Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

tonite


search for an answer. but do the stupid things. pray for me please.

and i go search now. hope will find the answer for my pray. its a gamble i've been taken now.


and i hope the end will be happily ever after.
Continue >>>

life setakat ini.








saya memang dah gemok ponggg..HAHAHAHAH.. OK diet len kali lah...balik umah baru diet..kat sini susah mau diet..
Continue >>>

boleh tak nak meluahkan sesuatu?


napa ntah ati aku rasa tak tenang sampai tak le nak tidoq malam malam. aku rasa macam ada benda berat dalam ati yang aku rasa nak buang. aku tatau aku kena buang apa. aku tatau aku kena buat apa. boleh tak nak terus ilang dalam dunia aku sendiri yang tadak sapa sapa pon. dunia yang ada aku saja. tadak nak kena jaga ati sapa sapa. tadak orang yang kena jaga ati aku. yang ada aku aku aku. shallow mind. yes i am.

result aku teruk gila babeng yang buat aku rasa nak mengamuk sebab masa tu la pompuan ni buat onar kat aku. seorang blogger yang sedap sedap buh fb aku dengan jelas terpampang muka aku dan nama aku. dan hell yeah dia tak buang pon post tuh. dengan segala caci maki dia letak kat aku. aku buleh ja letak link ko pompuan tapi aku malas nak kasik traffic free kat ko. dan aku takkan maafkan setiap kata kata ko dalam post tuh. and i meant it. aku tak hina ko, aku tak penah kaco idup ko, dan ko sesedap oren mengutuk aku. ko boleh gelak puas puas skrang.

result teruk gila nak mati sebab aku masa final tak boleh ada tekanan. dengan ko mesej lagi aku time tu pompuan. nak pikir exam lagi yang gap takdak. ingat aku ada masa ke time tu nak pikir suma suma masalah bodoh tuh? sekali lagi bila aku stress aku takle nak makan, aku makan aku muntah balik. aku tatau kenapa badan aku takleh nak tahan tekanan, teruk gak aku masa tuh.. aku takle nak handle tekanan yang banyak sekaligus. beban final exam pon dah cukup berat ni ditambah dengan masalah bodoh tuh.

aku tatau apa motip entry ni tapi sekadar nak meluahkan rasa tak puas ati aku yang aku tahan tahan. makin aku tahan makin sedap makhluk makhluk mengutuk aku atas bukan salah aku. its a crime u know when somebody's ex fall in love wif u. it will be more suck if she wants him back. and i'm the victim. hell yeah!! aku suka nokks bila aku dipersalahkan atas BUKAN SALAH AKU LANGSUNG!. siap kena caci maki terang terangan tuh. dan aku takkan maafkan sampai ke saat ni suma yang ko da buat.

dan maaf ko tuh, tolong ah. mana ada orang mintak maaf sindir sindir. ikhlas ke tu ko mintak maaf?dengan post tu still terpampang muka aku yang buruk. ye aku sedar la aku buruk takpayah nak samakan aku dengan apa apa. ur asslicker pon sama, sedap sedap ngutuk aku tapi tatau aku ni tak bersalah langsung. buat cita canang satu dunia dia teraniaya. tapi aku ni?yang tatau menahu sedap kena kutuk. aku gelakkan ko ke?bila masa???? ko gelakkan aku ada la.

dan aku tau dah laaaaaaaama ko post muka aku tuh tapi malangnya aku baru dapat tau masa minggu final exam. wow! memang setiap kali aku final ada ja benda buruk nak jadik time time tu jugak. tak tangguh langsung. sungguh bes. hahaha. entry sentap kot aku buat ni. tapi pedulik apa. makin aku diam, makin teruk orang mengata. macam mengiyakan ja apa yang beliau kata. takpa aku tak halalkan setiap fitnah yang ko cakap. fitnah la sebab tak betul.

yang part paling best kan?no one care bout me. aku tau ada yang baca entry ni kenal sapa orang tuh. pelis la. kenal aku dulu sebelum mengata buleh? tau cita sebenar dulu baru nak hakimkan aku camna buleh tak? tapi kalo nak bagi aku pahala free cakap la weh. aku malas nak cakap apa dah. dah muak dah.. wat the heck betoi la..nak aku bongkar satu satu ke?boleh no hal la. nak cari pasal sangat kan? you deal wif a wrong girl right here babe.

aku boleh nak print skrin segala gala tapi aku malas. seyes malas nak mati tengok muka ko. baik aku belek muka aku. sebab aku tau aku ada kekurangan. jangan cakap pasal kekurangan orang padahal diri sendiri pon tak cukup perfect. aku tahan lamaaaaa dah.. sebab aku malas nak bagi besarkan benda ni. tapi aku rasa marah sangat bila ni efek aku nya result. result cam hapa lagi. sumpah la aku rasa nak menyumpah sebab masa tu aku down gila sampai baca hapa pon aku tak masuk. rasa macam diri tu bodoh gila masuk dewan exam dengan kepala kosong. bagus nyah! bagus..


