual takdak diskaun. terpaksa tebal muka gtau cashier yang barang aku memang tadak diskaun. pergh, manager datang marah aku maki maki sedap punya depan staff len. nak buat camna manager brand aku tak inform depa. eh, salah aku gak ka?aku mana tau suma ni sebab aku orang baru. bangan betoi. ilang pahala posa aku sebab aku maki dalam ati. sabaq jala.

susah woi nak cari duit!
Continue >>>

blogger-split personality


kebanyakan blogger ni ada satu split personality. maknanya dia ada dua personaliti yang sangat berbeza. penah dengaq kan?aku tau ampa penah rasa. or mungkin ada diantara pembaca pembaca sekalian yang sedang mengalami masalah ni? ni bukan masalah tapi ni satu kecelaruan. dia sebenarnya sedang lari daripada realiti. realitinya lain dan dia nak terus lari daripada realiti tersebut. contohnya, realitinya dia seorang yang pendiam, tetapi di blog atau di social network yang lain dia sangat peramah. di fesbuk atau twitter contohnya.

ehsan Google

banyak sangat contoh aku bagi melalui pemerhatian aku. penulisan aku datang daripada aku punya pemerhatian. aku ada sorang kawan ni, (*eh ni dikira mengumpat ka aa?) dia sangat sangat peramah di luarannya. seorang yang meriah, buat ramai bak kata orang penang, periang dan gedik (*gedik adalah hak milik setiap insaaannnnn), tapi kalau di fesbuknya setiap post adalah mengenai kesunyian, heart broken, dan sebagainya. padahal kita tengok dia periang, suka kacau orang suma. tapi sebaliknya ditunjukkan di social network. dia sunyi dalam ramai. penah dengaq term ni?

split personality jugak boleh berlaku kat seorang lelaki yang lain masanya dia jadik pompuan. bermekap dan berpakaian seperti perempuan tapi kebanyakan masa dia laki. berpakaian seperti laki dan perlakuan seperti laki. cuma ada waktu dia pakai seperti perempuan. aku lupa term yang orang gunakan untuk laki camni. tu juga dinamakan split personality. dua watak yang berbeza.

satu lagi, split personality ni jugak berkait rapat dengan psikologi seseorang itu. jika seseorang tu pernah didera atau dia mengalami trauma yang teruk, kemungkinan untuk mempunyai split personaliti tu ada sebab separuh dia rasa sangat trauma, dan separuh lagi dia rasa dia sangat marah dan perlu mempertahankan sesuatu. dengan ayat mudahnya, dia akan create satu watak yang akan mempertahankan diri dia. bila watak mempertahankan diri dia muncul, dia takkan ingat apa yang dia telah buat sebelum tu. macam dalam cerita dalam tibi tuu.. tu bukan memain tapi tu betul terjadi.

yang aku jumpa mild sahaja tadakla seperti contoh diatas. ni split personality yang bahaya. split personality yang aku selalu jumpa adalah bebeza dengan realiti dan maya. kalau di alam maya, personality nya adalah personality yang dia ingin jadi di realiti. jika realitynya pendiam, di alam maya dia peramah. suma orang dia tegoq. kalau realitinya dia seorang yang rajin monteng kuliah, tak buat esaimen suma sampai kena banned, dia dialam maya ari ari boleh posting entry yang panas panas. misalnya ye misalnye.

ehsan Google.

kebanyakan orang sekarang nak lari daripada realiti termasuklah aku.


p/s: geli okeh tengok gay dok raba raba kat bus stop, pegang2 tangan tadak malu di bulan posa ni. mencik ok.
Continue >>>

carutan~


aku rasa ramai yang perasan yang carutan ni dah macam makanan seharian hari hari dah..banyak sangat dah aku perasan yang komen dalam entri entri tertentu dengan dabik dada dan jari jemari yang liuk lentoknya menaip perkataan yang sangatlah macam #$%^&^. aku takmau tulis mencarut..aku mencarut dalam blog seperti seyes sh*t.kah kah kah..sh*t tu tahik. takpa kot..tak kasaq mana aih..tapi mencarut gak kan. ok aku tak buat. i take this as my lesson.

ada jugak aku perasan entri entri blogger yang suka menghantam macam dia bagus gila buat para pengomen nak hentam balik blogger yang buat entry tuh tapi yang tak maneh macam kurma ini depa guna ayat carut carut yang.....ala paham paham la sendiri. tapi yang tak bestnya di awalan ayat tu ada guna Astagfirullahalzim...ceyy...permulaan ayat camtu la..belakang ayat tuhhh carut marut yang tak elok untuk ditulis dan dibaca para veteren seperti mak abah aku.(*berdoa yang belog ni abah takkan baca)

bukan apa yang pengomen ponnn..adeh..
Continue >>>

bila meluat...


seyes aku sangat rindu time aku rajin update blog..sekarang sangat malas dan aku rasa macam tanak bukak blog dah..ada rasa nak tutup tapi takpa aku tak tutup lagik..sebab ada 2nd author yang akan ambik alih..maybe dia pon malas cam aku..maka terbiarla kosong blog hampeh ni..haha...ok tak lawak pon..

fb aku akan tutup malam ni..legaaa la sket..tadak la terjadi pergaduhan apa apa sebab aku malas nak kecik ati segala..aku plak tak abeh abeh nak sakitkan lagi p usha...rules paling atas jangan stalk ur ex..jangan sakitkan ati yang sedia pecah..dah sedia elok akan pecah dengan paling pantas kalo stalk.yaya, please learnt some lesson here..

ok..aku da meluat dengan sikap sendiri ye..senang nak habaq la..hukhuk..



