Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

The silent Mentor Versi Forensik


Assalamualaikum...cik less (violetless) sudah menginvite ai untuk menulis... takmau banyak cakap ni cik less nak kongsikan. Ai bukan penulis macam cik violetless ni jadi harap maklum bahasa yang aku pakai. 1ST posted on FB note under my account... 

Cerita ni waktu ai rotation forensik di RSCM, sebuah hospital yang terkenal di Jakarta. Kebetulan pada waktu note ni ditulis, keluar documentari tentang silent mentor di Majalah3.

Belajar dari mereka yang tak bernyawa. 

Kita belajar sebagai hamba kita tidak dapat menjangkakan bila kita akan pergi, dalam keadaan apa kita akan pergi, sebagai seorang islam atau sebaliknya, sempat atau tidak kita mengucapkan kunci syurga itu. Menginsafkan Kami mengistilahkan mayat adalah tamu, bahasa sopan untuk mereka yang sudah pergi. Setiap pagi, kami melewati kamar autopsi, kadang - kadang mengintip. Kadang - kadang sudah ada tamu yang baru dikeluarkan dari freezer semenjak subuh untuk dibiar cair buat pemeriksaan autopsi. Kadang - kadang melihat tubuh kaku itu, terdetik sayu di hati. Iya, mereka tidak berteman. Roh mereka masih di situ (ada beberapa sumber mengatakan begitu, namun kesahihannya diragukan). Mereka masih merasakan sakit, sebab itu bila memandikan jenazah kita harus memperlakukan dengan lembut, katanya air jirusan itu pun sakit (aku tak suka berkongsi sesuatu yang tidak pasti... silakan mencari yang ahli dalam bab2 ini yer).

Selesai pemeriksaan, aku lihat wajah keras itu perlahan - lahan air dijirus dari paip menggunakan kelajuan perlahan. " Perlahan - lahan ya," bilang kang Firman, petugas disitu. Aku tambah sayu, usianya sekitar 20-an, berwajah tampan berbadan tegap, mungkin bermasa hadapan cerah. Kadang - kadang aku meminta maaf "Maaf... aku terpaksa lihat aurat kau... aku tahu kau malu," sebab aku teringat cerita mak aku yang mayat juga masih ada perasaan dalam beberapa waktu selepas dia meninggal dunia. Aku belek tangan dia, dada dia, kadang - kadang meremang bulu roma aku, bukan takutkan tamu tetapi aku takutkan Allah swt. Takut Allah swt mengambil aku dalam keadaan tidak bersedia, mungkin juga aku akan berbaring di tempat tamu itu. Nauzubillahuminzalik... jadi sebaik mungkin aku memperlakukan tamu itu tamu sebenar - benarnya.

Kadang - kadang juga aku tutup mata, aku mempunyai simpati yang tinggi. Cepat simpati dengan orang tetapi susah sekali untuk aku keluarkan air mata disebabkan itu bila di hadapan mata, kalau depan tivi dah meleleh, mungkin kerana cuba untuk professional, cuba meletakkan perasaan di tempat yang terakhir. Tapi hari itu hari yang sibuk, ada satu autopsi kepada seorang pakcik tua ini di meja autopsi 4. Jam 11 pagi, ada tamu perempuan... jarang sekali kami menerima tamu perempuan. Aku jadi teruja... wahhh... ada tamu perempuan, teringin tahu COD (Cause of Death) dia. Aku pun beranjak dari meja autopsi ke meja tamu perempuan tersebut. Terus aku telan air liur.

Terkilan...
 Mangsa merupakan mangsa rogol dan pembunuhan. Mukanya bengkak, badannya penuh dengan lebam. Di tengkuknya ada kesan gigitan. Maaf walaupun ini cerita kepada kalian di Malaysia, kami tidak boleh mengeluarkan cerita secara detail kepada orang dr luar department. Aku juga melihat laporan kes Manohara...yang intinya juga tidak boleh didedahkan kepada public. (Manohara, department yang aku masuk hari itu yang handle). Kembali kepada kes perempuan tadi, aku tak sanggup lihat wajah dia. Di bahagian abdomen di atas ari - ari aku lihat ada penonjolan. "Mungkin wanita ini hamil" lagi bertambah sayu aku. Heboh hari itu dengan unit identifikasi dari polis datang dengan kamera dslr, department gigi datang untuk mengambil sampel bekas gigitan tersebut. Aku berdoa semoga orang yang melakukannya ditangkap sesegera mungkin. 

