private investigator kesan suami curang


berkenaan tajuk diatas, aku nak merumuskan bahawasanya aku sangat lah tak menyetujui gunakan penyiasat persendirian untuk mengesan suami curang di tempat keja. tapi sebabkan terlalu curiga pergerakan suami seorang perempuan tu akhirnya akan ambik penyiasat persendirian untuk mengakui bahawa si suami curang dengan sekian sekian pompuan yang selalu si isteri ni panggil betina ja.tak panggil perempuan dah. betoi dak?

tajuk ni aku nak ulas sebab aku ada sembang sembang dengan aku punya manager yang berbangsa india topik tentang "trust" atau dalam bahasa ibundanya kepercayaan. kepercayaan ni penting dalam sesebuah hubungan, tapi adakalanya kepercayaan ni makin lama makin berkurang berkadar terus dengan masa. nak cakap hubungan tu makin lama makin hambar pun ye jugak. so di sini lah tugas penyiasat persendirian akan diupah untuk tau punca napa suami hambar.

pastu manager aku ni pon cakap la." tau napa benda ni jadi? sebab apa? sebab perempuan tu jugak. kenapa lepas kawen badan tak maintain? tempat tidur ada ke jaga? (maksudnya berhubungan).kalo si isteri ni tip top punya layanan, baik, badan maintain, ada ke laki tu sanggup nak cari lain? laki ni ada ati maaa, kalo suma bini bagi 1st class punya layanan,kitoworang ada ati perut jugak, mesti tak cari lain punya la, sebab kat rumah kitoworang dah ada yang tak boleh dapat kat luar." tu penerangan dia. dia india btw.

mula mula aku macam erkk, pompuan jugak yang dipersalahkan. laki ni semua ja betoi.. tapi macam terbukak mata luas luas jugak la..aku segan nak dengaq sebenaqnya sebab aku ni pompuan yang maseh belum berkahwen dan jugak masih tiada calon..( ada ayat tersirat di situ ye kawan kawan.kah kah kah).. tapi dia cakap dengaq jala, nanti kena tau jugak masa pas kawen nanti. dia cakap ada pepatah india cakap yang paling atas sekali lepas kawen ialah " layan suami macam pelacur high class punya." perghhh macam penah dengaq ayat ni ye tawan2.. huhu. tapi ni la yang paling atas. aku dengaq berasap ja telinga.

penerangan dia sebab cakap camni ialah.. " kalo pelacur high class ni, dia punya layanan high class jugak. engkoworang pikir sendiri la, dah besar kan.. kalo tak dapat, mesti cari kat luar maa..kalo bini tip top punya mesti tak cari lain la.senyium sorang2 la.." aku dah stat malas nak dengaq dah..aku buat buat korek jerawat time ni.. pastu aku ubah topik, dah tu no 2 apanya? dia cakap no 2, saling faham memahami la.. mesti ada give and take. bukan give aja. orang yang give tu akan start fed up dan yang take tu akan naik lemak.

ni sebenarnya entry peringatan tuk aku sama. dari lelaki india tentang perkahwinan. yang aku rasa macam eyek! tapi sebenarnya memang bertepatan pon. jangan ambik mudah, lepas kawen, "eh, aku takpayah la lawa lawa dah depan suami, dia dah dapat aku, aku dah laku! yeay!" oh tak buleh tak buleh. takkan la si lelaki ni asik nak tengok bininya asik dengan bedak sejuk ja 24 jam, nak jugak tengok bini nya bergincu sekali sekala walaupun bukan setiap ari. ye dak? ni g keja ja lawa pon. kat umah? kat tempat keja, laki orang yang tengok kita, bukan laki kita.. (cam tak sesuai guna kita, guna ampa la.)  aku rasa baik aku setop kat sini sebab aku maseh bujang dan hanya berkongsi atas apa yang aku dapat.. part jaga suami pas kawen aku stuju. ada part yang aku tak setuju.

part yang aku tak setuju ialah, apasal salah pompuan ja nampak, salah laki kat mana? jaga hubungan, tegur menegur bini kan boleh, saling tegor menegur kan ok. tak salah pon laki nak tegoq bini dalam bab pemakaian. tak salah pon. dia sendiri akhirnya cakap, kalo pompuan dah bagi suma tu, still cari lain jugak, campak la laki tu masuk neraka bakar rangup rangup. dia la kata. aku gelak aja.

ok la. aku nak sambung menaip tesis. atau buleh cuba pakai kebaya dalam umah berserta wedges seperti gambaq di bawah. macam zaman ibu mertuaku, sanggul cucuk bunga.

cuma bunga aku di kain jela.

okbai...

3 comments:

Nur Hidayah on April 30, 2012 at 10:54 AM said...

yeah, betul perempuan kena layan laki tip top punye. tapi lelaki jangan lupe tanggujawab lain dan tidak fokus kepada layan seksual semata-mata. kalo hambar both suami isteri kena usaha :)

Rara Nasiha on April 30, 2012 at 6:46 PM said...

Arghh, lelaki. tak pernah cukup dengan satu. emo tibe-tibe. hihi

violetless on August 31, 2012 at 11:04 PM said...

nur hidayah: kena ada win win situation. pompuan bagi layanan tiptop tapi laki layan macam sampah tak guna gakk..huhu

rara: mmg emo kalo camtu.hahah

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010