2nd author, please tulis baik2 kalo nak tulis pasal saya..kalo pasal awak tak kesah la baik ke tak..hahaha...



p/s: hukhukhukhuk...
Continue >>>

eh! kalo nak tau bakal bini camna tanya la housemate si dia ye.


uishh...ini sudah tak boleh tahannn...terpaksa menulis entry tak tahan-aku-nak-marah..dah lama simpan tapi arini aku nak meletup la dalam belog..tapi disebabkan bulan posa aku akan berusaha menggunakan ayat sesopan yang mungkin untuk mengelakkan pahala posa aku daripada terus jatuh merudum tanpa meninggal sedikit pon bekalan di hari muka nanti..

amacam mukaddimah?agak agak ampa boleh buat khutbah jumaat dak?haha..ok gelak gelak dulu sebelum sesuatu terjadi..heh..macam mana posa?ada lubang lubang lagi dak?aku tak ponteng g.mirikel gila weh..haha..aku tulis ni pon selepas aku bertungkus lumus buat keja dapor..aish...nak balik umah la...makk...cek rindu kat mak...cek rindu masakan makkk..makkk...dengaq sora mak tadi memang rasa nak terbang balik ja...wuuu..

ok kembali kepada tajuk berita diatas.oh kalo nak tau pangai bakal binik anda sila la siasat dengan bertanya kepada housemate bakal binik ampa tuh..takut nanti bila kuaq ngan ampa, meja kat kedai makan pon depa dok lap..tapi bila dok umah, pinggan sendiri tak reti basuh, da masak tinggai dalam sinki supa ada bibik nak kutip tolong basuhkan dan sebagainya...nanti da kawen ampa gak yang susah..

bukan nak mengata ka apa..plz la siasat dulu..aku da tak larat dah merana dok dalam umah ni...tak tahannn..baru sebulan lebih...rasa macam stahun da aku dok sini..aku memerap dalam bilik ja keja aku..kalo kuaq sahih aku tak tahan keadaan sinki yang penuh dengan pinggan mangkuk, kole dengan milo basi dan sebagainya.tak tahan..bila aku kuaq aku plak nak kena basuh suma sebab aku tak boleh tahan tengok sinki ada benda benda suma tuhhh...

haih.....mampu mengeluh saja..
Continue >>>

main gitar tipu tipu gaya rockers tapi....


sebenaqnya kan banyak la kejadian naik bas aku tengok yang entah hapa hapa depan mata aku..nak menangis pon ya, nak teriak pon ya, nak gelak gulng guling pon ya..tapi ku tahan jebat!!punya la banyak pengalaman aku naik bas selama aku idup ni..bas la penyambung aku dengan dunia luaq yang penuh pancaroba nih..dalam bas macam hapa lagi..oh kentut bau tengik toksah dok ceghita la..memang aku tak larat nak bau dah sampai kadang2 aku leh detect dia makan apa yang kentut dia bau semerbak camtu..kehkehkeh..

okeh2...biasa la mukaddimah ntah apa2..macam tak kenal pulak si yaya ni weh..wahah!!ok gelak ptitpuitpu yang aku direjek..sudah la..aku malas nak cakap..aku nak tidoq la..eh lupa nak habaq ni schedule tau weh..ampa ingt aku rajin ka nak tulis masa tengah kelas penuh dari pagi sampai petang..mau tengik la badan aku esok..terkelepek la aku dengan cuaca yang tidak menentu ini..eh esok nak masak bekal apa aa?oh aku p kelas bawak bekal weh!!punya nak jimat..pagi pagi bangun siapkan bekal anak anak..biasa la berlatih menjadik ibu mithali ibu yang sejati~ampa penah dengaq dak lagu ni?

ok lagi sekali perenggan kedua dibazirkan dengan menceritakan tentang perkara yang entah hapa hapa lagi..pembaziran berlaku dan pembaziran adalah salah satu amalan syaitonnirojim...ok sudah2 la merepek yaya oi..ni aku nak cerita ni..masa tu aku dok sebelah mamat ni..kemain la dia dengaq lagu dalam henpon pakai earfon..kalo tak pakai kang orang kata over plak..macam dia sorang pakai enpon...punya la feeling abes jari jemari dia men gitar udara iaitu men gitar tipu tipu..muka toksah dok cerita la..muka rockers abes..suaq skinny, muka ganas2, jaker kulit..memang rockers abes la weh mamat ni..maleh aku nak tegoq..aku buat2 tidoq..macam besa la aku..

pastu kan..kemain sangat aku tengok dia men gitar udara a.k.a men gitar tipu tipu...aku pon perembang la telinga..perembang telinga tu macam bukak telinga luas luas la nak dengaq dia ni dengaq lagu apa..lagu black metal ka apa sampai kemain la jari jari dia tuh menari nari..eceh!telinga supersonik cam aku nih leh detect lagu..ok lagu apa ampa tau dia dengaq??ok intro dia camni..




ting ting ting ting ting ting ting ting ting..kasehhhh...dengarlahhh..ati ku berbicaraaaaaa~~ohhhh.

kasehhhhh ku insafi...ohhhh~~~kekurangan diri..


sambung sendiri lirik..aku lupa dah..

tu lagu nasyeed inteam..tajuk dia impian kasih..p gugel la kalo tatau..






pastu aku rasa nak hantuk hantuk pala kat cermin bas...dalam ati aku kata "kemain la rockers ni!!!"tapi dalam ati la..tak cakap..diam ja..hukhukhuk..ala tu nasyeed versi rockers..sekian..pemerhatian yang dilakukan dan keputusan tersasar daripada inferens...haih..
-_-''..


p/s: wuii...abang rockers tu tanak buat album ka?tak sempat nak tanya..
Continue >>>

bila malam menjelma..


aku ni walaupon kadang kadang nampak macam macho gila sampai kuis lipan guna jari yang mana lipannya memarkingkan badannya di bawah tempat panas, aku jugak ada ketidakmachoan yang aku tak de la malu sangat sebab aku tau ada lagi orang yang sama spesis ngan aku..ha baik ngaku sekarang..kalo ngaku kita geng..leh makan kepsi sesama sambil gosip mak kiah tuuu kemain gelang sampai ketiak atau weh!artis tu kemain berkepit ngan laki orang..haa...cantoh weh contoh..satgi terasa lak mak kiah yang pakai gelang mas sampai ketiak..bukan mak kiah,tak kata kat hang aih..orang len, orang len..heh.