Kalian wanita jagalah dirimu. Aku tak mahu jumpa kalian dalam keadaan seperti wanita tersebut. 

Tok tok tok. "Ada tamu... PL (Pemeriksaan Luar) ya, ketuk petugas dari lantai bawah. Aku bangun pakai tudung, mata sudah kuyu. Layu rasanya mengambil sarung tangan, dan masker... mataku masih tertutup mengantuk, melihat jam sudah jam 2 pagi. Awalnya tamu datang tapi kenapa sekarang? kenapa..... baru nak terlelap. Pakai apron plastik yang selalu kalian lihat penjual ayam dan daging pakai. Kemudian, turun selangkah demi selangkah ke kamar autopsi. 2 meter dari kamar autopsi, mata aku terbuka luas, hidung kembang kempis. Bauuuuuuuu....

Tamu itu tidak datang sendiri, dia datang dengan ulat - ulat dan lalat. Terbaik... tetapi aku masuk seperti biasa berdiri di samping tamu. Perut sudah kembung, mata sudah tersembul, kulit sudah tertanggal dari lapisan bawahnya. Warnanya sudah hitam, di tubuhnya sudah ada marbelling jelas sekali. Hidungnya sudah hancur. Walaupun baunya hanya tuhan yang tahu tetapi kenapa aku tidak berganjak sedangkan junior2 aku sudah dua tiga kali keluar masuk ruangan. Sebab... aku set otak aku " Ini tidak bau... bau ini biasa akan jadi biasa akan jadi biasa" dan sebab itu aku masih disitu. Sehelai demi sehelai bajunya ditanggalkan. Setiap poket tamu diperiksa.

 Ada biskut, ada duit, ada dompet, ada kad hospital. Yang terbayang di mata aku adalah dia adalah seorang tua yang sendiri, tidak punya isteri atau anak, berjalan2 masuk ke kedai seven eleven atau kedai 24 jam, beli biskut untuk lapar nanti (Sebab beliau orang yang agak gempal). Sebelum meninggal dunia. --end case-- 

Aku paling sedih melihat tamu yang datang meninggal pada waktu mereka mencari rezeki. Sebab aku terbayangkan keluarganya menanti dia di rumah. Kapankah mereka mendapat kabar saudara mereka yang mencari rezeki ini sudah tidak ada. Ada satu pakcik ni buat aku nak menangis, tapi seperti biasa aku cover, tubuhnya terbahagi dua, dilanggar lori, ususnya sudah keluar, hatinya hancur. Aku sedih melihat wajah tua itu sambil membayangkan dia mengayuh basikal sebelum dia tahu dia akan pergi dalam keadaan mcm tu atau sebelum dia dilanggar lori. Series sedih...

Tapi aku lebih sedih kalau tamu datang dengan makanan disamping mereka. Sama seperti autopsi seorang pemuda ni, aku lihat masih ada nasi, sayur, lobak di dalam perutnya. Ya Allah, siapa tahu pagi tadi dia sarapan, mungkin bersenyum tawa dengan rakan dan taulan, dan tak sampai 2 -4 jam selepas itu dia ada di hadapan aku. Lebih sedih lagi bila aku tengok label dia MR X, dia meninggal dalam keadaan tidak dikenali...  

Persepsi

Kadang - kadang orang akan kata " Orang tu dah mati lemas buat apa nak autopsi lagi?" itu yang difikirkan oleh orang awam, tapi aku dari dulu tidak setuju sebelum aku masuk ke dalam perubatan lagi dengan pendapat orang awam itu. Walaupun kita sebagai orang awam tidak melihat itu sebagai satu keperluan tetapi dari segi peradilan ia adalah sesuatu yang perlu. 

