Kemudian terus pulak ke Shenzhen. sampai je Shenzhen kitorang terus la ke hostel. disebabkan kawan aku sorang yang booking tempat ni tak mai, terpaksa la cari. Ya rabbi, teruk gila hostel ni nak cari. dan condition dia sangat sangat la teruk. sebab tu la kena buat research dan baca review dulu apa apa ye. hostel ni adalah umah flat yang ditukaq jadik dorm. perghhhh. gila kotoq. dalam gambaq macam lawa. tandas dia lagi la. aku kena tahan napaih kot masuk. kalau tak aku muntah. so, malam tu jugak kitorang pindah ke hotel yang lagi dekat ngan tren. booking hotel malam ni. esok nya terus pegi. dah alang2 bayaq dah untuk hostel tu. naseb la. RM 90 untuk 3 hari leboq la. takpala. dari muntah bertubi tubi kan..
so, Shenzhen ni haih. nyesal pulak datang. sebab sini yang best sapa sapa yang nak beli barang barang elektronik ja. dah la dok 4 hari kat China ni. sumpah la nyesal. HAHAH. tapi ok la jugak sebab boleh la kenal negara orang kan. kat sini nak sejukkan ati sikit kitorang p window of the world, Shenzhen.
ok tu la dalam windows of the world tu. memang semua wonders dalam tu. tapi dalam saiz mini. dan malam tu ada persembahan tarian dari seluruh negara. memang mesmerizing. sepatutnya sepanjang dalam tu ada la pertunjukan. tapi sebabkan keadaan cuaca yang tak menentu jadik dibatalkan la. jadik pilihlah cuaca yang baik dalam merancang pengembaraan ye?
esoknya kitorang ke muzium pulak. takda apa sangat pun. just nak tunjuk architecture dia.
ok terus ke Zhuhai esoknya sebab nak masuk Macau pulak. sila la sediakan kaki ye sebab nak melepas imegresen dia hazab gila. ok esok sambung ke Macau pulakkkkk... Daaaaa
2 comments:
hahaha. ingatkan ko bukak travel blog tadi
Post a Comment