aku tido lewat setiap hari sampai kadang kadang aku takyah pakai eyeshadow itam ke celak ke mamang terpampang jelas kat mata aku keitamannya ditambah pulak dengan kulit aku yang sedia itam ni..hai, saya si itam yang tak berapa manis...ahahaha!gedik gila aku rasa.ok stop la gedik gedik nanti orang nyampah pulak ye dok?

pastu kan bila kita minum ayaq banyak banyak pastu kita mestila buang banyak banyak jugak kan?ha jangan cakap ampa tak penah nak buang ayaq!tu suma boong (ayat boong tiru adik aku..kunun chumel)geli lak dengan diri sendiri tulis ayat camni.pastu dalam kepala hotak mula la pikir masa nak pegi toilet.yang mana dalam pala otak aku asik dok buat karangan bukan bukan ialah:
  1. macam mana kalo aku pegi toilet masa bukak lampu tu terjengoi makhluk yang seram bentuk nya..gila tak leh bayang macam mana kalo ini suma terjadi kepadaku..
  2. macam mana kalo aku ngah membuat urusan yang sangat penting tu tetiba makhluk tu buat cak cak ngan aku..gila tak leh tahannnnn...
  3. macam mana kalo aku kuaq toilet tetiba aku ditahan oleh makhluk tersebut?aku mau koma seminggu kalo jadik camtu..dah la suma dalam umah ni tidoq tepat koi 12 tengah malam..aku ja jadik burung antu..
naseb bek la lani ada world cup..leh dengaq jiran sebelah aku menjerit sakan..legaaa...sekurang kurangnya ada teman sebelah umah..kalo aku menjerit tolong tolong mereka akan segera telepon polis.haa..kalo la jiran aku camtuuuu...

kalo aku dah berlaki kelak, aku nak p toilet aku suh laki aku teman tunggu depan pintu toilet suh dia nyanyi ka apa..nak sembang takle.dalam toilet mana leh sembang!haip!sian la laki aku kalo urusan aku lama..tahan ngantuk ye bang..nyanyi la lagu apa apa pon..ayang dengar dari dalam..sudah melalut aku merepek..entry orang yang sepi memang banyak berangan..HAHAHAHAHAH!!

ok da abes gelak.bai.

p/s: aku nak jual baju yang aku tak pakai..ada tak aa orang nak beli?
Continue >>>

untuk asna


semoga berbahagia ke akhir hayat ye..sory la lambat sket buat entry pasal ni..aku ni bukan reti nak buat entry la la tu jugak..lani dah malas nak update blog.apa nak jadik la ngan aku nih..punya la pemalas..tak tau bila nak rajin..padahai dok umah tak buat apa pon.makan, tidoq, online, tengok tb, kemas katil,kemas bilik, buli adik, pikiaq nak makan pa petang petang,haih banyak gak aktiviti tak berpaedah aku kan?eh aku nak update pasai apa sebenaqnya ni?oooo pasal asna cute..

puan asna cute mesti tengah bahagia nih..masih pengantin baru lagi..kat kenduri asna jumpa kak tiqah dan suami..seyes lawa kak tiqah ni..kalaulah aku lawa cam kak tiqah..hehe..ok pang!sila bersyukur yaya!ok2 aku bersyukur dengan apa yang ada..aku g ngan kawan aku..disebabkan dia tak kasik aku letak gambaq dia,aku tak letak la..hehe..

seyes lawa gila pelamin pink nih...aish..lawa weh...bakal suami..nak camni tapi nak pepel leh?gatai merela gila..hahaha..



asna sangat lawa ok time tu..memang sangat sepadan...yang orang belakang terpaksa dipotong..ahahah..sory..tak kenal..kenal asna je..haha...semoga berbahagia ye..


abaikan aku yang ntah apa2 tu...tu kak tiqah yang lawa la..aku adore ok..

ok la...da siap da satu entry..aku nak kena rajinkan diri nih.punya pemalas sampai aku pon muak tengok blog sendiri..aku da kena kuntau ka?ini soalan...jawapan ada ka tadak tu yang kita tak tau....

p/s: puan asna...tak saba nak tengok gamba kawen awak..
Continue >>>

jangan baca kalau lemah semangat!


tengok tajuk aa beb..aku nak cita benda yang akan melemahkan semangat orang yang tadak la semangat tinggi..bukan badan semangat..badan semangat tu maksudnya orang tu badan besaq la gagah orang utara kata..haha..gagah la weh..taf orang lani kata..ala2 malekk norr..betoi kan aku eja nama dia..hahaha.

ok tersebut la kisah minggu lepas..aku naik keta macam besa tak pakai sepek mata itam sebab da malam kan..kang aku nampak kelam pulak kan..da la gelap p pakai sepek mata itam lagi..nanti lagi buta aku nak bawak keta dengan pemanduan yang memuaskan..ok sudah la dengan repekan biasa anda lihat..kalo anda selalu baca la..tau takda sapa nak baca pon..uhh sedihh..

ok masa aku bawak keta tu aku pasan kawan aku jalan sorang sorang tepi jalan tu.aku sebagai seorang perempuan yang berhati tadak la mulia sangat ni aku pon berhentikan la keta nak tumpangkan dia naik..sian la kan tengok kawan jalan sorang balik umah..alang alang aku ada..baik aku tumpangkan dia naik skali..aku benti, aku jemput dia naik..muka monyok ja..aku tak tau napa..sebab pakwe dia takdatang ambik kot..sebab tu la dia monyok..ati aku jala dok bebel2 sorang2..

pastu dia da naik, dok sebelah aku..aku pelik napa ati aku berdebar sangat sangat..dengan segala bulu nak naik kat badan aku ni..aku mula rasa tak sedap ati..tapi aku biaq jala..aku pokpek pokpek la sorang sorang..pelik betoi dia tak bercakap pon ngan aku..monyok ja muka dia..hurm..ok aku diam..maybe dia nak sendirian agaknya..pas aku sampai umah dia.aku turunkan dia..dia salam ngan aku..sejuk sangat tangan dia.maybe sebab aircon keta aku kuat sangat kot.

pastu aku teruskan perjalanan nak balik tetiba ja aku pasan dia ada tinggalkan something..kat tempat duduk..macam surat..surat dia berbunyi..