 Persoalannya 
1. Apakah dia mati dahulu sebelum dia masuk ke dalam air, atau dia memang mati di dalam air? 
2. Dia mati dahulu sebelum dia masuk ke dalam air:- bagaimana cara kematian? dibunuh? sakit? 
3. Adakah tanda2 pergelutan pada tubuh mayat?

Itu tugas forensik :- Ilmu kedokteran yang membantu dalam pengadilan sebab yang tahu/ahli /specialist terhadap tubuh manusia adalah doktor, sebab itu perlu untuk mendapatkan pendapat doktor adakah kematian/luka/keracunan tersebut wajar atau tidak wajar. 

 Jadi sebelum anda meracuni fikiran tentang autopsi cuba berfikir out of the box. Kalau dulu, aku tidak setuju dengan pendapat awam tersebut tetapi tidak tahu sebabnya, sekarang aku sudah belajar, dan aku tahu kenapa ia perlu. Kadang - kadang kami temukan perkaran yang tidak dapat dilihat dari luar. Macam satu kes ini datang kepada kami dengan surat arahan untuk pemeriksaan luar yang dicurigai akibat luka benda tumpul tetapi yang kami temukan ada luka tusuk akibat benda tajam. Sampai kami akhirnya melakukan pemeriksaan dalam dan menemukan bagaimana lelaki itu meninggal dunia. Luka tersebut sudah menusuk ke aorta abdominalis, menembus paru. Lelaki itu muda... mangsa pembunuhan... aku masih ingat wajahnya. 

Di sini ada perbahasan tentang hukum autopsi di dalam islam... sila silakan melayarinya http://aliboron.wordpress.com/2010/10/26/hukum-bedah-mayat-autopsi/ 

Forensic Department yang menarik. Lebih baik bekerja dengan orang mati dari orang hidup. Itu yang aku pikir dan banyak yang menarik... Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah apabila dapat tamu keras, dari perkumpulan Tuna Indonesia. Kalau cakap pasal TUNA kalian tahu la kan mcm mana keadaan tamu tersebut. Ya... dari freezer, dan aku terbayangkan freezer yang taruk ikan tuna tu. Apa yang menariknya? mayatnya sudah tidak berupa, tinggal tengkorak, dan sudah menjadi adiposera (badan menjadi berlemak, salah satu cara pembusukan mayat) tetapi barang disampingnya sekilas berbau wangi. Siapakah dia? kenapa barang itu sekilas bau wangi sedangkan beliau sudah berbau? yang pasti dari tengkoraknya, dia bukan orang Indonesia (sila tengok bones.. ya that bones thing happen here). Kalau pasal seram tidak lah seram sangat... cuma bau mayat tu sepanjang malam berbau. Sampai waktu makan lepas tu jilat jari bau mayat. Cuma benda2 macam tu janganlah dilayankan sangat lepas tu cerita kat junior "Awat kak ainun cerita... kami dah takot... pastu boleh pulak dia kata buat dunno ja," hahahaha. Habis tu? nak buat apa? relax sudah. Gi tandas sorang2 tawakal sudah la. Setiap kali tu mesti terdetik kat hati "Hang boleh bau, hang boleh bunyi... hang jangan tunjuk muka hang kat aku ja... hang tunjuk aku pengsan," hahahhaha. 

Ya... I'm thinking to be specialist in Forensic after Obstetric and Gynaecology. 

dan Forensic menjadi penutup kepada rotation aku disini. tarikh 7/7/2012 menjadi hari terakhir aku bergelar Dr Muda atau co-Assistant specialits. 

M goin back to Malaysia for Ramadhan. Goin back for good after Perlantikan doktor ceremony after this RAYA insyaAllah 

Salam...

VIOLETLESS sila edit yang mana yang tak perlu yer... aku cuma copypaste dari FB saja. 