prepare nak kena marah ngan abah sendiri bila tengok result aku nanti. hurm. dah kena marah ngan kakak dah. tolong lah. aku rasa nak menjerit ja nih. boleh tak jangan jaga tepi kain orang sangat?boleh tak tengok kain tu sendiri?boleh tak perasan yang diri tu tak perfect mana?boleh tak perasan yang bukan ko sorang ja sedih?boleh tak jangan nak judge orang sewenang wenangnya?boleh tak jangan perasan diri tu bagus sangat?boleh? tak boleh?boleh belah?


tadak sapa leh bersihkan nama sendiri melainkan diri sendiri.


"fitnah itu lebih buruk daripada membunuh"


renung renungkan dan selamat memberi pahala kat aku. aku tak redha setiap benda yang tak betul daripada mulut hang ngan konco konco hang. sekian terima kaseh.


ingat hang ja leh sentap?aku takleh?
Continue >>>

tahun baru tak seindah mana.


tak seindah mana sampai la ke saat ini. tak ada satu pon yang indah. seyes aku rasa nak berenti ja blogging. aku tadak follower banyak pon tapi tetap la orang mengata. takpa tahan.

masih tunggu some mirikel to happen. arini berapa haribulan? aku rasa 7 hb. maseh lagi tadak keindahan apa apa. ujung tahun 2010 sampai skarang masih camni. tadak perubahan. aku arap ada perubahan yang leh buat aku senyum tapi harammmmmmm tadak apa yang berubah.

ati makin lama makin sakit. tu ja la.. tadak benda yang best pon dalam idup aku. seyes tadak. so takpayah la jeles cakap nak life cam aku. kalo hang tau life camna aku sumpah la hang takmau.

ok la. mood tak baik sangat sangat. sehari suntuk belum makan. kunun diet tapi takle makan sebenarnya. bila tensen memang takle makan. buleh mendatangkan uwek2 kat toilet. aku malas la orang syak aku pregnant. pregnant amenda laki pon tak berani dekat. choyyyyyyy..haha.

ok2.. buat2 hepi pon bes gak.

Continue >>>

wrapped up 2010. 2


mulakan dengan kenangan manis buleh?

cupcake adalah kenangan manis walaupun selepas itu menjadi pahit. takpa aku redha. u a good fren farami. really.

suma tentang cupcakes diabadikan dalam entry ini.(klik)

pastu sorang sorang nak buat aku bangun semula. kutip balik pas kena hempas teruk. ye sangat teruk. sorang kawan aku ni. dia laki. dah nak bertunang tahun depan dengan perempuan pilihan dia. sangat cantekk.. kawan baik la jugak. kami takda apa apa juz kawan saja. bawak aku g genting segala nak bagi aku hepi balik cam sediakala. tak p berdua. pegi berempat. ok buleh baca di entry sini.(kelik)

banyak sangat la weyh, dengan jumpa kawan kawan blog yang cool abes. gath yang aku p buat aku kenal dan rapat dengan kawan kawan may, besh sangat. pastu aku hang out dengan kawan kawan baik aku. sungguh bes la weh. kawan kawan baik, una dan fiz. kawan kawan geng sekepala di kelas, moksing terchenta, KC, wawan, sis, jah. aku rindu sangat nak hang out cam dulu dulu. time aku dok kolej dulu.

kenangan termanis mungkin aku dah jumpa my other half. mungkin. =)


p/s: banyak sangat nak tulis sampai jammed pala otak.haha pelis. tinggalkan url anda kepada yang baca blog senget nih.


Continue >>>

wrapped up 2010. 1


disebabkan aku tulis nombor kat atas tu makna kata ada banyak bahagian. sebab akur asa mood blogging aku dah kembali. aku kan update blog secara pukal mulai sekarang. maybe gambaq gambaq saja yang akan diletak tapi takpa aku tak kejam nak seksa mata ampa tapi apa tengok la wey. tak sian kat aku ka?penat aku buh gambaq nanti.

oh banyak sungguh peristiwa sadis dalam idup aku sepanjang 2010. aku rasa tahun ni paling sedih penah aku ngadap. banyak kesengsaraan aku dah lalui yang aku simpan sendiri tak cakap sesapa. aku tak berani nak luah dalam belog sebab takmo blog aku penuh dengan kisah kisah sedih. bukan suma orang suka baca kisah sedih ni. so aku pura pura hepi dan pakai topeng. itu perkara biasa bagi aku. pakai topeng the joker.