"masa hang baca surat ni, aku da selamat dikebumikan......" (aku dah nak pecah dada baca ni)nak baca sambungan dia lagi aku da lemah segala jenis sendi dah..pastu aku kentalkan dada baca gak...


tiba-tiba, belakang aku ditepuk secara tiba-tiba..berderau darah aku..


oih violet!!hang bangun!!teman mak p joging!!lerr mak ni...kacau klimaks tulla..mimpi upanya..baru aku nak tau isi kandungan apa lagi dalam surat tu..ciskek!

oh mak aku kuat semangat joging pagi pagi..aku ni kena teman..aku dengan muka sememeh,pakai selipar bertatahkan rama rama labuci pink p la teman mak aku p joging..joging pakai selipar bakk hang..tapi aku ni lemah semangat..sehari ja aku teman..esok aku dah malas..malas nak bangun awal awal pagi dah...

moral of the story.jangan lemah semangat nak kurus..sekian terima kasih...

p/s: aku tau ramai yang bersemangat nak pang pang aku..wahahah!!!
Continue >>>

double identity di kalangan blogger


hai..selamat ari wesak..aku tak sambut kot..dok releks releks ja dok dalam rumah buat taik mata..tu keja biasa aku buat ari ari.pagi pagi mak aku gerak teman dia p joging..semangat mak aku lebih pada anak.haha..aku malas gila nak p joging..dah la aku joging pakai selipar jepun kaler pink ada kupu kupu kaler pink merelip relip.punya la tak kacak di mata aku tapi tu ja saiz aku yang ada kat kedai runcit kampung sebelah.yang len semua saiz orang dewasa.aku lom dewasa lagi. kecik g..

ok kembali kepada tajuk..mukaddimah aku tak penah selari dengan tajuk. nak cakap benda len mesti tercakap benda len. bukan ter tapi memang stail camtu.aku tak tau nak ubah camna dah.punya susah nak cakap benda yang lurus.mesti la ada bengkang bengkok.sedih aku dengan diri sendiri..takpa violet..hang buleh!!eceh!tetiba..sekali lagi tak masuk tajuk.wahahah..tajuk ni aku takut nak buat sebenarnya..ni apa yang aku dok perati la.

yang pertama (siap buat list bakk hang):

blogger yang tulis skema yang mengunakan bahasa melayu, kosa kata yang betul tak semestinya in real life dia ni skema yang amat.yang guna bahasa melayu baku dan sebagainya..its juz the style in writing..kat lua maybe dia jenis selamber nak mati.takdak nak skema skema.ha lebih kurang aa..yang ni aku jumpa dah blogger camni..dalam blog skema je tulis..in real life kemain ko ye..

yang kedua:

yang ni setengah je betul..macam aku ni..dalam ni nampak ja macam emo terlebih tapi betul betul aku takde la muka emo memanjang..yang macam aku ni aku ada la jumpa sorang dua.lebih kurang la.sebab blog ni kadang kadang buat nak tenangkan ati.. apa apa yang takle diceritakan dengan mulut cita kat blog. lebih jujur kat sini. tapi sebenarnya takde la emo sangat.biasa je..leh lagi melawak lawak dengan orang sekeliling..

yang ketiga:

yang melucah lucah dalam blog tak semestinya di luar pon dia nak melucah sangat. maybe percakapan dia kat luaq lagi mulia dari percakapan orang yang tak melucah dalam blog. tak semua ye..diulangi tak semua.

yang keempat:

dalam blog nampak macam peramah dan lay back punya penulisan.di dalam blog. dan real life pemalu je orangnya. oh ni aku ada la jumpa sorang dua. aku pon jenis camtu gak.aku pendiam la jugak..takda la cakap banyak sangat..kalo in real life la.aku bukan jenis yang reti nak tego orang dulu in real life.punya macam ambik segala semangat nak beranikan diri tegoq orang.hoho.. ada ye orang camni ada..

yang kelima:

orang yang korang nampak mulia ja tak semestinya betul. ada la sedikit ja jumlah dia.ada yang buat blog nak menipu another identity.konon dia keja ni keja tu padahal tu hanya khayalan dia saja.dan banyak sungguh menipu.. sekali bila kantoi terus tutup blog.ni banyak gak aku jumpa.

yang keenam:

tulis blog bukan atas cerita sendiri tapi tulis atas cerita idup orang lain.. means that bukan dia la yang sebenar2nya..cuma tu hanya impian mungkin. atau yang lebih teruk ambik entry orang lain buat entry sendiri kunun idup dia camtu dan dia yang menjalani idup tu. oh ni banyak berlaku.aku tak tau napa.aku tak tau napa nak ambik post orang and then claim tu hak cipta sendiri..hohoho..

ok sudahla enam ye..TAK SEMUA ada 2 identiti ni..TAK SEMUA ye..ada yang jujur dalam penulisan..suma kawan kawan aku jujur dalam penulisan dia. cuma kadang2 apa yang dilahirkan dalam blog tu sebenar2nya dia..

ok da abes.sekian.

p/s: aku takla emo sangat.kan?kan?

Continue >>>

entry yang sia sia.


kan da cakap entry ni sia sia saja..cis..tekanan la minggu ni.sangat sangat tertekan..aku rasa tak salah aku buat keputusan sebelum ni..aku rasa senang walaupon ati ada sikit pahit pahit ubi keledek yang tak buang getah..biasa la..life memang camni..ada turun naik..dan masa ni masa turun aku..kemain ayat..turun tu weh..

ruti selalu komplen napa aku selalu pakai tudung itam..aku tadak tudung kaler2 ka?ada la weh..hang ingt aku tadak tudung kaler kaler la..ni buktinya..haha..

hang tau dak tudung kaler itam leh buat aku nampak putih sket?haha...sebab tu la ai suka pakai..sudah la.ni je aku ada..yang len aku da buang dengan jayanya..

tolong jangan cakap gamba ni aku makin bulat weh..aku baru ambik tadi..tulungg....ok ni kaler ungu. see?

ni ery farieha yang kasik.ha tengok..pink warna warni lagi weh..

ha..ni merah..tengok..mana ada itam..ni lama da ambik..haha!abaikan baju tu pelis..



dan kelabu..see?ada kaler len jugak tudung aku..tudung ni beli kat mak tuk ari ibu..mak da suka da..beli 2 lai kat mak..satu lagi kaler belacan..pastu kan abah p cakap "amboi merelipnya, toksah pakai la.." pastu mak terus bagi kat adik aku..abah niiiii..jeles ke bah?wahaha.

ok sekian saja entry yang sia sia..rindu aku meh?lama tak letak..ini buktinya.aku ada la tudung kaler kaler..wahah..

p/s: abaikan la muka yang annoying gila tuh.

