Backpacker to China, Part II


Hi Assalamualaikum!

Maaf awai2 ok sebab aku lupa mana aku pegi dulu. Guangzhou ke Shenzhen. tapi aku teruskan jugakla. sebab alang alang sangat kan. kalau ampa tanya aku, mau p lagi dak Guangzhou ngan Shenzhen? jawapannya ialah hang bagi tiket free pon aku tak hingin nak p dah. dan timing yang kami p tu sumpah la tak betoi. masa kehilangan MH370 dan masa tu memang la China tengah boikot Malaysia. Hampeh betoi.

tapi sini adalah syurga pemborong pemborong. dan aku yang bukan pemborong ni memang la cam biasa ja rasa sebab aku tak beli sangat. kat sini (Guangzhou) tempat shopping dia ikut lorong lorong. satu lorong tu penuh dengan tali pinggang, punggung palsu (HAHAHAHAH), satu lorong lagi penuh dengan kasut (ya rabbi ni menyesai tak beli banyak. gila lah, satu kasut tak sampai RM10 pon ada), satu lorong penuh dengan sebenier, satu lorong penuh dengan lampu lampa, marmar, satu lorong lagi penuh dengan barangan rambut rambut. pilih saja. masa tu beli banyak banyak k. macam satu tali pinggang tu aku berkenan gila (nyesal tak beli!) satu 20 yuan (dalam RM10), dan kalau beli banyak banyak dalam 40 ketoi dapat la harga dia 8 yuan (RM 4), ala tali pinggang besi tu. lani banyak wanita moda pakai tu.

so, memang gila lah. gambaq sat naa. aku nak tengok ada ka dak.
ni travelmate aku, wan. ada lagi dua orang, jard dan aiman. so nampak tak banyak gila tali pinggang. seteresnya aku tak beli. menyesal!

dan macam nak tercabut jugakla kaki tu nak nyopping kat sini. pastu terus pegi cari tempat lain. shopping lagi. naik je train.cam hagham la sivik orang kat sini. kita baru nak parking montot nak duduk, dia tolak dan terus ambik tempat aku nak duduk. serius la orang sini konghajaq gila. aku meluat gila bab sivik orang sini. meluattttttttttttttttttttttttt. sebab tu la aku tamau p lagi. benci.kawan aku ni dia punya prinsip, hang kuangjaq ngan aku, aku kuangjaq balik. dan dia memang chinese look. so semua orang sana cakap cina ngan dia. hahah.

ok malam tu hujan renyai renyai kami p canton tower. cantik la jugak. tapi hang kena la sesuaikan hidung ampa dengan bau yang tidak menyenangkan sepanjang dok China k. malas nak cakap bau apa. ampa p sendiri la kalau nak tau bau apaaaa.. haha

penginapan kat guangzhou boleh tahan tapi yang tak tahannya ialah orang sini tak boleh cakap inggeris langsung. so make sure print mana2 tempat nak p dengan bahasa cina ok. naseb baik aku ngan travelmate aku dah sedia awai awai print semua dalam chinese. 


sini canton tower. penat nak mampos dah jalan ni. satu satu tempat nak p memang agak jauh la. so seteres la kaki aku. jangan nak mengada pakai heels. pakai flat sudah k. nak naik canton tower memang tak la sebab tukaq duit yuan sikit ja. sebab lepas ni nak terus ke Shenzhen pulak nak beli barang barang elektronik. andddd lagi satu lupa nak habaq, dari hong kong ke Guangzhou kitorang naik bas, sebab tren laju tu dah abes dah and kena bagi kad apa ntah nak beli tu. tidak ketahuan memasing so naik bas, dalam 4 jam sampai la.

1 comments:

sherlina halim on October 27, 2015 at 4:21 AM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010