banyak ati terluka dan banyak kali jugak ati aku berdarah macam ban pecah. tapi tula life. kalo aku cita satu satu yang aku mengadap mesti ampa cakap "weyh!leh buat novel kisah hang ni". ala novel pon adaptasi kisah sebenar gak. so takyah heran k? aku tak kesah dah orang benci aku. sebab aku tau ramai dah mula benci aku. ke aku pasan ja? benci la sebab ada orang benci tanpa kenal sapa orang yang dia benci tu. paham tak? macam dengar2 cita "eh dia ni pompuan jalang tau. ko benci la dia tau weh. dia tatau malu." ha terus la ko benci dia tanpa kenal pon dia tu. betul ke jalang?apa yang dia dah buat sampai dapat gelaran tu? haaaa.. siasat dulu k?jangan main benci ja.

haters biasa la. bukan suma orang suka kat kita tapi kadang kadang rasa macam tak adil sebab kenapa perlu benci dia sebab dia ada itu ini dan diri sendiri takde itu ini?penah terpikir tak? benci sebab dia lawa, benci sebab dia kaya, benci sebab dia ada baju cecantik. nonsense la benci pasal tu suma. takdak benda pon. bukan salah dia pon nak lawa, bukan salah dia pon dia kaya. lerrr... tak paham aku orang camni. jeles takpala. aku jeles weyy dia lawa, camna nak lawa cam dia?apa produk dia pakai. haaa yang tu tak kesah la..takdak la dengki dengki ka apa. tu normal. dengki sampai ati itam tak guna. sila terasa.

jatuh ati tersuka kat orang itu ini, tersayang, dan sebagainya dah jadik lumrah. ngaku la wey. kita ada kan tersuka or terjatuh ati pandang pertama ka ketiga ka. ada tuh. jangan tak ngaku. aku pon camtu gak. tapi sumpah tak berani reveal kat sini aku suka sapa sapa. aku diamkan ja. tak berani nak expose cita pasal ni suma kat ampa. nanti dah yakin aku akan expose satu satu.

banyak kawan aku da kenal. sory sangat sesapa yang singgah kat belog aku tapi aku tak singgah balik sebab aku sangat sangat serabut few months ni. aku serabut sangat sangat sampai aku bukak ja blog pastu nak luah suma benda aku draftkan. tak publish pon. sebab tatau la napa. pastu kan aku nak sangat kenal yang singgah blog aku. pelis tinggalkan link anda suma kat sini. pasni aku nak update bloglist aku. pelis pelis.

tu ja. nanti aku update len.



p/s: sesapa yang singgah pelis tinggal url bawah ni. aku buh dalam bloglist aku. aku rasa bersalah ni tak trace balik. thanks korang..

Continue >>>

hai uolls


da semacam menggedik plak bila tajuknya berbunyik begituuu...aku punya laptop rosak weh..sumpah weh aku tak tengok pon benda bukan bukan seperti yang lusyah lusyah ke apa ka..mana aku tau nak bukak porno porno..maleh aku nak tengok.dah la nak periksa nanti gelap otakaku.sapa mau jawab masa aku dak periksa nanti?hang mau?hang mau?

entry ni aku tatau nak merepek apa cuma aku rindukan sangat sangat nak berblog seperti biasa..rindu weyyy nak menayang gambaq yang penuh dalam aku nya laptop ni tapi aku tak publish pon.malu wey tayang muka tak siap aku kat orang. lani dah penuh dengan jerawat..aiyoo..apa mau buat. tempek bedak sejuk aku maleh. berkerak la bantai aku nanti.apa tips pp putih gebus?abaq skettt..

pastu kan lani heboh pasai banjir.aku bernaseb bek sebab kampong aku depa dah dalamkan sungai so umah aku terselamat.dah la umah aku tak dak umah atas, satu hai plak aku nak p pindah kat surau. dulu duk surau masa banjir besaq dulu..punya cooollllllll...dapat kawan yang tadak la ramai sangat tapi buleh belajaq masak la.haha. masak bes bes lak tuh..huhu..sedappp wey..ok tamau benjir dah. penat mengemas barang. penat mencari adik bongsu yang suka p men ayaq buat mak risau. penat nak menjerit jerit terkinja kinja bila lintah ka pacat ka naik kaki.sumpah aku fobia dengan menatang tu. ngan lipas aku machooo ja..haha..

so, berhati hati di musim banjir ni tauuu..jangan dok menyelam main ayaq banjir plak.banyak bekteria tawuuu?jangan men tau. dengaq cakap saya ni. saya bukan nak menggoda saya cuma mau menasihat..hehehe..

p/s: jatuh cinta antara blogger semakin menjadi jadi..heheheh..semoga berjaya..sweet ngat aih ampa ampa ampa suma ni..aku jelesss tawuu..semoga bahagia kawan kawan.
Continue >>>

saya takut.


saya takut saya sedang melalui kesilapan saya..saya takut saya telah membuat kesalahan.saya takut saya tengah mengalami pembalasan saya.saya takut saya telah membuat ati orang sakit dengan saya..saya takut dengan keadaan sekeliling saya..

dan sebenarnya saya takut dengan perubahan yang sedang berlaku atas kepala hotak saya dan ati saya.




saya mintak maaf jika satu ari saya ilang tanpa kabar berita..

dan untuk awak, pergi. saya bukan untuk awak.


