New Beginning


Assalamualaikum,

Dah lama sangat tak merepek kat blog ni. Masuk pon jenguk jenguk ja tanpa ada rasa nak update ke apa. InsyaAllah, in a few months akan bertukar status kepada isteri orang. Siapa sangka jodoh dengan kawan baik sendiri yang setia di sisi selama tujuh tahun. Nak tayang gambar bertunang macam tak maneh ja. Mana ada orang baca blog bersawang ni dah.

Punya la confident yang akan menjadi crazy cat lady dan akan kekal single selama lamanya. Tup tup ada depan mata ja. Buat penat ja gila sorang sorang. Kakak ada cakap, okay la jodoh dengan kawan baik sendiri. Dia pon dah tau perangai sebenar. Takdak pura pura dah. Nak pura pura apa semua benda loklaq yang ada kat aku dia dah tau. Takdak coverina langsung. Dia pon sama jugak. Tapi Alhamdulillah boleh terima perangai loklaq. Dan dia jugak boleh terima perangai loklaq aku.

Sebenarnya macam tak bercinta pon. Tetiba ja ada satu kejadian yang mana bukak mata kedua dua pihak yang kedua dua pihak simpan perasaan. Lepas dari kejadian tu, terus ke fasa bertunang. Jadi, masa bertunang baru rasa macam bercinta. Tu pon tak boleh nak ubah ayat panggilan. Sampai sekarang dok " aku hang"' dengan dia lagi. Arghhh yang tu payah sikit nak ubah. Ye lah, dah bertahun dok aku hang, tetiba nak ayang ayang, sumpah la aku geli geleman. Hahah.

Okay, nanti lah aku sambung persiapan kawen ke, persiapan apa apa ke. Sembang pasal dia ke kat blog ni. Ok daaaa.


Bye Assalamuaikum. Saya sudahi post ni dengan music video kesukaan saya pada waktu sekarang.

1 comments:

Shafina Othman on August 27, 2017 at 4:14 PM said...

Jelina joli! *insert smiley muka terkejut*

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010