Shaklee Product: ESP


salam. lama tak update blog ni. ni nak update la sikit. sekarang ni dah berjinak jinak nak berniaga untuk tambah pendapatan la kiranya. dan setelah banyak kajian dilakukan dan perah otak nak jual apa. makanya timbullah niat nak jual shaklee sebab produk dia sangat affordable dan boleh dibeli oleh golongan marhaen cam kita ni.

so, kita mulakan dengan produk shaklee yang ramai jatuh cinta bila makan sebab sangat lah banyak dia punya faedah dan dia punya khasiat. no worries setakat ni takda lagi yang makan shaklee dia bagi efek tak baik kecuali dia ambil dalam dos yang tak disarankan lah.

ESP ni produk hot dalam shaklee ni. tapi saya rasa nak ambik dia punya chewable vita c pulak. cam sedap. hehe. meh kita tengok apa ESP ni boleh bagi nutrisi pada badan anda anda andaaaaaaaa..

see. banyak kan kelebihan dia kan? esp ni bukan didatangkan dalam bentuk pil. dia bentuk serbuk. kena bancuh. bancuh la dalam apa2 minuman yang ampa suma suka. tapi jangan air panas dan berkafein sudah. bancuh satu sudu saja dah cukup.

siapa boleh ambik ESP ni?

*ibu menyusu boleh untuk tambah susu badan.
*orang yang ada penyakit kencing manis (disarankan bancuh dengan air masak je k, jangan air manis)
*orang yang ada penyakit tekanan darah tinggi
*yang nak kurus cam saya ni pon boleh ambik ESP ni. no worries. minum sebelum makan (bergantung kepada seseorang jugak)
*orang yang sentiasa nakkan tenaga
*dan untuk kesihatan jantung dan kulit kekal cantik dan ayu. ha gituh.

jadinya, kepada sesiapa yang berminat boleh roger. whatsapp saja. jangan memalu ok?

yaya aziz: 0134664909
id shaklee: 1000242

harga memang kasik harga terbaik. jangan risau k?

ok have a nice day everyoneee
Continue >>>

the ripped-your-heart-out song


dont listen to this song if u were heartbroken.

this song is just amazing and heart-wrenching at the same time.

beautiful and heartwrenching at the same time.



enjoy. and here, some tissues.
Continue >>>

cara pemakaian tudung/selendang bagi jenis muka


panjang tak tajuknya?

sebabkan entry bagaimana cara nak pakai tudung/selendang mengikut jenis muka sangat lah mendapat sambutan. bagi yang sedia maklum dan kenal dengan aku, aku mempunyai bentuk muka yang bersegi dan sangat lah tak sesuai kalau nak pakai tudung syria. nampak lagi lebaq dan aku rasa seperti pinggan berjalan atas muka. so, aku lebih sesuai pakai selendang atau shawl dan tutup segi di muka. dan memberi efek runcing kepada muka (walaupun tak runcing mana)

ni aku bagi panduan camna nak pakai tudung/selendang ikut bentuk muka. bawal is not for me. but shawl is ftw (as for me). ok nah! harap membantu.


muka aku jenis yang pertama tu. segi empat ok. murung betul dapat rahang gini.hahah


so, meh aku tunjuk ke-pingganan muka aku dan perbezaan dan try and error sepanjang pemakaian tudung dan selendang. meh! maghi! tapi apa2 pun menutup aurat adalah tuntutan (tamau kena bash punya statement)hahah. 

lebaq gila. next! tak sesuai pakai shawl + anak tudung syria ni. masih tak sedaq diri.

lebaq jugak. hahaha. dan gemuk terserlah.hahah. so tudung bawal not ftw (for the win)

 aku suka pakai tudung bawal tapi tahan sket la bila dalam gambaq jelas nmpak segi muka tu.

 see? shawl tutup segi muka dan bg efek lonjong kepada si pemakai. ha gituh. paham dak?
ok satu lagi? nampak? tahu bentuk muka dan aplikasikan cara pemakaian.


harap entry ni boleh bantu. jenuh korek gambaq lama. hat pakai shawl gambaq terbaru (la) jugak.

ok bye.
Continue >>>

Orang penang berjalan di penang


salam satu meneysyia (slang anak lepat cakap malaysia. aaa comey!)