Continue >>>

cerita sedap


aku nak bercerita pasai sedap..memang sedap weyy..teman tatau nak cita camna..punya sedap la...ni pasai benda makan la aku nak cita nih..kena cita la masa dah abeh posa..kalo masa posa aritu teman cita dah ramai marah teman dok bagi meleleh ayaq liuq depa..baik aku simpan cita ni masa bulan tak posa..tapi sapa sapa posa ganti tu mintak mahap la ye..

aku suka gila char kuey teow kat stesen universiti tepi jalan tu..rasa dia punya sedap sampai meleleh weyh kalo teringat..ok lani dah terliuq dengan kadar yang amat laju..semoga tidak meleleh masa aku tidoq nanti..aku taip entri ni kul 2 pagi kot weyyy..jangan nak kata aku tidoq siang plak..tak maneh menuduh aku bukan bukan..heheh..

pastu kan...aku p la ngan kawan aku ni...saja nak tunjuk kat dia tempat sedap..pada aku la..tatau la kat tekak dia tu rasa sedap ka dak..tapi tekak aku buleh dipercayai la weyh..kalo macam maria tunku sabri dalam rancangan jalan jalan cari makan tu suma kata sedap.muka gila heaven kalo dia makan...pulun la aku p cari restoren yang dia p makan tu..sekali..hampes..mengecewakan..tak sedap sangat kot..takyah la buat muka heaven gila kalo makan kalo tak sedap sangat..mengecewakan sungguh..

ok setop cita pasal jalan jalan cari makan itu ye anak anak..mari umi cerita pasai sambungan ni..kawan aku tak makan hidupan laut termasuk la kerang so dia mintak aa takmo kerang..yang aku lak tak makan togeh, so aku mintak aa takmo togeh..alhamdulillah dia menyempurnakan hasrat kami..hehehe..

masa nak tanya tu satu hai..jawapan sungguh la menepati soalan..hukhuk..



kawan aku: bang, mana satu tadak kerang?

abang char kuey teow: sory dik, kerang abes malam ni..

aku: dalam ati nurani ( abang ni tak memahami soalan, BM fail!)



aish tidak baik menuduh dia BM fail..mungkin dia tidak memahami kehendak soalan..tapi aku memang tibai gelak la..hahahah..aku suka gelak..benda kecik pon aku nak gelak..hahaha..ok tak lawak pon..

tapi kan memang sedap weyh char kuey teow situ..fulamaaakkk..esok aku cari gak dan makan!!dah masuk perut aku belahak puas supa pompuan tak tau maluuu punya belahakkk..belahak tu sendawa dalam bahasa skemanya..

p/s: dah tutup fb kemain aku update blog..hahah
Continue >>>

di sebelah sisi lain idup aku..


sangat tak boleh belah punya tajuk tapi macam besa la..jom kita merepek sambil makan kerepek..tapi entry ni mana buleh merepek sebab aku tak mau merepek. buat pertama kali nya aku nak bukak cita sebelah sisi lain idup aku..aku rasa aku penah mention sebelum ni tapi tak banyak, buleh kira dengan jari sebelah tangan sahaja.punya la sket aku nak mention sebelah sisi lain idup aku..

oh..sebenarnya aku ialah seorang perisik rusia..ha, percaya?ok tipu.sekian terima kasih sebab aku taktau nak susun ayat camna nak cita sebelah sisi lain idup aku yang aku selalu kena mengadap.tapi sangat sangat best sisi lain idup aku nih..kena banyak sabaq sangat sangat, penyayang opkos la kena kannn...kalau adik aku ngan kakak aku baca mau la aku kena perli abis abisan sebab kat umah kemain la aku kejam yak ak aw dengan adik adik aku..ala best weyh buli adik adik sendiri..takkan kat luaq aku nak buli orang kot..aku penyayang orangnya..wiwit!!

ok malas la nak puji diri sendiri..keh keh keh..bukan best pon masuk lif tekan sendiri..bek masuk lif orang tekan kan..lagi la rasa macam best!ok nak cita ni..tapi ingat nak letak gambaq sepapan 2 la..bukan senang aku nak letak gambaq..ni nak letak ni best jugak..mau tak mau mengadap la weh..kalo tak suka tekan ja pangkah atas tuh..senang wehhh...