Continue >>>

cikgu, saya tak pakai sependa..


sebelum memulakan repekan, adalah dijeleskan bahawa sependa adalah sejenis pakaian yang di pakai didalam pakaian luar..semoga penjelasan ini membantu anda semua memahami entry ini..haaaa amacam?skema tak?guna ayat bahasa baku melayu yang sah tak weh?kagum tak aku tulis camtu?ok da banyak soalan gila dah kan?

camni..aku penah weh jadik cikgu pas abes diploma dulu..sempat nak ngaja budak2 kejap..aku ajar budak pra sekolah ja..memasing lasak mak aii..kurus aku di zaman itu..HAHAH..aku suka la guna perkataan kurus..mana tau sebut 44 kali nanti akhirnya impian aku tercapai menuju puncak gemilang cahaya~hoho..makin obesiti plak aku sekarang ni..sangat ngeri la aii..

ok2..sebelum aku melalut lagi panjang..meh la aku cita..bukan aku yang tak pakai sependa..sory sket..aku punya ayu toksah dok pikir bukan2..aku sekeh kang pala sorang2 yang membuat tohmahan berbisa itu..hoho..ni anak murid aku la ni.setiap pagi dia nyendeh2 kat aku...memang aku ni cikgu kesayangan dia la masa tuh!(riak gila, sebab ada lagi 3 cikgu lain yang garang mak datuk)..aku ajar kakak dia..kakak dia besa2 ja ngan aku..tapi dia nih mak aii manja sungguh..mai skolah ayah dukung masuk skolah..

pastu bila aku duduk, dia datang duduk sebelah aku bisik2, bisikan nya amat mempesona..wahahah.. camni dia bisikk.."cikgu, saya tak pakai sependa"..aku pandang dengan jelingan maut gila! apa motif ko cakap kat cikgu ko tak pakai sependa?(oh murid tu laki ye), ko nak makan sekehan cikgu yang cun ni ke?abes la ko...(kata aku dalam ati)..pastu aku telek2 muka sket, tau dia jujur dan takda sebarang niat jahat terhadap aku..pastu aku nasehat, esok pakai sependa..jangan lupa..punya solehah aku nih!!tak baik berniat jahat kat budak2..

pastu kan..ari2 seterusnya dia buat g sebab sependa basah katanya..aish..ada selai je ke budak ni punya sependa?tak paham aku..sudah!tutup cita pasal tu..geli dowh nak cita..tapi disebabkan ni ari guru aku cita la jugak..

pastu kan..(tak abes2 ngan pastu kan)ha..nak cita..masa tu ada sorang atuk ni selalu anta cucu dia datang tadika..umah atuk ni selang 2, 3 lorong jela..punya dekat..anta cucu dia g tadika naik moto..aku lak yang nyambut budak2 kat pintu pagaq setiap pagi..aku gak yang anta balik budak2 masa balik..nak dijadikan cita, pas 3 minggu aku bertugas kat sana, leh plak tetiap pagi n tengah ari atuk tu anta n ambik cucu dia naik keta bersama neneknya..nenek dia pon ikut skali..padahal mai anta cucu p tadika ja pon..setelah di risik2, nenek tu jeles!tolong nek...aku takdak ati kat laki nenek..tulunnnn...patutla dekat pon nak nganto cucu naik keta..siap nenek tu ikut lagi..haih..macam2..

dengan ini saya mengucapkan "SELAMAT HARI GURU!!" kepada cikgu2 yang penah mengajar aku..aku ni susah nak ajaq..lambat masuk otak sket..dah jadik cikgu baru tau susah gila nak aja budak2 weh...ok sekian.

p/s: aku da malas asik jadik punching bag n tempat persinggahan..

Continue >>>

stone gila budak tu!


ceh...arini tanak buat entry sedih2..kang izan sedih..izan..ko sedih ke?ececeh..aku ok je..aku tau ada je risaukan aku..lob u kepada sesapa yang risau tu..terharu ouh..heheh...sekarang ni minggu exam la..minggu suma orang tengah gila..suma tunjuk pangai pelik..buat aku rasa aku ngah duduk kat hospital sakit jiwa..dengan aku skali pon gila skali..tapi aku maseh waras..cuma ada la benda pelik2 orang kat sini buat.lawak pon ada...adess depa nih..

macam2 gaya la...tapi yang paling aku suka tengok kat sini..to be exact kat bawah kolej aku berdekatan dengan kolam yang kotor segan basuh tak mahu tu..aku sian gila ikan-ikan dalam kolam tu..ari2 ada orang dicampak masuk dalam kolam tu..sesapa yang punya besday akan dicampak masuk dalam kolam tu..kebanyakan laki la..tak hingin aku nak masuk kolam tu..da masuk skali sudahla..busuk la yang amat...sory..tak mau la nak tonyoh bagi badan aku bau semerbak balik..banyak keja nak buat..hahah..

eh sebenarnya nak cita pasal sorang pompuan ni..kadang kadang seram aku tengok dia..dia da la slalu sorang sorang..menakutkan ok kalo tengah dia makan sorang sorang tetiba dia akan menyanyi rancak dalam bahasa RAJNIKANTH (betoi kan yang aku eja ni kan?kalo nak tukaq kain tu berdesup2 la bunyik...feveret hero abah aku..huhu)..kalo dia jalan sorang pulak dia akan pasang lagu kuat kuat n then nyanyi sambil menari..kalo kita tengok pelik kat dia, dia akan jelingan tajam wa cakap lu..berdesup mata aku pandang tempat len..pelik tul..