saja nak bagi ada entry kat blog ni. lama dah tak tuis entry. maklumlah bizi sangat dengan keja berletiaq kat orang yang ambik masa tiga jam sekali masuk kelas. dasat oo anak anak murid aku leh tahan aku berletiaq 3 jam sepenuh masa. sapa tidoq aku sebat. menjadi garang adalah hak milik setiap insan.

walaupun aku orang penang yang tercinta. tapi jarang lah nak jenjalan kat belah pulau sana. disebabkan aku malas nak kona2 jalan kat sana hat memang mencabaq seorang gangster jalanan cam aku ni, maka aku pon jarang la nak drive p sana. disebabkan aku rajin banyak masa hari tu. aku lupa sebab apa aku rajin masa tu. tapi ok la rajin ni yang membawak kepada updatenya blog sendu ini.

lama tak boh gambaq kemho aku. maka saksikanlah gambaq2 area jalan chowrasta, dekat jalan penang sket. dekat jalan tu banyak art wall yang boleh tahan la lawa dan unik. kat area situ ampa boleh sewa beskat (baca: basikal) tapi takdak la dapat basikal fixi. pui. ampa hat bajet hipster tu sewa la beskat kat situ. situ beskat dia ala2 beskat lama hat seat cam motor harley davidson tu. aku pakai kain maleh nak sewa. satgi mau kain masuk tayar beskat. memang buat penaya la jawabnya.

ok nah mempersembahkan kemho cik vio. kekeke.







ok dah la. mau ampa muntah plak tengok gambaq perempuan gemok ni. ok aku sudahi entry ni dengan gambaq muka ha-hang-mau-apa punya ekpresi.

sebenaqnya bawah kain di atas tu aku pakai seluaq jin. saja nak habaq awai2. satgi p tanya plak.
Continue >>>

Al-Fatihah


Assalamualaikum.

My grandmother (although not biologically but still she's my grandmother) or should i said my late grandmother =(. She has passed away last Wednesday (15 May) and i can't go back to see her for the last time. I just can't due to several things keep bugging me that day. I'm sorry. I know my sister read my blog.

May Allah blessed her soul. Amin.

Al-fatihah.
Continue >>>

Bandung- a place for bakal pengantin (Pt 1)


seperti yang dinyatakan diatas. bandung tempat shopping  tambah tambah untuk bakal pengantin. pergi bandung tiga hari hang dah boleh dapat baju pengantin 3 pasang dengan syarat hari pertama tu hang dah p tempah sekali dengan kain dan design. hari ketiga orang tailor tu akan hantar kat hotel ataupun hang ambik sendiri. kos tuk tiga pasang baju pengantin (nikah, sanding dan sanding lagi) dalam RM900 dengan kualiti yang agak bagus dan cantik.


bukan aku yang jadi pengantin tapi kawan aku la. dia p tempah kat sana. kalau aku pon, aku nak buat camtu jugak sebab murah gila kotttt.. RM900 dapat tiga pasang dengan kain lace yang gojes dan design yang lawa. tapi dengan syarat pandai la pilih ok. kang ada yang menyemboq aku kata nipu plak. terpulang kepada anda la. sebab bergantung jugak macam mana kain lace anda pilih. sebab kain lace mahai banyak batu agak mahal la. ada jugak kedai kat pasar baru tu yang lace dia didatangkan sekali dengan manik. tapi manik tu asing la daripada kain. kena jahit sendiri.pon berbaloi-baloi.


ok aku telah p kat tangkuban perahu pada hari pertama. Ya Allah sangat renyang (baca:rimas) dengan orang yang meniaga kat atas sana. keluar ja daripada kereta, berpusu2 orang datang "beli pak, beli pak" dengan harga yang boleh tahan murah tapi renyanggnyaaa... last2 aku beli setoberi jela. sebab orang tu asik mengekoq aku ja. sampai aku kesian. aku pon beli la. sedap dan manis setoberi sana weyh! tak macam kat cameron!
 sian kuda tu berbuih mulut dia tarik orang2 berat belakang tu. T_T

cantik woi hutan ni.

 hutan lagi yang berkabus. sejukkkkkkk
 rombongan yang aku ikut.
kawah yang bau sulfur dia kemain menyengat!


hujan!tak best! renyang hang tau kiri kanan orang nak juai barang depa

2 jelitawan bersama sama 6 jejaka. 