nampak normal kan?tapi ni lah manusia istimewa yang baik ati, sangat penyayang, sangat peramah. yang ijau tu kawan aku..sama sama p ngan aku..

periang...yang belakang tu kemain la mintak nombor tepon aku..kehkehkeh..sory la adli, awak da ada makwe kat kelas sebelah..jangan menggatai..


tudung selebet..mintak mahap.tu dia kemain peluk aku siap parking kepala kat kepala aku..terbaik la..haha..depa sangat sangat la manja..pangai sangat sangat macam budak budak..yang buat gaya otomen tu, semalam aku g, dia cakap. i like you, the blue one (sebab aku pakai baju biru aritu)..timaseh sebab suka..selasa ni ai p lagik..




hai abang..hahah..yang buat peace tu dia lupa nama dia apa..dia cakap panggil abang sudah..HAHAHAH! lawak benau ampa ni..

hurm..tatau nak cakap camna tapi ati aku sebak bila depa ni sorang sorang datang mengadu kat aku..yang buat peace tu tunjuk kat aku kaki terluka kena iron..hurm..kena iron bukan dia yang buat..paham maksud aku?yang peluk aku kemain tu kena tumbuk dengan abang dia dan dia tunjuk. hurm..kesian tapi apa buleh aku buat bila depa mai mengadu kat aku?selain dari tengok, cakap "takpa, akak ada nih.."(ala depa panggil aku akak, tak tau sebenarnya kami lagi muda or sama umo dengan diorang)

yang tangan macam kena cucuh pon ada..jangan la weyh..aku dah sebak dah ni..bila mengadu kat orang yang korang panggil akak ni, apa akak leh buat?takdak apa yang akak buleh buat selain pujuk pujuk, janji nak datang lagi..timaseh sebab tunggu akak datang ye..nanti kita jumpa lagi selasa nih..nak akak pakai baju kaler apa plak selasa ni?akak pakai putih buleh?ok dah la..

ni sebelah sisi idup aku yang lagi satu..sisi yang aku rasa aku ni disayangi, ditunggu, disukai..


p/s: bertuah la kita normal weh.syukur.
Continue >>>

ok memang cari pasal.


abah marah..camna ni kak un?sila bagi solution kat adik hang yang bangang ni...padan muka..cari pasal lagi.bila otak dah mula bengap dan serabut ni la keputusan paling baik aku penah buat dalam idup aku kot...tunggu la abah kata apa..aku rasa aku nak kena semboq abes2an satgi...abah tolong jangan marah anakmu yang berada diperantauan sekarang..

berdoa tak kena semboq dengan begitu dasat sebab kakak membawa perkhabaran abah marah..waaa...abah ni orang buat dengan jalan yang betoi2 nih...bukan jalan tak betoi yang orang buat ni abah.......abah...jangan marah..nanti kannn...nanti kannn...cek sedih la..hahaha..gila pa gelak di petang hari nih..

ok berdebaq lak tunggu abah tepon..nak arap aku tepon takmo la...memang nak makan halwa telinga paling bekkk la petang petang camni..


weh..ok dak aku nya header?




Continue >>>

ramadhan kareem~


alhamdulillah sekali lagi dipertemukan dengan bulan ramadhan...terasa seperti sangat sangat ayu apabila menulis entry ini dengan penggunaan bahasa melayu yang betul..syukurrrr dipertemukan dan semoga umurku panjang untuk bertemu dengan ramadhan seterusnya dan seterusnya menemukan jodoh..(haha..mengada nak masuk jugak bab jodoh)

selamat berpuasa sayang sayang suma..yang setia mengikuti blog saya yang tak seberapa ni..



sebetul betulnya saya tengah bersedih dan sedang tahan sekuat ati menahan air mata dari jatuh..kuatkan ati aku ya Allah di bulan yang mulia ni..

mungkin saya tak mampu tahan lagi benda yang saya simpan sendiri selama nih..biarkan apa yang aku pendam ni ya Allah, aku pendam sehingga ke ujung hayat aku..

p/s: jangan datang kalo datang untuk bagi air mata aku jatuh..aku tak halalkan setiap titik air mata yang jatuh atas sebab tuh..
Continue >>>

kan dah cakap jangan paksa.


aku ni pelik sikit orangnya..aku rasa ramai yang dah tau..kawan kawan blog dah boleh detect..kawan kawan realiti lagi la boleh nampak..hahah..sabaq jela dengan perangai busuk aku nih..aku ni jenih kalo aku kata takmo tu maknanya takmo la..bukan bila aku kata takmo aku mau macam sesetengah pompuan..sory la noo..bila aku kata takmo jumpa maknanya aku takmo jumpa la..harap maklum..

