Why parents opt for homeschool in Malaysia?


Ramai jugak parents opt for homeschool. Bila tanya kenapa pilih homeschool? Ni jawapan parents.

1.Sebab anak teruk kena buli sampai takmau bercakap langsung dengan strangers even dengan cikgu sendiri. So, parent ni ambik keputusan homeschool anak2 dia.

2. Masuk darjah satu pon kena ada exam nak masuk kelas mana, macam mana kalau yang tak bagus dalam exam tu? masuk kelas hujung2 dan start dari darjah satu dah dilabel. Suka ka dilabel anak tak berapa nak pandai?

3. Exam oriented. Budak2 punya la banyak dia punya kelebihan dan ada jugak kekurangan. Kalau kekurangan tu yang dilihat dan di spotlightkan, kelebihan tu mungkin dipandang sebelah mata. So, mak2 dan bapak2 kesian la potential anak2 depa macam tak dilihat.

4. No continuation between preschool and school. Masa preschool, punya la gigih cikgu2 pendidikan awal ni buat aktiviti yang menyeronokkan, fokus semua field. Tapi masuk ja darjah satu, takdak kesinambungan langsung preschool dan sekolah. kalau ada pon, yang part membaca dan mengira. Yang lain tu macam tak bersambung. More on memorization.

Post ni bukan nak condemn cikgu2 pon . Aku sendiri pun cikgu jugak (tapi bukan cikgu kerajaan la). Sistem tu yang caca marba. Budak2 tensen. Nak ubah itu ini, tapi tak buat research dulu. Nak jadi yang latest in the world guna sistem itu ini, tapi anak2 kita dah ready ka?

1 comments:

mario said...

homeschool ni bukan mahal ke?

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010