Continue >>>

kehilangan kakak II


baru ada kekuatan nak menulis pasal ni..atau lebih mudah menyambung kisah ni kembali dengan harapan takkan nanges masa menulis ni..atau dengan kata yang mudah..aku tak sesedih masa memula tulis pasal ni... how to start back?

sepanjang perjalanan aku pakai shades even dah gelap jalan tu sebab mata aku terlalu bengkak dan aku malu nak tunjuk. segan dengan adik aku sebenarnya aku nanges teruk sangat. aku pon tamau dia terganggu dengar aku dan tengok aku nanges. laki takkan tunjuk air mata dia..cuma sepanjang perjalanan dia senyap kecuali kawan dia tepon napa tak jadi jumpa. dan dengan nada sangat perlahan dia jawab " kakak aku meninggal...." then offkan phone.

aku tak off sebab sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap minit adik beradik aku kol, sedara kol nak make sure aku sampai sebelum kakak aku dikebumikan. dan setiap saat aku doa aku sempat sampai sebelum kakak aku dikafankan. doa aku termakbul.

sedikit info tentang kakak aku:

kakak aku dilahirkan normal, dan pada umur 3 or 4 tahun dia jatuh buaian or tangga aku dah lupa dan otak dia cedera dan menyebabkan umur mentalnya terhenti pada umur 7 or 8 tahun macamtu. dia tak boleh nak pikir selogik umur kronologi dia. umur kronologi is umur mengikut tahun kita dilahirkan.means that kau dilahirkan 1987 so umur kau 24 tahun dan umur mental kau berkait rapat dengan umur.mungkin lebih matang dari umur and sort of. dan kakak aku umur mentalnya terhenti di situ. dan menjadikan dia OKU.

masa aku sampai kat rumah, masuk ikut dapor, dan tengok orang tengah mandikan kakak aku. terjelepuk kat situ. dan aku tak salam dengan sesapa pun. terus aku ke depan jumpa mak aku. mata dan berkaca gila dan aku tatau nak react macam mana time tu. mak aku just senyum nipis dan cakap dengan mak ngah aku " yang paling kuat mengusiklah yang nangis teruk". aku paling kuat mengusik kakak aku ni..kakak aku tak suka aku kalau aku balik umah sebab aku suka buat dia marah. maaf kakak. aku suka buat dia marah aku sebab aku jahat. aku suka bila dia marah, dia akan juih2 kan mulut dan cakap "dayah toek, dayah toek." dan aku gelak jahat dalam ati. Ya Allah jahatnya aku..

aku bangun ke dapur semula, dan tengok orang mandikan kakak aku. badan arwah kakak tinggal kulit dan tulang ja.kurus sangat. ( adoi, ternangis jugak. teringatnya aku...tahan2..abeskan entry ni). lepas tu, aku terduduk, aku menangis macam tiada esok bagi aku. aku sungguh2 nanges sebab aku dah tadak kakak nak mengusik. tadak kakak yang aku tido sebilik. tiada peneman aku dalam bilik. kami kongsi bilik berdua. teringat bunyi ketap gigi dia masa tidoq. kakak, i miss u so much.

dan ada yang datang tenangkan aku tapi aku takle nak berenti nanges. masa arwah dikafankan. masa nak tutup semuanya. aku sapu air mata aku, tahan. dan cium arwah kakak. sejuknya dan kerasnya. tulang semata. dan terdengar kakak aku lagi satu cakap " kesian kat kak linda, tahan air mata." aku ternanges tanpa sedar rupanya. aku rasa aku dah tahan secukupnya tapi still takle nak tahan masa cium. aku tak sempat nak mintak maaf dengan dia. terkilannya aku..aku tak sempat jumpa masa raya sebab aku sibuk beraya dengan kawan-kawan. dan akhirnya, aku jumpa balik kakak aku time nyawa dia dah diambil. bodohnya aku YA Allah. maafkan aku ya kak linda?

lepas tu, kakak dibawa ke kubur. aku nanges tak henti henti. kakak aku lagi sorang mintak aku temankan dia ke kubur. kami bertiga sekali dengan adik perempuan aku ke kubur. kami tengok dari jauh kakak dikebumikan. kami pandang dari tepi. biar semuanya selamat dulu. kakak aku lagi sorang ni sangat terkilan. sebab masa tengah hari dia marah kak linda sebab lambat. dia nak bawak ke klinik sebab kak linda dah seminggu makan dan muntah. mungkin dah habit kakak aku yang ni suka tinggi suara. kak linda masuk kereta dan lambai lambai kat mak aku. mak aku sebenarnya mak tiri kepada kakak-kakak aku. kak linda nak balik umah nenek sebelah mak kandung dia. btw mak kandung dia dah meninggal semasa lahirkan kakak aku yang bongsu.

