Persiapan Menuju 2017


Assalamualaikum!

Macam tak percaya tahun 2016 akan berakhir dan aku akan melangkah ke tahun baru dengan gelaran baru InsyaAllah di hujung January. Rasa terabai sangat blog ni sebab taktau nak update apa dan rasa macam tak matang pulak nak update benda merepek zaman dolu dolu.

Persiapan kawen masih lagi banyak yang tak siap. Make up belum book, pelamin pon belum book. Pelamin ni memang takdak langsung dalam list sebenarnya tapi lepas saja mak aku p kenduri jiran aku merangkap kawan sekolah aku, mak aku terus teringin pulak nak berpelamin. Mak teringin lettew nak duduk atas pelamin jugak dengan abah. Eleh mak. Haha.

Baju nasib baik lah dah tempah. Mula mula nak design loose saja. Tapi p dekat tailor, boleh pulak la dia cakap design orang mengandung. Terus pilih design lain. Yang tunang pon cakap "alaaa, bagi la ada pinggang sikit." Hampeh. Tau la gemokkk.T_T

So design yang menjadi pilihan di hati design kat bawah ni.
Credit: from this BLOG
Design baju ni untuk nikah. Dan tak pilih putih sebab nak pakai balik nanti. Kalau putih macam awkward nak pakai balik.
Credit: From this BLOG
Design baju ni pulak untuk sanding sebelah perempuan. Harap menjadi lah baju ni. Dan nampak kurus la hendaknya.


Itu saja la kot nak update. Pasal apa benda nak letak dalam dulang pon belum lagi finalized. Banyak sangat lah nak pikir dan cuti pulak tak sama. Macam mana lah pasangan yang PJJ handle depa punya perkara kawen ni. Renyah gila. Rasa nak setelkan semua, esok kawen terus setel. Fuuuiihhh.

Pasal dulang hantaran ni nak buat sendiri ja. Tapi idea sangat lah terhad dan tatau la nak hias dulang macam mana. Homestay lagi satu belum cari. Apa lagi lah yang tertinggal. Jemputan kawen selalu orang jemput sebulan awal ke weyy? Please advise.

Ok lah. Nanti update lagi. Tinggal lagi 25 hari sebelum majlis. Apa pon tak setel lagi. Argghhhhhh.

Okbai!
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010