bukan aku yang jadi pengantin tapi kawan aku la. dia p tempah kat sana. kalau aku pon, aku nak buat camtu jugak sebab murah gila kotttt.. RM900 dapat tiga pasang dengan kain lace yang gojes dan design yang lawa. tapi dengan syarat pandai la pilih ok. kang ada yang menyemboq aku kata nipu plak. terpulang kepada anda la. sebab bergantung jugak macam mana kain lace anda pilih. sebab kain lace mahai banyak batu agak mahal la. ada jugak kedai kat pasar baru tu yang lace dia didatangkan sekali dengan manik. tapi manik tu asing la daripada kain. kena jahit sendiri.pon berbaloi-baloi.
ok aku telah p kat tangkuban perahu pada hari pertama. Ya Allah sangat renyang (baca:rimas) dengan orang yang meniaga kat atas sana. keluar ja daripada kereta, berpusu2 orang datang "beli pak, beli pak" dengan harga yang boleh tahan murah tapi renyanggnyaaa... last2 aku beli setoberi jela. sebab orang tu asik mengekoq aku ja. sampai aku kesian. aku pon beli la. sedap dan manis setoberi sana weyh! tak macam kat cameron!
sian kuda tu berbuih mulut dia tarik orang2 berat belakang tu. T_T
cantik woi hutan ni.
hutan lagi yang berkabus. sejukkkkkkk
rombongan yang aku ikut.
kawah yang bau sulfur dia kemain menyengat!
hujan!tak best! renyang hang tau kiri kanan orang nak juai barang depa
2 jelitawan bersama sama 6 jejaka.
kampung daun yang lawaaa weyh!
pondok2 tempat makan. privacy sangat. pelayan akan ambik order lepas hang ketuk something yang macam tabung buluh yang tergantung kat pondok tu.
makcik tu terkejut aku tangkap gambaq. maap makcik. tu orang malaysia la tu. tak serupa dok indonesia plak time ni.
pondok dah penuh. makan kat atas sekali. pon boleh. selesa jugak
aku nak tangkap ayaq aku, depa kat belakang perasan aku tangkap gambaq depa. senyum beria! tak hengat!
ni pesanan aku. sedapppppp..
4 comments:
ole-ole? :(
Salam. Saya google dan terbaca blog awak. Leh tanya tak kawan awak tempah baju2 kawin dia tu kat kedai mana. Need help. Im going to bandung next month sbb plan nak tempah baju untuk majlis nikah ngan sanding kt sana dgn cari kain skali la tp risau lak terkena kedai yg mahal. If u could share the info on the kedai yg ur fren pegi utk tempah tu..would appreciate ur help very much :))
aten: will buy you something kalo ada rezeki ke sana lagi.
ladymae: kat pasar baru tu awak survey kain kat tingkat 3 kalau tak silap. harga bergantung kepada kualiti dan sarat manik. kalau sarat manik lagi mahal. tuk design lak saya sajes awak dah bawak contoh design awak suka. tailor sana akan buat. tp tgk dulu hasil tangan dia buat. make sure survey tau. if u need some help let me know. kunci dia survey hargaa setiap kedai.
untunglah.......
Post a Comment