dan masa tengah hari tu, kak own aku bawak kak linda ke klinik dan doktor check semua ok. just bagi vitamin. lepas tu. balik umah nenek, dia baring kejap. dia mula lemah. kakak aku masak nasik dan kejutkan dia nak suapkan nasik dan kak aku tak bangun dan terus senyap tanpa ada bunyi nafas dan gerakan kat dada tanda dia dah pergi. kak own aku gelabah dan terus panggil ambulan dan dah terlambat waktu tu. diorang cakap kak linda dah tadak. dia ralat sangat sebab dia marah kak linda.



baju dia pakai pagi tu masih elok ada kat tepi katil bilik aku. aku tak sampai ati nak ubah..masih kat tempat tu masa aku pulang ke kl.



tunggu sampai talkin abis dibacakan. dan bila dah semuanya selamat. kami ke kubur. dan hadiahkan al -Fatehah. ditemani abang aku. dan tunggu sampai semuanya redha dengan pemergian kakak aku. abah dan pakngah tunggu kami di luar kubur. dan kakak aku nanges mengogoi sedih sebab kubur kak linda jauh dari kubur arwah mak kandungnya. jauh sikit ke hujung, kubur mak kandungnya di tengah tengah. abah aku tak boleh nak sembunyikan perasaan sedih dia, nampak abah aku lap air mata dengan hujung baju melayu. 2 perempuan yang dia sayang, dah pergi..

aku? balik rumah, baring dan bila pejam mata, satu-satu benda muncul kat mata. dan akhirnya nanges sampai basah bantal. kak own kat sebelah ikut sama nanges dan kami berdua bangun dengan mata yang sangat bengkak dan kepala rasa macam nak pecah. pening sebab terlampau banyak menangis.



dan satu satu ingatan aku kat kakak aku terbayang kat mata waktu ni. dan air mata masih mengalir, dan kakak, al- Fatehah. kami merinduimu. tenanglah di sana. moga syurga tempatmu kakak.

bila difikirkan balik, Allah ambik awal-awal kakak aku mungkin tamau kakak aku menderita. dia tinggal kulit dan tulang, jari jari dia tak boleh di bengkokkan, rambut makin gugur. apa yang dia makan senang ja keluar, tak tinggal langsung dalam badan. mungkin di sana dia lagi tenang. lagi bahagia.. kita tatau masa bila kita akan diambil. dan semasa nyawa kakak aku diambil, tak sedar pon. dalam tidur. tak perasan dia dah pergi walaupun dia sebelah kakak aku lagi sorang masa tu.


dan aku akhiri entry ni.. dengan air mata berjuraian dan berharap sesiapa yang membaca entry ni menghadiahkan al-Fatehah kepada kakak aku dan doakan syurga tempatnya. aminn ya rabbal alamin.
Continue >>>

i have to work, i've got to work.


ni entry meluahkan perasaan terbuku di dada.

saya perlu bekerja, saya mesti bekerja disebabkan saya tau saya ni dah malu nak mintak duit kat mak abah walaupun belum habis belajar. ye, saya malu. saya ada rasa malu nak mintak duit ngan mak abah walaupun kadang kadang selamber badak ja mintak tapi masa mintak tu tebalkan muka nak mati dah mintak duit. so, disebabkan perasaan malu, aku nekadkan ati tuk bekerja.

so, sekarang aku bekerja sebagai ehem di ehem. takle cita sebab aku rasa tak penting untuk orang tau keja tak seberapa aku ni. disebabkan keja ni, aku banyak kena terima makian orang yang aku rasa tak penah aku terima banyak camni selama aku hidup. aku terima dengan lelehan air mata di pipi. tapi aku sembunyi. aku in the first row, so tak molek orang tengok mata merah, hidung berair. kann?