dah berjalan sakan lapaq la lepas teruk kena renyang dengan peniaga kat atas sana. sabo jela. rasa nak lempang tapi apa buleh buat kat tempat orang kan. pada depa orang Malaysia ni kaya kaya. depa tatau aku ni pokai gila nak mampuih. p sana bawak duit orang pesan saja. sendiri? illek. mintak pak supir bawak ke kampung daun. Ya Robbi tempat tu cantik gilaaaaaaaaa... memang kena p sana kalau ampa p bandung. dan harga makanan dia tak mahai langsung! srupa makan kat mekdi harga dia. tak mahai la untuk tempat yang standard camtu. cantik pon cantik. sedap pon sedap.
kampung daun yang lawaaa weyh!

pondok2 tempat makan. privacy sangat. pelayan akan ambik order lepas hang ketuk something yang macam tabung buluh yang tergantung kat pondok tu.

makcik tu terkejut aku tangkap gambaq. maap makcik. tu orang malaysia la tu. tak serupa dok indonesia plak time ni.

pondok dah penuh. makan kat atas sekali. pon boleh. selesa jugak

aku nak tangkap ayaq aku, depa kat belakang perasan aku tangkap gambaq depa. senyum beria! tak hengat!

ni pesanan aku. sedapppppp..


saya sudahi dengan assalamualaikum. ni baru hari pertama. esok lusa tulat tungging aku sambung plak tuk hari kedua aku p sana.
Continue >>>

konvo-eksen yang basi


dah nak dekat 7 bulan aku berkonvo baru aku teringat nak buat blog post pasai ni. mahap semua. sumpah aku malas nak buat sebenarnya. takdak alasan lain melainkan malas. HAHAHA (gelak nganga2).

jadi, pada hari ini aku nak buat tayangan gambaq la. hampa tengok la. toksah komplen atau komen. kalau ampa nak komen, ampa komen camni "Ya Robbana, lawanya hanggg", "Ya ampunn, comeynya hangg". yang tu ja dibenarkan. kalau  komen "Ya Robbana, gemuknya hang", "Ya ampunnn, gediknya hang" tu aku akan sumpah hang sembelit selama seminggu. cakaq la dinding jamban hang seminggu. HAHAHAHAHAAHAH (gelak nganga2 lagi).

ok bermula lah tayangan gambaq.







malas nak letak caption. ok bai semua.
Continue >>>

the journey of being bujang


the journey of being bujang.

not-so-bad. haha.


walaupun usia aku takla banyak sangat di atas mana-mana borang yang memerlukan aku menulis umur aku. jadi, aku tak rasa tua sangat. tapi yang membuatkan aku rasa tua ialah bila hadirkan diri di mana-mana kenduri kawen rakan-rakan tak pun sepupu sepapat. kadang kadang aku dengan sengaja p kenduri lambat time orang dah punggah khemah dan dah angkat dah pon dulang dulang lauk untuk disimpan. sebab aku takmau orang tanya sambil tepuk bahu "hang bila lagi?". jawapan aku? senyum.

"jodoh belum sampai. keja dulu bagi ada duit sikit". tu jawapan standard aku yang aku rasa mana mana perempuan yang masih berstatus bujang yang akan jawab. aku sebenarnya rilek ja. tapi yang membuatkan aku tak rilek tu, bila ada yang perli perli macam "hang tak laku","memilih sangat macamla hang cantik sangat". sedih noks.

sebenar benarnya kan pada mulanya ada la planning nak bertunang tahun ini dengan seseorang tapi mungkin bukan jodoh. jadi, terima hakikat dan terus move on. tapi kadang kadang meraban la jugak kat twitter sana. sapa follow aku tu maap la dengan twit entah pa pa tu. sian ampa follow perempuan "rilek" ni. haha. banyakkan dengan sibuk berkerja dan berkerja siang malam pagi petang. ahad saja tak keja. sabtu keja jugak woi. 

ok sekian saja la life aku setakat 28 march 2013 ni.  jumpa lagi bila aku rasa nak menulis k? ailebiu all. kalau ada sesiapa yang masih baca lagi la blog ni.
*perempuan-rilek-katup-mata ni mengucapkan i selim skit uols
Continue >>>

Perginya seorang sahabat


assalamualaikum.


aku diantara orang ketiga mungkin yang buat entry untuk arwah chaon. takziah buat keluarga chaon dan isteri, kech hidayah.

