konvo-eksen yang basi


dah nak dekat 7 bulan aku berkonvo baru aku teringat nak buat blog post pasai ni. mahap semua. sumpah aku malas nak buat sebenarnya. takdak alasan lain melainkan malas. HAHAHA (gelak nganga2).

jadi, pada hari ini aku nak buat tayangan gambaq la. hampa tengok la. toksah komplen atau komen. kalau ampa nak komen, ampa komen camni "Ya Robbana, lawanya hanggg", "Ya ampunn, comeynya hangg". yang tu ja dibenarkan. kalau  komen "Ya Robbana, gemuknya hang", "Ya ampunnn, gediknya hang" tu aku akan sumpah hang sembelit selama seminggu. cakaq la dinding jamban hang seminggu. HAHAHAHAHAAHAH (gelak nganga2 lagi).

ok bermula lah tayangan gambaq.







malas nak letak caption. ok bai semua.
Continue >>>

the journey of being bujang


the journey of being bujang.

not-so-bad. haha.


walaupun usia aku takla banyak sangat di atas mana-mana borang yang memerlukan aku menulis umur aku. jadi, aku tak rasa tua sangat. tapi yang membuatkan aku rasa tua ialah bila hadirkan diri di mana-mana kenduri kawen rakan-rakan tak pun sepupu sepapat. kadang kadang aku dengan sengaja p kenduri lambat time orang dah punggah khemah dan dah angkat dah pon dulang dulang lauk untuk disimpan. sebab aku takmau orang tanya sambil tepuk bahu "hang bila lagi?". jawapan aku? senyum.

"jodoh belum sampai. keja dulu bagi ada duit sikit". tu jawapan standard aku yang aku rasa mana mana perempuan yang masih berstatus bujang yang akan jawab. aku sebenarnya rilek ja. tapi yang membuatkan aku tak rilek tu, bila ada yang perli perli macam "hang tak laku","memilih sangat macamla hang cantik sangat". sedih noks.

sebenar benarnya kan pada mulanya ada la planning nak bertunang tahun ini dengan seseorang tapi mungkin bukan jodoh. jadi, terima hakikat dan terus move on. tapi kadang kadang meraban la jugak kat twitter sana. sapa follow aku tu maap la dengan twit entah pa pa tu. sian ampa follow perempuan "rilek" ni. haha. banyakkan dengan sibuk berkerja dan berkerja siang malam pagi petang. ahad saja tak keja. sabtu keja jugak woi. 

ok sekian saja la life aku setakat 28 march 2013 ni.  jumpa lagi bila aku rasa nak menulis k? ailebiu all. kalau ada sesiapa yang masih baca lagi la blog ni.
*perempuan-rilek-katup-mata ni mengucapkan i selim skit uols
Continue >>>

Perginya seorang sahabat


assalamualaikum.


aku diantara orang ketiga mungkin yang buat entry untuk arwah chaon. takziah buat keluarga chaon dan isteri, kech hidayah.

kami berjumpa masa 1st gathering geng blogger beberapa tahun lepas. selepas tu banyak kali jugak lepak dan jugak bergosip sama-sama. mula-mula start kenen-kenen sebab memang perasan arwah asik pandang kech ja masa gathering tu. tu yang giat kenen dengan kawan-kawan lain (yus, jijan, miro). antara kenangan ngan arwah.

lepas tu ada lagi la pertemuan2. dah jadi rapat dan ada sekali arwah penah antar mesej "hang la sahabat dunia akhirat aku". aku dah lupa napa dia antar mesej camtu tapi ada lah sebab dia yang takle nak gtau kat sini.

alhamdulillah aku ada kesempatan nak ziarah jenazah pada malam tu. dapat mesej terus aku pegi ke kl. tapi dalam kepala masih tak percaya. tapi ketentuan Ilahi tadak sapa pon boleh tolak. alhamdulillah jugak arwah pegi pada hari jumaat. semoga senang perjalananmu di alam sana sahabat.

dah sayu pulak. kech, kuatkan ati. Ya Allah tabahkan lah hati nurhidayahyahya. aminnn..

semoga roh chaon dicucuri rahmat. amin.


Al- Fatehah.

ni antara tribute untuk sahabat kami..
yus = http://naluri-ini.blogspot.com/2013/02/kami-kehilangan-teman-dan-sahabat.html
miro= http://mirocornerz.blogspot.com/2013/02/perginya-seorang-sahabat-menemui-maha.html
kech hidayah (isteri arwah)= http://www.nurhidayahyahya.com/2013/03/perginya-seorang-suami.html



Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010