sebenarnya keja ni sangat penat. walaupun kadang kadang dok saja memerhati orang. "eh, pehal orang tua ni pakai camni", "eh pehal mamat arab ni kenyit mata kat aku", dan sebagainya. keja yang tak buleh duduk, keja yang memujuk dan keja yang aku rasa aku sangat penat aku nak buat. sebab aku nekad, sebab aku tak tahan dengan sindiran orang. aku gagahkan jugak keja.

disebabkan keja ni, aku banyak merungut kat orang yang aku rapat. aku cita apa yang jadik, apa yang aku kena arini dan sebagainya. disebabkan ni jugak, aku down. aku cita sebab aku nak ringankan beban dalam ati dan otak sebab aku buat keja ni terpaksa dan bukan ikhlas dari hati. aku TERPAKSA bekerja. dan rungutan tu akan ada. ya, aku berharap orang yang dengar rungutan aku tu akan bagi aku sokongan, angkat aku bila aku jatuh, dan ternyata aku silap. aku dijatuhkan lagi.

aku dijatuhkan dengan ayat yang amat pedih bagi aku terima. sebab aku ni perasa orangnya walaupon nampak macam kebal terima apa yang orang ngata aku. tapi aku ni ati tacing sebab tu aku nekad keja walaupun dalam ati aku pulun tamau keja. sebab aku masih belajar, aku masih ada banyak kelas aku kena tumpu, aku ada life yang aku nak enjoy. tapi aku ketepikan benda tu sebab duit dah jadi keperluan. aku bukan ada suami nak tanggung hidup aku. takkan dalam umur camni aku nak mintak duit lagi. walaupun aku ni dicop muka mengabehkan duit orang. ye, aku sedaq aku kena pegang duit sendiri dah dalam umoq camni. tapi.... aku belum abeh belajaq. hurm. paham la sket. jangan la sindir bila kawan umoq aku dah ada keja tetap, dah ada keta suma. aku LAIN.

dan tolong jangan DOWNkan aku lagi. dan aku rasa aku takkan merungut, or mengadu bahasa mudahnya kat orang lagi. sebab keputusannya amatlah menDOWNkan aku. bengkak mata nanges sebab ni. aku korbankan tak berpuasa dirumah, aku korbankan balik raya pertama dan bukan beberapa ari sebelum raya, aku korbankan masa aku dengan family, aku korbankan banyak benda. ingat tak sunyi ka bila dok umah sorang sorang? ingat bes ka bebuka makan sorang sorang? ingat bes ka dimaki ari2? ingat syok ka dengaq sora mak sayu kita takdak kat umah? ingat aku nak ka suma ni??

aku tahan keja kat situ dengan satu niat. takmau nyusahkan mak abah aku lagi. tapi malangnya, aku silap mengacom kat orang. patut simpan sorang sorang. takpayah mengacom. kan dah kena "tadak otak ka nak keja kat situ lagi?". hurm, tempat tu ja aku rasa senang nak keja. dekat. tapi satu tu jela. kena tahan makian. mungkin aku tadak otak, mungkin aku kena cari tempat keja lain. tapi aku tahan sebab janji aku. janji aku kerja sampai 9 oktober. tu janji aku.. aku bukan jenis orang yang senang senang buang janji sebab pentingkan diri. tu bukan aku. aku rasa sangat tak selesa bila aku kena mungkir janji.


sangat penat bila masalah satu satu datang dan tadak orang yang mampu bangunkan aku semula. kalau tak mampu bangunkan aku, jangan la jatuhkan aku lagi sampai aku tak mampu bangun sendiri. TERIMA KASIH.
Continue >>>

ni la dinamakan life~


aku suka ko tapi ko da ada yang punya..

so..its time for me to go..
Continue >>>

dun make babies if u dun want them!


aiseh..sedih la ai pas tengok baby-baby comel kena buang camtu je..hurm..aku nak letak gambaq baby-baby yang kena buang dek maknya pun aku tak sampai ati nak letak..sedih la..takde ati perut ke maknya ni..hurm..kadang-kadang bukan dia nak buang anak dia tapi malu nak menjaga anak dia yang buat orang tu buang..aku rasa la..malu lagi penting dari nyawa..haih..