aku boleh nak berkawan dengan baik tapi bila nak jumpa jumpa, nak makan makan boleh but kalo aku cakap tak boleh dan takmo plz la paham aku takmo la tuh..aish..plz..aku terpaksa buat entry ni.jangan pujuk aku, jangan paksa aku..nanti aku muak, aku akan lari sampai hang takleh nak cari aku lagi..aku tatau nak cakap camna lagi.jangan paksa aku..aku bukan orang yang suka nak kena paksa..aku jenih mengamuk dalam diam kalo kena paksa..kalo aku meletup pon hang takkan tau sebab aku akan diamkan diri ja..harap maklum.

oh aku masih fobia weh dan serik sangat sangat bila pikir pasal serious relationship..mulut ja kata mau, bila nak masuk tu jangan harap la aku mau..bila aku terai nak masuk mula la separuh ati aku kata "toksah dok gatai la, satgi jadik balik benda dulu lagu mana?".haaa gila nya serik aku nih..aku takut weh..sekeliling aku tengok dan aku perati jaa..seyes seh aku sangat sangat sangat takut..ha, aku takut gila..camna nak buat neh..takkan sampai bila bila aku nak camni?bagi solution weh kat aku..

serabut milo dah aku ni.tapi takpa..aku ni manusia biasa,, ada perasaan jugak walaupon aku kool bebeh..haha..aku da serik dan aku dah fobia..sakit tu masih ada..gila nya sakit weh..ingat skit skit punya sakit ka..banyakkkk punya sakit aku kena tanggung..tapi nak buat camna ni la idup weh..ingat senang ka nak dapat pengalaman idup camni yang boleh buat aku serik seserik seriknya nih..dasat sungguh..tapi bila aku dah sedia nak move on ada la halangan yang entah hapa hapa..hukhukhuk..

oh kakak aku yang paling aku sayang paling aku rapat dah nak bertunang...betoi betoi twisted punya stori..aku leh ternganga dengaq cita dia..pelik sungguh..aku expect orang len yang jadik laki dia, tapi orang len plak yang sempat masuk jarum..memang mirikel betoi la..apa apa pun tahniah la kakak ku tersayang noo..adeh pasni tekanan kat aku plak..oh tidakkkk...pas akak aku lepas, aku plak..waaaaaaa..jangan camni!!makcik2 kepoh ka sepupu sepupu ka toksah tanya, satgi aku lari p zimbabweh.cis.

ok la..ai nak siap siap nih..nak p jalan jalan cari benda nak makan..ahhaha..

p/s: entry semakin entah hapa hapa..sekian..
Continue >>>

aku tatau nak cita~


sebenarnya aku sangat sangat tertekan dengan masalah yang aku sorang ja leh tanggung..masalah yang aku sendiri sesak nak telan..susah nak bernapas..susah segala gala kalo it comes cross my mind..masa tu badan mula menggetar tanpa henti..kaki sejuk, bibir kering, jantung berdegup laju,kepala berat, muntah kalo ada benda dalam perut..menderita aku kalo terus camni..

ada 2,3 orang yang tau cita tapi they not in the same shoes wif me..so kau tatau apa yang aku tengah lalui sekarang.aku ni kalo korang tengok depan depan memang kool gila, leh gelak gelak..tak caya tengok la nanti..tapi dalam ati aku banyak beban aku kena tanggung sorang..banyak harapan yang aku kena tengok berkecai depan mata..banyak lakonan aku kena pertontonkan kat semua orang..terlampau banyak sayang...

aku teringin nak kongsi tapi aku taktau boleh ke aku nak kongsi kat sini..aku tatau weyh..aku sesak.aku takle nak bernapas..aku takle langsung bila aku sorang sorang.bila sorang aku nanges..mata bengkak, suara serak.tu biasa dah..ok aku kool lagi..

aku kool, aku tabah bila berhadapan dengan punca masalah aku..tapi aku ternanges kalo tercita kat orang..so nak mengelakkan aku nanges aku tak cita..aku pendam sorang sorang..dalam belog tak berani..keluarga aku baca..kalo kakak aku baca..plz tanya adik hang ni..dia ok ke tak..makan ke tak..sehat ke tak..ok kak?

jangan risau..bila aku jumpa korang aku buat biasa2..jangan tanya ok masalah apa aku sedang tanggung ok?buat biasa2 sudah..bia aku hepi gelak gelak sebab tu ja masa aku tenang..kepala ringan..

boleh kah aku terima seseorang yang aku tak kenal langsung?