ha..sekarang ni dan pada saat aku tengah menaip ni, dia ada depan aku tengah menghafal notes (la kot)..sambil menari..seyes menari dan senyum sorang sorang..pelik la aih..ke hulu ke hilir pegang notes sambil cakap sorang dan boleh plak dia tetiba nyanyi dengan riangnya..aish..pelik la dia nih..da la sorang..memang tak pedulik mata mata yang memandang...punya la stone! aku tabik betoi..jangan la ampa p usha pelik kat dia..memang jelingan maut dia kasi..

dan tetiba aku tertenung dia pulak..ok da..dia bagi jelingan maut da kat aku..harus aku benti takat ni..kalo dia buat pelik2 lagi aku bagitau..hahah..arap2 dia tak baca la blog aku..HAHA..tak mungkin la dia baca..kalo baca aku tak makan nasik 2 ari..betoi ni...tak tipooo..huhu

p/s: menghitung waktu dan masa...ati..tabah kan?mestila tabah...aku kan da kuat..
Continue >>>

mayat fresh accident jangan la tengok..


Assalamualaikum..apa khabar semua? arini nak cita pasal apa yek?aku takdak idea langsung weh..aku ngah gila study ni untuk exam arini..kul 8 ada ni ada exam matematik..apa ntah aku nak jawab..doa2 la aku ngah luahkan semua kat ketas exam..aku ni dahla suka merepek..jangan la aku blur dalam kelas takle nak jawab..

masa ni kul 4 pagi ni kawan aku cita pasal orang mati accident plak..adoi weh..kecut perut aku nih..aku da la penakut ni..seyes aku penakut..aku dah la ada pengalaman accident dan aku rasa bertuah aku ngan kakak aku hidup lagi sampai sekarang..alhamdulillah...aku tak cukup amalan lagi nak mengadapNya..

ok mai la aku nak cita meh..jangan la weh tengok mayat yang fresh yang meninggal masa accident..jangan la..aku da kena skali memang aku serik weh..serik gila aku rasa..teruja sangat nak tengok skali jadi nightmare kat aku..seyes aku nyesal..sedih pon ada..camni cita dia..masa tu akak aku mak n adik aku p la nak beli belah kain nak buat baju..(heh, punya detail aku cita kain tu nak buat pa..hahah)

masa tu ada accident ngeri gila kat jalan maut kat kedah tu...memang jalan tu banyak tul kemalangan..seyes banyak..aku tak tipu punya..kalo aku cakap jalan ni mesti orang kedah tau..masa tu arwah ni langgar dengan treler dan dia punya helmet memang terkeluar dari kepala jauh plak tu..aku tau da ni mesti accident ni teruk..tapi aku rasa teruja pulak nak tengok..sebab tak penah tengok depan depan..

masa kitorang lalu tu mayat baru diangkat..Ya tuhan memang ngeri..kepala pecah, otak memang fresh nampak..nak muntah aku..tapi muka dia memang tak terjejeas..ensem orangnya..muda lagi arwah...aku memang ingat muka dia sampai sekarang..memang lekat kat kepala hotak aku..adoi...

masa balik tu ha ambik memang takle lelap mata langsung..asik ternampak ja muka arwah kat penjuru bilik aku..gila ngeri..pejam ja aku nampak..pejam ja nampak..pejam ja nampak..(ok da..annoying da aku rasa)..seminggu aku takle tido.. memang aku asik nampak arwah kat penjuru almari tenung kat aku...gila ah ngeri..memang terbuntang ja mata aku tanak tutup mata langsung..

pas ngadu kat mak..minum air yasin..alhamdulillah bayangan tu ilang sket..sedekahkan Al-fatihah tuk arwah..memang aku serik da nak tengok depan2..seyes ngeri dan terbawak2..jangan weh tengok kalo lemah semangat..

p/s: dah2..study la yaya oi...
Continue >>>

kecantikan lelaki dan kegagahan perempuan..


hai semua..bertemu lagi kita di seksi sesi kedua..muahahahaha...pada kali ini kita akan bercakap tentang kecantikan lelaki..lelaki pon cantik tau..ni bukan lelaki cantik yang bermekap2 berdandan mengalahkan kita pompuan ni..awww tak rela makkk...lelaki ni cantik kalo ampa tengok betoi..ada la ciri2 dia yang buat laki tu cantik mak-aii-aku-nak-kawen-ngan-hang punya stok..wahahah..gelak lagi..

dan tak lupa jugak kepada kaum kerabat sendiri..haii rakyat jelita semua..kita kan jelitaa...jelita oo kita ni kalo kita ni gagah..ingat kaum ampa ja ka gagah?kami pon gagah wooo..mari kita lihat ciri2 lelaki cantik dan perempuan gagah..gambaq tidak disertakan..malas yak aak aww la nak carik n buboh..ok rakyat jelita semua..mari beta terangkan satu persatu...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

....................................................................................................................................

aku dapat dari fesbuk..some1 ada anta mesej kat inbox n i think its really true + sweet n i wanna share wif u here..

aku tak gagah la weh..bila tengok tuh baru ada ati nak gagah sket..hahaha...gagah la sangat aku nih..aku ja tau betapa gagahnya aku ni..wahahah..gagah ke gigih?

biasa la bila cuti dan tak g mana2 memang la aku buat 2 entry satu hari..rindula nak main masak2 kat rumah..tunggula pas cuti ni aku nak main masak2 kat umah..2 bulan aku nak balik menternak lemak kat badan..gila best!

p/s: tadik tak jadik p pameran kasut..aku da la gila kasut...aisehmen..
Continue >>>

laki kalo takde rupa ada je orang nak..kalo pompuan???


tersentap mata aku pandang ayat ni masa kawan aku post kat fesbuk..gila aah tapi memang betul apa yang dia tulis tu..betul la kan kalo laki takdak rupa ada ja orang nak..ini realiti bukan main2..aku tau ramai yang akan argue tapi apa yang kawan aku tulis is the truth wat she saw now..aku mula2 nak argue gak tapi apa yang dia tulis tu betul..kalo pompuan yang biasa2 ada ke orang nak pandang?contoh terdekat: aku sendiri..