kami berjumpa masa 1st gathering geng blogger beberapa tahun lepas. selepas tu banyak kali jugak lepak dan jugak bergosip sama-sama. mula-mula start kenen-kenen sebab memang perasan arwah asik pandang kech ja masa gathering tu. tu yang giat kenen dengan kawan-kawan lain (yus, jijan, miro). antara kenangan ngan arwah.

lepas tu ada lagi la pertemuan2. dah jadi rapat dan ada sekali arwah penah antar mesej "hang la sahabat dunia akhirat aku". aku dah lupa napa dia antar mesej camtu tapi ada lah sebab dia yang takle nak gtau kat sini.

alhamdulillah aku ada kesempatan nak ziarah jenazah pada malam tu. dapat mesej terus aku pegi ke kl. tapi dalam kepala masih tak percaya. tapi ketentuan Ilahi tadak sapa pon boleh tolak. alhamdulillah jugak arwah pegi pada hari jumaat. semoga senang perjalananmu di alam sana sahabat.

dah sayu pulak. kech, kuatkan ati. Ya Allah tabahkan lah hati nurhidayahyahya. aminnn..

semoga roh chaon dicucuri rahmat. amin.


Al- Fatehah.

ni antara tribute untuk sahabat kami..
yus = http://naluri-ini.blogspot.com/2013/02/kami-kehilangan-teman-dan-sahabat.html
miro= http://mirocornerz.blogspot.com/2013/02/perginya-seorang-sahabat-menemui-maha.html
kech hidayah (isteri arwah)= http://www.nurhidayahyahya.com/2013/03/perginya-seorang-suami.html



Continue >>>

i'm touched =')



gazelle oon
Jan 26 (3 days ago)
to me
Miss Hidayah ,
thank you for your notes and 
thank you for sharing your story of how you rather pick the course you like 
and working toward your dream .

Miss,  I admire your courage .  


blessings,
fong ling 





rasa macam penat lelah aku terbayar with this simple email. thank you.=')
Continue >>>

miss bermuka suci


tersebut lah kisah bahawa ada seorang manusia yang hanya dikenali sebagai seorang yaya aziz atau vio yang jijan seorang saja yang panggil dan jugak chaon. yang len suma panggil yaya or dayah. haha. ilang dah trademark yaya. haha. ok melalut silap entry nampaknya.

sebenaqnya aku dah tau tujuan idup aku selama aku hidup di muka bumi yang indah lagi bes ni. aku punya tujuan idup adalah untuk berletiaq (baca: berleter) non stop tanpa henti selama 3 jam dan rehat 2 jam dan sambung berletiaq semula 3 jam. berdarah la telinga maknusia yang kena dengaq apa yang aku letiaq. tapi depa mampu. aku kagum.

aku mengajaq dan aku guna slide nak senang pengajaran aku. disebabkan itu jugak segala nota slide aku simpan di dalam sebijik pendrive tit tit ( sebab dia buleh kuaq masuk serupa pen tit tit). pastu aku cucuk la pendrive aku kat komputer di dalam bilik kelas depa. kelas adalah berlainan tempat so semua tempat tu aku kena cucuk la pendrive aku kat komputer.

dan untuk makluman semua (bajet ada orang baca), dan aku pon rasa ampa penah rasa benda camni yang biasanya komputer2 yang sedia ada, virus suka merebak disebabkan sistem imunisasi depa kurang kuat. dan malangnya pendrive aku dijangkiti sekali. aku sangat hiba bila benda ni terjadi. dan menyebabkan aku punya isi2 slide jadik shortcut dan tak buleh bukak. dan jugak ada virus yang tak ubah seperti video clip dan video clip itu dinamakan...




PORN.


seluruh kelas terbuntang mata dan sengih kerang. dan aku telan ayaq lioq serupa telan pasiaq. bila masa aku tengok benda lagha camtu! dan aku yakin dalam kepala otak mereka di saat itu, "tak sangka miss yang bermuka suci ini tengok porn".



weyh, tu virus la weyh. kata aku. dan disambut lagi dengan senyuman sinis. heh, virus tak guna. memang virus weyh!sumpah tak tipu.




