pulang


pulang ke kampung malam ni.

harap selamat.

sebelum smpai, maybe singgah satu tempat dulu.

and then buang sebak.

baru balik.

smoga selamat.
Continue >>>

ketiak tak trim


ok, aku keja kat ehem2 sebagai promoter. kat situ banyak la aku jumpa orang yang macam macam pangai dok ada. seyes macam macam. dari gay, nyah, lesbo dan sebagainya. dan aku sebagai orang yang mempunyai muka yang sombong dan kerek kalau tak senyum buat suma orang susah nak tegoq aku. tapi sekali tegoq aku, aku leh merapu macam tak posa. aku leh ngusik sampai suma orang kat situ tau aku orang penang.

pesen orang tua tua ni amatla pelik pada pandangan aku. dengan rambut pepel, suaq yang menunjukkan kulit punggung ke tepi dan ke tengah ( astagfirullahhhh), buat aku rasa nak muntah. tolong pakai elok2 seket buleh dak. ni tempat public. posa lagi. buleh buat orang batal posa sebab termuntah ok. ok dah la malas nak rewind balik bab tu. sungguh sadis.

pastu ada sekali aku kena layan 2 orang minah eh tak minah dah, makcik singh yang seksi siotttt..haha. gila ah. dah tua pakai singlet ja dengan jeans ketat. nampak abeh la. seb bek la aku pompuan dan straight orangnya. tak la aku tergude. orang lain pon tak tergude aih bila bagi dua makcik ni. ok2 sambung balik. depa buleh dok suh aku tunjuk cincin yang aku juai (aku jaga jam, aku tolong kawan sebelah kedai aku). nak yang tu nak yang ni. pastu komplen besaq la, batu bersinaq sangat la...woi, nak banyak cikadak buat cincin sendiri la!

ok emo plak. fuhhh.. tenang yaya tenang. ok sambung balik. pastu dok cakap cakap komplen dengan semangat tu dia dok gawang gawang la tangan dia. sekali perghhhhhhhh!! hutan khatulistiwa kat bawah ketiak! bebulu mata aku tengok! wuiyooo. dah aku tahan napas sebab bau menusuk ke otak. ok tahan2. dalam ati aku berdoa, cepatla kawan aku sampai layan customer dia ni. makanya. doa aku dimakbulkan. terlepas azab aku. depa beli 2 cincin. beli gak komplen2 pon.

pastu aku cita la kat kawan sebelah aku. pong pang pong pang dia punya ketiak tak trim langsung. pastu sekaliiiiiiiiiiiiiiii kawan aku tanya aku...


" ketiak dia cam ________(nama dirahsiakan) tak?". sambil angkat ketiak.




* bunyi cengkerik dan guruh berdentum dentam bergabung.














p/s: sama ja kondisi ketiak dia ngan customer tadi. dah, aku rasa nak benti keja ja lani.
Continue >>>

tonite


search for an answer. but do the stupid things. pray for me please.

and i go search now. hope will find the answer for my pray. its a gamble i've been taken now.


and i hope the end will be happily ever after.
Continue >>>

i have to work, i've got to work.


ni entry meluahkan perasaan terbuku di dada.

saya perlu bekerja, saya mesti bekerja disebabkan saya tau saya ni dah malu nak mintak duit kat mak abah walaupun belum habis belajar. ye, saya malu. saya ada rasa malu nak mintak duit ngan mak abah walaupun kadang kadang selamber badak ja mintak tapi masa mintak tu tebalkan muka nak mati dah mintak duit. so, disebabkan perasaan malu, aku nekadkan ati tuk bekerja.

so, sekarang aku bekerja sebagai ehem di ehem. takle cita sebab aku rasa tak penting untuk orang tau keja tak seberapa aku ni. disebabkan keja ni, aku banyak kena terima makian orang yang aku rasa tak penah aku terima banyak camni selama aku hidup. aku terima dengan lelehan air mata di pipi. tapi aku sembunyi. aku in the first row, so tak molek orang tengok mata merah, hidung berair. kann?