jarang aku tulis pasal benda2 donia dalam blog ni..tapi ntah rasa sedih tengok baby2 ni..da la..dun make babies if u dun want them! kawen la kalo tanak anak luar nikah..hurm..jadikan anak dalam nikah..kan ke best..aku tulis seolah-olah aku ni baik sangat kan?but the truth is aku tak baik sangat cuma aku sangat2 suka dengan baby..tengok anak-anak sedara aku buat aku rasa sayu je napa ada orang yang boleh buat sekejam mungkin kat baby..

napa orang yang nak anak sangat-sangat tak dapat?contohnya sepupu aku..diorang da lama kawen n da macam2 cara buat nak dapatkan anak tapi sampai sekarang tak dapat2..macam2 da diusahakan tapi rezeki maseh tak menyebelahi diorang..hurm..sian la aku..kalo ko tanak anak bagi la kat orang yang nak..kan?kan?

aku penah lawat rumah anak yatim yang dalamnya ada jugak ditempatkan pompuan yang terlanjur yang tengah preknen..muda-muda lagi suma..ada yang baru tingkatan 3..muka budak2 lagi dah ada baby..comel je baby diorang..comel sangat2..tapi kita yang tau anak ni anak lua nikah rasa sayu tambah2 kalo anak tu anak pompuan..hurm..aku takle la..aku rasa sedih sebab aku denga kawan aku ada yang da terlanjur n ada anak..tapi mujur dia kawen pastu..tapi tula anak tu tetap anak lua nikah..

ok da la..rasa lain bila tulis pasal ni..

p/s: balik penang minggu ni tengok anak sedara baru..abes la baby kena cium dengan den ni ha,..
Continue >>>

as easy as a..b...c...


entry sebelum ni agak berbaur kemengamukan yang melampau..ni jadik sebab idup maseh tak normal..aish~macam-macam timbul at the same time n last week was the week full wif depression, work and frustration..n when u reach some level that u find it so difficult to pull out yourself then u'll be juz like me..in reality i'm quite patience handling my life issue..seriously..blog juz the expression of thought n feeling..nothing much..cakap tuk legakan ati..in reality aku bukan orang yang akan mengamuk tak tentu pasal..eventhough some1 make me feel worst n u make me dun have the guts to look in the people's eyes..

yup..the truth is in reality i seems to be the strongest girl ever..but to my closest fren i'm the spoiled girl ever..yang banyak mengadu..yang banyak nanges..yang banyak nak paw itu ini...yang nak askem 2 kupang ari2..(kan yang kan?..ko tgh baca blog aku..aku tau..)bukan jugak senang nak pull out the real you after been snatch by few people who hates u the most n in front of u she/he pretending to help or give their hands to u..but the truth is..they juz find a way to make u suffer even more..

aku tau ramai gak yag akan muak..but sesiapa je yang penah ras dia akan tau..juz imagine slama 4 tahun there's someone by ur side yang ada je tuk ko..n sekelip mata takde?ko rasa ko leh trima ke?takle kan?tetiba ilang benda yang begitu penting dalam idup ko..hmmm..entry lumut yang buat aku nanges semalam..haih..kata2 pengomen dia memang aku rasa aish tul ke ni?hmmm..

"ko cuba tuk jadik sekuat mungkin,terbang setinggi mungkin tapi bila kenangan lama datang, ko jatuh laju je ke tanah.." ha..tu aku rasa..the feeling that i felt..hurm..yang sudah tu sudahla..yup..ramai yang akan camni..tapi the truth is memory that remains really makes u suffer..really suffer n it become worst dis days..tak tau napa..

p/s: sory..ruang komen terpaksa aku tutup..
Continue >>>

kadang2 idup kaler gelap,kadang2 idup kaler terang..


aku takdak idea nak conteng2 kat sini..akhir2 ni aku takda mood sket sebab masalah datang bertimpa2..adoila..macam2 masalah..dari kewangan sampaila masalah emosi..huhu..