Continue >>>

its my birthday~


SELAMAT ARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI..



semoga kebahagiaan milik aku satu hari nanti..
tadak sapa nak sambut..takkan dapat apa2 pon..yeay!!
suma da tinggal kenangan..tahun lepas tahun penuh dengan derita..semoga tahun ni aku tabah setabah tabah manusia..


bai...salam suma..
Continue >>>

khalau la boleh~


kalau lah boleh dipusingkan masa..aku nak aku yang 5 tahun lepas..yang tak kenal pon makna cintan cintun mee magi masak kari yang takyah guna daun karipuley nak masak..punya la best...kan best...tapi perkataan kalao tu tak buleh guna kan?tu macam menidakkan takdir kan?ala bukan menidakkan takdir tapi i wish its was true...syok sangat sangat..melompat kanak2 riang..

ok la nak cita kat ampa apa ye arini..ada ke orang baca blog yang tak berilmiah aku ni?aku pon peliktetiba dapat soalan kat formspring tanya aku camna nak dapat visitor yang banyak kat belog..peli la haku..padahal mana banyak pon..aku tau sapa pembaca aku yang setia..aku tau sapa..aku sangat sangat hargai..camna ye nak hargai aku pon tatau..aku bagi giveaway la nanti...nak tak sayang sayang suma?

banyak dalam kepala yang aku nak cita kat ampa semua..tapi kan..lagu mana aku nak citakan ni?tapi kan nak tanya la..tapi lupa pulak nak tanya apa..sangat sangat pening la sekarang dengan life sekarang..rasa macam nak ilang ingatan sekijap..alangkah bestnyaaa..aku rasa best!

kalao la aku leh terbang..aku nak jadik superman tapi aku takmau pakai sependa merah kat luaq..geli nokks..kalo supergirl kang kena pakai sependa renda renda merah lagi aku tak lalu
nak jadik..baik aku jadik bunga kemboja yang wangi la..tapi bunga kemboja selalu orang tanam kat kuboq..seram pulak aih..takpa2 aku nak buat cita cita len plak..

aku jadik diri aku lagi baik..lalui semua yang ada kat depan dengan muka kool abes tapi kalao kawan aku tengok la kan, yang betul betul rapat tau la muka aku tensi kuasa tiga lagu mana..haha..muka perongoih aka muka godzilla on the run gila gila..sabik (*sebab dalam bahasa melayu bakunya) tu la orang kata aku bermuka sombong yak ak aw..fedulik hapa haku!eceh!ayat riak dapat dikesan..sila bertobat nasuha sekarang!!

kulit kepala aku sangat sangat gatal dan bengkak bengkak ni.kena ketit semut gatai dulu..lani dia bengkak bengkak sebab garu pastu ayaq bisa dia naik..pastu bila garu dia pecah pastu dia gatai pastu bila garu dia pedih2 la..nak buat lagu mana ni..gatai sungguh sungguh la..pakai tudung rasa nak ambik jarum pin tu nak garu ja..lagi kental kalo buat lagu tu..

ok la..rasa da banyak sangat merapik..bukan ada kena mengena pun..pelik kan?sudah la sudahhh ku harus pergii jangan kau tangisi haku lagiiii..hahah


p/s: lagi 6 ari...ala weh..tanya la lagi 6 ari apa nak jadik..tanya la..hahah

Continue >>>

life


aku maseh lagi tak boleh ilangkan kesedihan aku...


timaseh kawan2 yang bagi sokongan..sangat sangat berterima kasih..


timaseh banyak banyak...


janji aku akan lebih kuat...terlalu susah nak kuat dalam hal ni..susah sangat tapi idup perlu diteruskan..



Continue >>>

bercakap tentang blog~


hai..lately masalah ati banyak...sory kalo entry2 sebelum ni bercakap tentang perasaan, ati, dan sebagainya..biasala..manusia takkan lari daripada masalah ni kan?macam tu gak aku..sejak dari awal lagi aku buat blog ni sebab nak luahkan semua dalam ni tapi adalah sket2 ditapis..kalo dulu takde la tapis sangat sebab tu banyak entry lepas banyak dah dipadam untuk menjaga nama baik sesapa...sory for that..

i'm so sory kalo ada yang anggap blog aku lemau.takpe tak kesah..memang agak lemau sebab aku bukan bercerita benda benda yang bukan berkenaan dengan life aku..aku tak reti sangat nak cita benda yang fiksyen..yang aku reka reka..sory for that..my blog is about my life..camna aku lalui idup aku sama ada senang atau pon susah...

dan memandangkan aku da takde sapa2 tempat aku nak mengadu..aku banyak mengadu, merintih kat sini sebab aku amat2 perlukan sokongan..kalo takde sokongan aku rasa aku dah jatuh rebah takle nak bangun..i'm different in real life..agak berlainan la..tak le nak expect aku akan sama identiti seperti dalam blog..kalo dalam blog cita pasal sedih, tak semestinya kalo korang jumpa aku nanges2..takkk..aku buat muka hepi gilaaaa...topeng suma tu..tanak la orang yang dekat2 aku risau..so kat blog ni aku jujur sejujurnya tentang ati aku..