sebenarnya keja ni sangat penat. walaupun kadang kadang dok saja memerhati orang. "eh, pehal orang tua ni pakai camni", "eh pehal mamat arab ni kenyit mata kat aku", dan sebagainya. keja yang tak buleh duduk, keja yang memujuk dan keja yang aku rasa aku sangat penat aku nak buat. sebab aku nekad, sebab aku tak tahan dengan sindiran orang. aku gagahkan jugak keja.

disebabkan keja ni, aku banyak merungut kat orang yang aku rapat. aku cita apa yang jadik, apa yang aku kena arini dan sebagainya. disebabkan ni jugak, aku down. aku cita sebab aku nak ringankan beban dalam ati dan otak sebab aku buat keja ni terpaksa dan bukan ikhlas dari hati. aku TERPAKSA bekerja. dan rungutan tu akan ada. ya, aku berharap orang yang dengar rungutan aku tu akan bagi aku sokongan, angkat aku bila aku jatuh, dan ternyata aku silap. aku dijatuhkan lagi.

aku dijatuhkan dengan ayat yang amat pedih bagi aku terima. sebab aku ni perasa orangnya walaupon nampak macam kebal terima apa yang orang ngata aku. tapi aku ni ati tacing sebab tu aku nekad keja walaupun dalam ati aku pulun tamau keja. sebab aku masih belajar, aku masih ada banyak kelas aku kena tumpu, aku ada life yang aku nak enjoy. tapi aku ketepikan benda tu sebab duit dah jadi keperluan. aku bukan ada suami nak tanggung hidup aku. takkan dalam umur camni aku nak mintak duit lagi. walaupun aku ni dicop muka mengabehkan duit orang. ye, aku sedaq aku kena pegang duit sendiri dah dalam umoq camni. tapi.... aku belum abeh belajaq. hurm. paham la sket. jangan la sindir bila kawan umoq aku dah ada keja tetap, dah ada keta suma. aku LAIN.

dan tolong jangan DOWNkan aku lagi. dan aku rasa aku takkan merungut, or mengadu bahasa mudahnya kat orang lagi. sebab keputusannya amatlah menDOWNkan aku. bengkak mata nanges sebab ni. aku korbankan tak berpuasa dirumah, aku korbankan balik raya pertama dan bukan beberapa ari sebelum raya, aku korbankan masa aku dengan family, aku korbankan banyak benda. ingat tak sunyi ka bila dok umah sorang sorang? ingat bes ka bebuka makan sorang sorang? ingat bes ka dimaki ari2? ingat syok ka dengaq sora mak sayu kita takdak kat umah? ingat aku nak ka suma ni??

aku tahan keja kat situ dengan satu niat. takmau nyusahkan mak abah aku lagi. tapi malangnya, aku silap mengacom kat orang. patut simpan sorang sorang. takpayah mengacom. kan dah kena "tadak otak ka nak keja kat situ lagi?". hurm, tempat tu ja aku rasa senang nak keja. dekat. tapi satu tu jela. kena tahan makian. mungkin aku tadak otak, mungkin aku kena cari tempat keja lain. tapi aku tahan sebab janji aku. janji aku kerja sampai 9 oktober. tu janji aku.. aku bukan jenis orang yang senang senang buang janji sebab pentingkan diri. tu bukan aku. aku rasa sangat tak selesa bila aku kena mungkir janji.


sangat penat bila masalah satu satu datang dan tadak orang yang mampu bangunkan aku semula. kalau tak mampu bangunkan aku, jangan la jatuhkan aku lagi sampai aku tak mampu bangun sendiri. TERIMA KASIH.
Continue >>>

perasaan dimaki.


sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang masih bukak dan baca blog aku yang sangat hampeh ini. walaupun lambat seminggu aku tetap nak ucapkan selamat berpuasa. asalkan belum raya lagi. takpa. masih sempat. hoho.