aku tak tau napa ayat ni dia tulis..nak cakap dia tak lawa,dia lawa oo..hotstuff tu weh..korang takle kaco ye sebab da ada yang punya..maybe dia ada tengok kat mana2 kot n then dats y la dia post status dia camtu..tapi bagi aku la..

pendapat aku la..laki sekarang tadak rupa pon ramai ja jadik playboy. kalo pompuan yang biasa2 ada?sory to say ni la orang zaman sekarang ye..aku penah dengar laki yang mengutuk pompuan cakap itu ini..bercakap tentang kekurangan orang memang best tapi sedarla cik-cik abang sekalian yang korang tu takde la hebat mana ye nak cari pompuan yang cantik2 je..nak cari pompuan yang cantik dan baik tapi kena tengok diri sendiri jugak ye..oh jangan la terasa plak kalo tak buat..

aku nak cakap banyak lagi tapi aku takut kalo aku tulis apa yang aku nak aku akan kena serang la apa la..tapi apa yang aku nak tulis pada pendapat aku..blog aku bukan cita pasal aku nya life yang takde la best mana pon..cuma nak kongsi je pon..mana tau nak suruh cucunda aku baca masa aku da tua nanti..hahah.."tok ampa dulu tulis blog best gila!"..hahahah...gila rock kalo aku jadik nenek yang vougeh! (vougeh tau bukan togeh!aku tak makan togeh)huhu.

kepada yang mencari pasangan la kan..bukan muka je korang kena tengok..ati budi pon tengok..ati budi ye bukan ati body..amboi body je ampa tengok ye...apa body yang solid ja ampa tengok?tengok la lama2 ketumbit n dosa pon dapat..padan muka..hahahahaha..apsal aku gelak padahal tak lawak pon?oh itu rahasia..huhu..hanya aku dan tuhan je tau..(macam penah dengar ayat ni tapi ....weh!aku pinjam ayat ko)

jangan memilih rupa tapi pilih ati..apa yang ada dalam ati tu yang tentukan buruk baik seseorang..ingat tuh...muka cantik but ati busuk macam kambing tak penah kena ayaq takleh gak..tak lawa..n laki pulak yang ensem tu ingt baik ke?nanti aku nak tulis pasal moneyboy la..kalo aku rajin..sindrom malas nak update blog da mai pulak dah..masalah2..huhuhu..

oh lupa...sila ingat ayat ni sampai bila2..

laki yang baik untuk perempuan yang baik dan laki yang jahat untuk perempuan yang jahat..

so tengok diri sendiri bila mencari pasangan...cukup baik ke aku nak dapat orang yang baik camtu?jadik ubah la diri kalo nak dapat orang yang baik..dan aku sedang nak berubah dan aku sedaq weh aku takdak rupa..rupa tadak tapi ati ada..rupa da takle nak buat pelastik surgery (harammm wehhh) so ati jela yang leh diubah..haaaaa...tenung2kan dan selamat memuhasabah diri..kemain guna ayat muhasabah..hahah..

lagi satu aku tak baik pon nak tegoq sapa2..seyes takk..aku sedar suma tu..teguran yang korang nak bagi aku sedia terima..dan entry ni bukan nak tujukan kat sapa2 yang aku kenal...jangan la nak terasa kalo tak buat..kalo buat tu terasa la..hahah...ok bai...

p/s: berura2 nak tuka no talipon..huh!
Continue >>>

pompuan mencarut hodoh tau!


hahahahahahahaahahhahahahacummmm!!aku tak sehat la..awal2 da ngada nak gtau orang yang penulis blog ni tak sehat pulak..hahah..ke korang ingat aku nak mencarut?ohh never ever aku nak mencarut dalam blog ni kecuali aku tulis ayat ni "!@@^%!(*@" <---- kalo camni baru dikira mencarut dalam ati..sapa pun tak dengar..

aku sebenarnya banyak tag tak dijawab..tapi aku nekad nak jawab sumanya esok!esok ye aku jawab tag2 korang..arini macam terlebih rajin lak nak p kopipes..esok ye kawan2 ai buat tag tu walaupon ada tag yang mentanya tentang pasangan..weh!camna nak jawab kalo takdak?kasi soalan len takle ka?ok2 perenggan ni takdak cita pasal tajuk pon kan?yaya, yaya bila nak berubah jadik siratulmustaqim ni...heheh..

ok2 berbalik kepada sari berita utama..aku tak suka benor pompuan yang mencarut ye..gila tak suka sebab bagi aku pompuan ni sifatnya takle nak ganas2..tapi aku ni ganas la plak..ganas buleh tapi jangan sampai leh mengeluarkan ayat yang tak sedap didengar..ceh!kaber baiikk punya ni...korang suke ke dengar pompuan yang kalo marah maki2 guna perkataan kesat?tak ke ilang hormat kat orang tu?kalo aku sumpah!aku ilang hormat..kalo nak marah berhemah ye..aku marah mostly aku diam..kalo aku terlampau marah sangat aku akan kuarkan abes tapi ayat carut2 tak kua lagikk..menjaga weh kredibiliti aku sebagai bakal pendidik..

dan laki pulak?apa pendapat korang kalo korang tengok or dengar pompuan mencarut aa?tak manis kan didengar?hurm..aku pelik kalo laki ngan pompuan sama je naik kalo bab2 mencarut ni..aish..tak tau nak cakap apa..pelik2..donia2...aku kalo aku dengar kawan2 aku mencarut memang aku cubit..hahah..padan muka..tak berani nak carut depan aku..sila jaga tatasusila anda ye bila depan aku..

aku tak kesah kalo seseorang nak marah sekalipun tapi jangan sampai kata2 kotor kuar..orang lain dengar kang apa pulak yang diorang cakap?mestila cakap bukan2..kan da diumpat..satu lagi perkara tak elok yang jadik..ha..sila berhati2 bila bercakap tu ye..kita tak tau orang pasang telinga..bila da pasang siap dengan antena pastu leh plak pancar kat antena orang lain..haaa masak ko weh..kena2 pulak bakal mertua yang dengar..rejek serta merta tanpa ada kad kunin ke apa..haaa...nangis tak berlagu la kauu..