suma datang dari ati aku..takde nak ambik ati orang..kalo aku sakit ati, aku cakap kat sini..kalo aku kecewa aku cakap kat sini..i have nobody beside me yang aku leh ngadu setiap jam macam "awak, saya sedih sebab tak dapat makan sate".."awak, saya sedih saya takle nak makan". no! da takde..blaja la sendiri sket...pesanan tuk diri sendiri..

hurm..ok la mintak diri dulu..tak tau napa aku tak de mood nak berblogging..i dunno why..masih ada ke orang yang baca blog ni?

p/s: masa untuk kuruskan badan..
Continue >>>

wow!!!aku menang keta!!


badan tengah sakit sakit sebab semalam aku pikul beg yang terlebih muatan..sakit gilaa...satu badan sakit sampai assignment yang sepatutnya da siap semalam terpaksa ditangguhkan ke arini...ni da siap ni..tinggal satu lagi..gila kan?da nak exam tapi assignment tak siap lagi..ni suma salah lecturer sebab minggu study week baru nak bagi assignment..takpa..kami redha..

ouh semalam kat kan turun kat bukit jalil..jauh gilaaaa aku rasa nak kena naik 2 tren..dengan beg yang berat nya tak tertanggung dek badan aku nih..haaa kat bukit jalil tu kalo korang pasan ada la mamat2 n minah2 yang bagi macam cabutan bertuah yang bilamana kita bukak sampul tu kita dapat diskaun apa2 ka adiah ka apa..

sebabkan aku tensen asik kena tahan sampai kena tarik2 tangan aku bentila sat bukak n korang tau aku menang pa???aku menang keta!!uiyooo...menang keta wa cakap lu...gila takde respon pape kat muka aku..koooooooooooooooolll gila muka aku padahal suma mamat2 sua tangan nak bersalam ngan aku sebab aku menang adiah besaq!!adiah keta tu!!wow!!abes tangan aku tercemar salam dengan mamat2 yang bukan muhrim!!aku terpaksa salam...aku tak salam dia ambik tangan aku sendiri salam..nak tanak kena salam..aish..nyampah gila!!n saat tu aku rasa nyesal gila benti..

ouh ada yang tertanya2 tak aku da bawak ke keta tu??mana ada aku bawak pusing2 weh...kena bayar 3 ribu tu kalo nak tuntut adiah tu..ingat aku bodo ke nak bagi 3 ribu yang aku sendiri pon tadak jumlah t..kalo ada pon tak mungkin sama sekali aku nak bagi kat depa...huh..nampak sangat la nak menipu..sory la aku tak terpedaya.n kalo betul pon benda tu tak apalah..aku redha sebab aku tak percaya langsung dengan benda2 tepi jalan ni..sory la kalo ada yang jadik ejen tu..sory la ye..sory sesangat tak berminat..

ok la..aku da terlepas nak dapat keta!!keta besaq lak tu...takpa..takpa..AHAHAHAHHA...

p/s: kalo dapat leh la nak strike senarai harapan tu..tapi tunggu la dulu..
Continue >>>

camna nak pakai shawl bagi muka bulat jadik lonjong weh?


lupakan pasal entry sebelum ni yang aku da buang da pon..hahahah..aku meluat gila ngan orang camtu..hahaha..ok2 da..jangan semakkan kepala korang yang tak sempat baca aku tulis pe sebelum ni ye sayang sayang semua..jangan pikir ye sayang sayang semua..

tadi pegi tengok tutorial pakai shawl ala2 arab kat blog huda, memang arab abes..lagipon dia memang keturunan arab..lawaaaaa la dia..hehe..huda, awak bukan comot tapi jelita..

link yang si cantik ni bagi aku try la bukak..memang banyak tutorial yang sorang pompuan arab ni bagi tapi memang agak daring la kalo aku pakai dengan muka bulat bak timon cino ni..(tembikai ni..ntah napa orang pantai timur panggil timun..hehe)tapi aku memang la tak sesuai pakai sangat sebab adoiyai muka yang petak bersegi ni memang tak sesuai kot..

muka aku bersegi la..hurm..bukan bulat tapi bersegi sebab tu ex aku tak kasi pakai selendang..muahahah..sekarang takde sapa larang baik aku pakai..waahahah..try pakei dalam bilik..dengan muka busuk2 p try pakai..punya busuk ini budak..heheh..

kantoi pakai baju kelawar pulak..hahahah..abaikan pelis..korang imaginasikan tu baju blouse yang ada bling2..tau korang tau..
memang bulat..camna nak bagi ilusi muka tu bujur lonjong aa weh??help!help!

p/s: need bantuan pernapasan pemakaian shawl yang tak bulatkan muka..

Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010