aku cita pasal ahad lepas jela ey..ahad lepas aku merantau p shah alam sorang2..sedih plak bila tulis ayat sorang2 tuh..adess...banyak benda baru aku belajar sejak sorang2 ni..sebab dulu aku mana berdikari sangat pon..suma suh ehem2..ni da sorang2 aku banyak belajar buat sendiri takyah mintak tolong..

aku g shah alam sebab nak cari keyboard..bukan keyboard komputer ey..keyboard yang piano tu..kawan aku kata ada kat tesco shah alam..aku pon gigih la p shah alam cari..nak yang murah punya pasal..kat sini beratus2 tu..mana mampu..adoi la..jenuh aku pikir nak korek duit kat mana..naseb bek ada suit simpanan sket..makin sket simpanan aku..adesss.takpa2..berjimat2..

tapi sampai shah alam tu aku suh kawan aku ambik..senang sket merempit ngan dia..lama aku tunggu dia..sejam gakla..nak buat cmna aku ni kenderaan takdak..terpaksa mintak tolong dia jap..fiz,timaseh ey teman aku..sayang hg ketat2..hehehe..p cari tak jumpa plak keyboard tu..pastu kawan aku tepon cakap nak kirim ke tak..aku kirim jela..so aku da dapat keyboard..ssh payah ja aku p sana tak jumpa pun..adoi la...abis duit den..

hmmm sebabkan tu aku lepak umah dia sat n malam baru aku balik..seram gak balik sorang2 malam2..ala rileks ler..kena la biasakan diri kan?aku kadang2 malas nak kuar tapi tengok kawan2 kuar aku rasa sunyi so aku kuar la jugak walaupon sorang2..senang,takyah kaco sapa2..nak tengok wayang pon sorang2 jugak.takyah gaduh nak tengok cite ape..kan?kan?(ayat sedapkan ati)

ok la aku malas nak merepek sakan..caucincau..

p/s: aku tak ready nak start hubungan baru..sory..
Continue >>>

kuala lumpur~ home sour home..


aku tak suka balik kl..

banyak sangat kenangan aku kat sana..aku nak padam suma..

sok maybe aku akan teresak2 sorang2 kat pudu...sila jangan pelik kalo ada pompuan cun yang sedang menggosok2 idung membuang mukus kekuning2an..huhuhu

ok la..tu je nak update...
Continue >>>

jangan rindu aku, aku tetap g komen korang n klik tp aku takkan tggl jejak..


aku sangat lemah mental n fizikal...so takde entry buat 2,3 arini..gila jap n membizikan diri dengan kerja yang mula ada..

thanks sapa yg klik..aku klik balik cuma aku tak tgglkan jejak je ye..korang jgn risau..


Continue >>>

kecewanya aku...


kecewa tul aku arini....=(
semalam da la aku teredit blog aku sampai abeh suma ilang..kena bt balik..
kul 3 pagi baru aku tidoq..

..............

td lak kul 12.25p.m td kakak aku ym tnya nak g sabah tak?tiket tgh murah rm140 je pegi balik..aku apa lagi suka yg amat la..disbbkan aku takdak duit,aku call la abah aku mintak sponsor kan tp abah aku cakap "no money no talk"..aiseh speaking london bapak aku nih..waaa..da kecewa sket da...

pastu abah tnya nak cakap ngn mak tak?aku cakap la nak...mak tnya napa tepon..huhuh..cm tau2 ja mak aku nih..aku dgn sora sedih pon cakap la aku nk g sabah jugak tuk konvo kakak aku kat ums tuh tp abah cakap takdak duit takyah g...mak tnya brapa harga tiket pegi balik...aku cakapla murah je rm140 pegi balik..mak cakap "ok mak sponsor"..
sukanya aku..rasa nak melompat ja atas katil nih...

pastu aku ym kakak aku cakap ok leh g..aku tnya tarikh lak..7/10-14/10...waa aku ada kuliah time tuh!!cmna aku nak g??!!waaaa....kecewa gilalalalala aku nih...da boleh g ada kelas plak..melepas aku nak naik kapal terbang!aku da la tak nah naik kapal terbang..waaaaa..

p/s:muka aku cmni sekarang =(
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010