Continue >>>

PAKWE MOTOR HARLEY DAVIDSON


semenjak aku keja kat ipoh ni, aku selalu ja balik pennang nak jumpa dengan mak abah aku kat penang sana. kalo kat kl? sebulan sekali pon belum tentu aku balik. jauh dan banyak guna duit. aku dok ipoh ni, boleh la nak balik tetiap minggu kalo tak keja sabtu. heh.

pada suatu jumaat malam sabetu, aku pon balik ke penang menaiki satria putih tak berapa nak gebu aku tu. aku dengan fefeling berkaraoke jamban dalam keta aku tu pon menyanyi la dengan sepenuh perasaan sambil kerut-kerut dahi tangan gawang-gawang. nak ambik feeling lagu gituh.

sampai ja kat rnr mana ntah aku hampir ilang ingatan nama tempat berkenaan, aku pon turun la membuang apa yang patut supaya fefeling karaoke jamban aku tidak terganggu. susah kalo suara kepit saat menyanyikan lagi jekelin biktor (susah okay sora dia tinggi ya hampon).

pastu aku pon menaiki la kenderaan aku yakni proton satria aku tuh.aku pon naik dengan melayani la lagu2 kat radio nak elakkan perasaan yang mengantuk tu. susah ok memandu tanpa teman. mengantuk kena la tahan. kalo hang tidoq maksudnya hang gol la.

pastu lagi beberapa meter nak sampai umah aku, pintu kereta aku diketuk disaat saat aku sedang khusyuk melombong bijih timah (baca: korek idung). PAKWE NAIK MOTOR HARLEY DAVIDSON ok yang ketuk. terkejut makk..dia suh aku berenti sebab aku punya pintu keta tutup tak rapat. pastu kan aku tatau dia tua ka muda sbb dia pakai key tu. dia make sure kot aku benti tepi jalan sebab nak suh aku tutup pintu. mulianyaa.. wuuu..


pastu baru aku teringat yang dia sure nampak aku tengah korek idung sebab keta aku serupa akuarium.memang nampak kat dalam. sure nmpak awek yang jelita ini mengorek idung dengan bersungguh-sungguh.









AKU TAK MAMPU IDUP LAGI T___T





Continue >>>

if only


"if".


banyak benda yang selalu kita pikir, macam mana kalau?
macam mana kalau keputusan yang aku buat dulu sebenarnya salah.
kan bes kalau aku buat keputusan macam ni dulu.

selalu timbul wat if.

apa pon keputusan yang buat stick to it and then pegang pada prinsip dan kepercayaan diri sendiri. then u will know ur potential. ur strength.


n please.be.strong.


Continue >>>

geram


geram dengan pangai student yang suka ajuk aku cakap.

dan cakap belakang.

update ala twitter. kbai

Continue >>>

ALHAMDULILLAH


assalamualaikum.. aku just nak habaq yang aku dah abeh belajaq. selama 4 tahun aku bertungkus lumus kat Universiti Malaya tuh abeh jugak. syukur. 4 tahun tu lama woo.. gila bersusah payah masa belajaq kat university berprestij tu.. haha. takle kutuk uni sendiri mind you. haha. aku belajaq idup kat situ. tikam belakang, kawan makan kawan, dengki mendengki, suma ada. tapi kat situ jugak aku jumpa kawan yang akan tolong susah senang kita. btw, nasehat sket ni. be selfish sket masa tengah belajaq tapi jangan kedekut ilmu.

aku akan konvo 4 hari bulan sepuluh nanti. sila bawak adiah kasut. aku tamau bunga (demand nak mati la). haha. so, sekarang aku dah dapat keja dah. alhamdulillah lagi sekali. rezeki keja aku mai awai.and pasai keja ni jugak please jangan ikut kawan. ikut apa kehendak kita sendiri. grab ja any chance u can find. fresh graduate memang kena bersaing. so please, ikut diri sendiri, cari jalan idup sendiri. bukan nak ikut orang.tanpa kawan takle gerak sendiri? tempat baru akan jumpa kawan baru. pikir la. just nak nasehat few friends yang buat keputusan atas dasar kawan tamau ikut so tamau p.

and aku arap aku punya students tak tengok blog aku. dan tak add fesbuk aku dan twitter aku. mati la weyh depa tau pensyarah depa macam apa lagi pangai. kantoi la. haha. students skarang p kelas macam p fashion show ye. ok till then. jumpa lagi.

OH JANGAN LUPA. KONVO AKU 4HB 10 *timaseh cik anne hahah*. SILA BAGI UCAPAN. KALO NAK OK LAGI SELIT SEKALI BUNGA KA, CEKELAT KA, BAJU KA, KERONGSANG KA..HAHAHA. OKBAI



dari yaya dan fahrin ahmad kesayangan. ok diminta jangan jeles. hahaa

Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010