Backpacker to Hong Kong, Part 1


hai! Assalamualaikum!

dah lama sangat tak update. boleh la kiranya aku update barang sekeping dua entry yang dah lama sangat tertinggal. yang ke Bandung pon belum ada part II dah masuk Hong Kong plak. sorry la henpon rosak abis gambaq tenggelam bersama dengannya. 

ok ni cita boleh tahan baru jugak la. backpacker to Hong Kong. kitorang pegi 28hb March aritu and dah sampai tu kitorang tido airport dulu sebab yela dah malam sangat kan sampai. baik tido airport. jangan bazir. jangan risau tidoq kat airport sini. port nak tidoq sangat banyak dan luas dan orang takkan kacau lalu lalang. sebab airport Hong Kong ni memang besaq gilaaaa dan cantik dan bersih. dan tempat tidoq kitorang pilih ni memang selamat sebab polis je pon yang datang tidoq (baca : power nap) sini. Aku tidoq terlentang pon takdak hal la. btw, bawak la botol g masuk toilet sana ya. 

and terus la ke hostel kitorang kat chungkin (kot) lupa la. kat one square. sebabkan lif dia dan bangunan dia agak mengelirukan, so ambik masa yang lama nak check in. Tapi berbaloi la dengan bayaran murah (bagi aku la) 

hostel kami dalam bangunan tu la. keliru la sebab berlainan lif nak naik tu. dan dalam bagunan tu ada banyakkkk kedai pakistan (i guess la) and banyak jugak makanan halal dalam tu. tinggal korang jela lalu ke nak telan ke tak. aku beli la nasik briyani dalam bangunan tu tapi tak lalu la nak telan. haha. mengada. so, sepanjang masa makan filet-o-fish sahaja la. 

so, dah guling guling dalam hostel puas puas, maka p la berjalan kat apa ye lupa nama dia. all star walk (kot) sumpah lupa. haha. sebab lama sangat baru nak update kan. padahal pegi bulan empat ritu. ala dia macam bintang kat atas jalan yang ada tapak tangan artis , sama cam hollywood punya la. dia tepi laut. tak jauh dari hostel kitorang. aku pegi berempat tapi masa ni jard belum sampai lagi. so pegi la jenjalan tanpa dia jap.



sebabkan dekat je pon tempat. ha nama dia arena of stars! eh sambung, sebabkan tempat ni dekat je pon, so kami pon pegi jalan kaki je la ikut underground punya. dalam underground (macam subway or komuter) tu dia ada bagi direction dah. so ikut je direction tu nak keluaq ikut mana. sebabkan macam nak ribut malam tu, so Earth Hour dibatalkan. SEDIH! dan masa kami pegi pon cuaca tidak mengizinkan. kaki aku kecut ja sepanjang dok sana. hish. naseb baikla dari Malaysia memang aku dah bawak baju ujan dengan payung sebab dah tau cuaca basah kat sana.

dan hari esoknya kitorang p DISNEYLAND Hong Kong. Ya Tuhan, bes gila ok. sampai aku berhajat nak bawak anak anak sedara aku p la. tapi guna duit depa la. HAHA. kitorang beli tiket bukan kat kaunter tiket disneyland sana tapi beli tiket kat kedai dalam hostel kitorang dapatla HKD420 daripada harga sebenaq dia HKD 450. murah la HKD 30. ok la tu kan. sama ja. sebabkan kami g sehari je. so tu la harga tiket dia. kalau nak masuk 2 hari dalam HKD 550 kalau tak silap. sebabkan banyak tempat lagi nak pegi, so pegi sehari jela. tak puas tapi sebab hampir kesemua dalam tu main. puas la sikit. tak puas ati sebabkan hujan pertunjukan fireworks dibatalkan jugak. mencik!









best nak mampos. pegi la. takyah risau pasal bahasa sebab diorang buat dwibahasa. sebab kawan aku cakap disneyland tokyo cakap jepun je pon. tadak bahasa inggeris. so sini bes la. memang rasa nak repeat balik. HAHA.

hari ketiga di Hong Kong kitorang pegi ke wax museum naik tram. macam kereta kabel bukit bendera ja. sama ja pon. tapi boleh la. atas sana ada wax museum dan ada jugak la ole ole nak dibeli. lagi murah dari ladies market pon ada. ladies market tu kalau korang pegi tolongla bargain sampai tokey dia setuju. sebab kalau setuju harga dia bagi mula2 memang la rugi gila. kami bargain sampai kurang 80% harga sebelum dia. memang berbaloi la kan. tak beli banyak sangat. beli yang dipesan saja. eh termasuk ladies market pulak. ok wax museum. aku malas nak tulis panjang panjang. ampa tengok gambaq aku menggedik sudahla dalam tu. patung je pon. 















ok tu saja untuk entry Hong Kong arini. lepas tu kitorang ke ladies market. tapi sebabkan hujan dan takdan gambaq nak tayang. aku sudahi la entry ni. lepas Hong Kong kitorang ke China pulak. Shenzhen dan Guangzhou lepas ni k. tunggu mood menulis aku mai balik k.

selamat mengembaraaaaaaaaaaaa..

2 comments:

Anonymous said...

tercapai jugak cita2 ko nak pegang kepala orang,,,kan?

hehe...

anon...ekeke

sherlina halim on October 27, 2015 at 4:21 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010