sebenaqnya aku seminggu gak la start keja. start keja dari hari puasa yang pertama. sakit jiwa gak la sebab 1st day dah kena marah sebab pakai tak ikut tema. haha. tak ikut apa yang perlu dipakai la.aku p hantam pakai tudung manik2. memang kenai tiau betoi2. takpa la tahan la. dah keja ngan orang kan.

arini aku kena maki sebab barang yang aku jual takdak diskaun. terpaksa tebal muka gtau cashier yang barang aku memang tadak diskaun. pergh, manager datang marah aku maki maki sedap punya depan staff len. nak buat camna manager brand aku tak inform depa. eh, salah aku gak ka?aku mana tau suma ni sebab aku orang baru. bangan betoi. ilang pahala posa aku sebab aku maki dalam ati. sabaq jala.

susah woi nak cari duit!
Continue >>>

blogger-split personality


kebanyakan blogger ni ada satu split personality. maknanya dia ada dua personaliti yang sangat berbeza. penah dengaq kan?aku tau ampa penah rasa. or mungkin ada diantara pembaca pembaca sekalian yang sedang mengalami masalah ni? ni bukan masalah tapi ni satu kecelaruan. dia sebenarnya sedang lari daripada realiti. realitinya lain dan dia nak terus lari daripada realiti tersebut. contohnya, realitinya dia seorang yang pendiam, tetapi di blog atau di social network yang lain dia sangat peramah. di fesbuk atau twitter contohnya.

ehsan Google

banyak sangat contoh aku bagi melalui pemerhatian aku. penulisan aku datang daripada aku punya pemerhatian. aku ada sorang kawan ni, (*eh ni dikira mengumpat ka aa?) dia sangat sangat peramah di luarannya. seorang yang meriah, buat ramai bak kata orang penang, periang dan gedik (*gedik adalah hak milik setiap insaaannnnn), tapi kalau di fesbuknya setiap post adalah mengenai kesunyian, heart broken, dan sebagainya. padahal kita tengok dia periang, suka kacau orang suma. tapi sebaliknya ditunjukkan di social network. dia sunyi dalam ramai. penah dengaq term ni?

split personality jugak boleh berlaku kat seorang lelaki yang lain masanya dia jadik pompuan. bermekap dan berpakaian seperti perempuan tapi kebanyakan masa dia laki. berpakaian seperti laki dan perlakuan seperti laki. cuma ada waktu dia pakai seperti perempuan. aku lupa term yang orang gunakan untuk laki camni. tu juga dinamakan split personality. dua watak yang berbeza.

satu lagi, split personality ni jugak berkait rapat dengan psikologi seseorang itu. jika seseorang tu pernah didera atau dia mengalami trauma yang teruk, kemungkinan untuk mempunyai split personaliti tu ada sebab separuh dia rasa sangat trauma, dan separuh lagi dia rasa dia sangat marah dan perlu mempertahankan sesuatu. dengan ayat mudahnya, dia akan create satu watak yang akan mempertahankan diri dia. bila watak mempertahankan diri dia muncul, dia takkan ingat apa yang dia telah buat sebelum tu. macam dalam cerita dalam tibi tuu.. tu bukan memain tapi tu betul terjadi.

yang aku jumpa mild sahaja tadakla seperti contoh diatas. ni split personality yang bahaya. split personality yang aku selalu jumpa adalah bebeza dengan realiti dan maya. kalau di alam maya, personality nya adalah personality yang dia ingin jadi di realiti. jika realitynya pendiam, di alam maya dia peramah. suma orang dia tegoq. kalau realitinya dia seorang yang rajin monteng kuliah, tak buat esaimen suma sampai kena banned, dia dialam maya ari ari boleh posting entry yang panas panas. misalnya ye misalnye.

ehsan Google.

kebanyakan orang sekarang nak lari daripada realiti termasuklah aku.


p/s: geli okeh tengok gay dok raba raba kat bus stop, pegang2 tangan tadak malu di bulan posa ni. mencik ok.
Continue >>>
 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010