lagi kalo budak2 yang dengar memang aa aku rasa adesss..menda2 camtu senang je masuk dalam kepala diorang pastu leh pulak nak ulang2 banyak2 kali sampai melopong mulut sesapa yang dengo..ish2..hodoh tau kalo mencarut2 ni..tak lawa kalo ditengok...awas!aku naik bas,tiba2 terbabas, masuk wad duablas,minum ayaq segelas,ha sapa tau lagu ni lagu apa?haaa..yang ayat ujung aku malas nak sambung..teruk sangat..hahaha...

ok la malas nak cakap bebanyak..kang aku lak kena carut..takpe aku tak kesah sebab aku tulis apa yang aku rasa n carut2 tu memang menda yang tak elok pun ye..

p/s: aku nak mengekalkan prestasi update hari2..hahah..arap2 berjaya!
badan tak sehat ni...aish...
pesta buku kat pwtc bila weh?habaq laa..
Continue >>>

"loyal" is a hard word for somebody


loyal ni word yang sangat sangat susah nak apply dalam idup seseorang..tolong..ni tak ditujukan tuk sapa2..plzz jangan ambik ati or terasa ke apa..kalo terasa jangan la buat..ye dok?hehe..hurm..camna nak mulakan ye..adess...makin lama makin susah nak express kan diri..eh lupa tnya..lawa dak aku nya layout baru ni?kawan aku tolong buatkan..kalo aku buat da macam hapa la jadik..haha..

camna nak start ni..camni..aku rimas gila ngan someone yang ada kat fesbuk aku..nak delete kang dia add lagikk..hehe..or he stalk kat sini lagi..he's blogger yang jarang da masuk page aku..argh jangan aa dia baca ni...

setia means awak tu tetap pada pasangan masing-masing..jangan perasan solo dan sewaktu dengannya..duda pon takle ngaku kalo ada bini..duda kunun..pirah!!padahal laki orang..lu boleh blah la penipu..ciskek!(ini tidak terjadik kat aku)hehe..

being single ni susah gak kadang2 sebab orang ingat bila single dia tu mesti nak berpakwe..ha camtu la kiranya..tapi tak pon..best pe jadik single..aku selesa camni..senang..tapi bila susah tu tingin gak nak ada pakwe yang leh tolong2 suma2 cam dulu..ha,mula nak tingat kisah lama..haha..eh2 aku da ok da pon..tak kesah da..hehe..single is better!for me la..

penin aku baca la..korang penin tak?tapi apa2 hal pon pelis setia..jangan aa men kayu kayan..nanti bila kantoi kan da merana..makan tak lalu, tidur tak basah..aish..huhu..ntah pa2 aku merepek pagi2 buto ni..ok da kul 6 pagi..aku tak tidoq g nih..tidoq dalam kelas la gamaknya..hahah..

ok, sila terasa sapa yang men kayu kayan..huhuhu..sapa yang tak men korang memang terbaikkk..aku suka..

p/s: tolong check bloglist..kalo takde korang punya blog sila gtau n bg skali url..nak letak..sory tak sempat save..ada yang sempat ada yang tak..tolong bagi plzz...tulung ye..

Continue >>>

horoskop bahaya!!


terbitnya nak post entry ni sebab aku dengan gagahnya p kelas petang tadik..kelas ganti..time tido aku kot time tu..kul 1-4.30..gila punya lama...huhuhu...naseb bek cik mohan memahami muslim students yang kena p semayang ni..bagi la dia pon 15min kat kami nih..lebiu cik mohan..hehehe..dia suka guna ayat "biarin" which the right word is "biarkan"..ahahah...da terpengaruh cita indon la ni..hahahah...

walaupun aku asik makan dalam kelas ni tapi aku dengar gakla apa yang dia dok bersyarah depan tu..hehehe...punya la baik..selamber ja makan..adess..aku rasa aku leh gemok balik kalo selalu buat ni..huuhu..kena stop mulai bulan depan..hehe...bulan ni melantak la dalam kelas abis2an..bulan depan diet balik dengan jayanya..ok aku merepek ni tak berkenaan pun ngan tajuk nih...mai sini rapat2 aku nak cita meh..huhuh..

camni..disebabkan aku ni belajar mengenai hal ehwal kanak2, subjek aku pun pasal kanak2 la jugak.huhuh..camni, kita takle melabel kanak2 tu cam gelaran pokok ke, kuda ke,monyet ke sebab kanak2 akan percaya yang dia tu memang pokok, kuda atau monyet..cam aku la, yang asik kena kutuk huduh,itam la apa la..memang aku caya..sila baca dis entry kalo nak tau lebih lanjut..

hal ni lebih kurang macam horoskop la..yang believe cancer ni orang dia camni2, sagitarrus lak camtu2, aries plak gitu2 dan sebagainya..kalo kita caya apa yang diramalkan tak mungkin kita takkan ikut kan??contoh ey...cancer ni dikatakan orang yang degil..n dia ni memnag bintang cancer n dia takde la degil pon..n then bila baca dia caya yang dia degil terus jadik degil atau bahasa penangnya ketegaq hangit..

camtu gakla yang percaya pasal ahli nujum,tukang tilik yang cakap si polan akan mati pada sekian2 tarikh, pada sekian2 jam..mau tak makan, tak mandi,tak minum,tak p melepak,tak p merempit, tak kencing, tak berak dan sebagainya sebab takut apa yang tukang tilik tu betul..mau tak mati kering dia sebab percaya n then takut sangat sampai tak leh buat hapa2...kan da cari masalah sendiri tu??

ha, korang janganla percaya sangat horoskop ni..kadang2 pasal kisah cinta la..kan ada ramalan cakap "sila jangan percaya boyfren korang sebab dia tgh eyeing other women"..kang mati lak bf korang kena tembak sebab percaya sangat menda tu padahal dia tak buat pon...ha kan da rugi..masuk penjara free...ha...jgn caya tau...

p/s: peace!aku nya u ni bz dengan kempen sampai aku tak tau pilih yang mana 1..aku tanda yang ensem dan solo jela..senang...ahahaha..sila jgn tiru cam aku ni ha..
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010