kehilangan kakak II


baru ada kekuatan nak menulis pasal ni..atau lebih mudah menyambung kisah ni kembali dengan harapan takkan nanges masa menulis ni..atau dengan kata yang mudah..aku tak sesedih masa memula tulis pasal ni... how to start back?

sepanjang perjalanan aku pakai shades even dah gelap jalan tu sebab mata aku terlalu bengkak dan aku malu nak tunjuk. segan dengan adik aku sebenarnya aku nanges teruk sangat. aku pon tamau dia terganggu dengar aku dan tengok aku nanges. laki takkan tunjuk air mata dia..cuma sepanjang perjalanan dia senyap kecuali kawan dia tepon napa tak jadi jumpa. dan dengan nada sangat perlahan dia jawab " kakak aku meninggal...." then offkan phone.

aku tak off sebab sepanjang perjalanan boleh dikatakan setiap minit adik beradik aku kol, sedara kol nak make sure aku sampai sebelum kakak aku dikebumikan. dan setiap saat aku doa aku sempat sampai sebelum kakak aku dikafankan. doa aku termakbul.

sedikit info tentang kakak aku:

kakak aku dilahirkan normal, dan pada umur 3 or 4 tahun dia jatuh buaian or tangga aku dah lupa dan otak dia cedera dan menyebabkan umur mentalnya terhenti pada umur 7 or 8 tahun macamtu. dia tak boleh nak pikir selogik umur kronologi dia. umur kronologi is umur mengikut tahun kita dilahirkan.means that kau dilahirkan 1987 so umur kau 24 tahun dan umur mental kau berkait rapat dengan umur.mungkin lebih matang dari umur and sort of. dan kakak aku umur mentalnya terhenti di situ. dan menjadikan dia OKU.

masa aku sampai kat rumah, masuk ikut dapor, dan tengok orang tengah mandikan kakak aku. terjelepuk kat situ. dan aku tak salam dengan sesapa pun. terus aku ke depan jumpa mak aku. mata dan berkaca gila dan aku tatau nak react macam mana time tu. mak aku just senyum nipis dan cakap dengan mak ngah aku " yang paling kuat mengusiklah yang nangis teruk". aku paling kuat mengusik kakak aku ni..kakak aku tak suka aku kalau aku balik umah sebab aku suka buat dia marah. maaf kakak. aku suka buat dia marah aku sebab aku jahat. aku suka bila dia marah, dia akan juih2 kan mulut dan cakap "dayah toek, dayah toek." dan aku gelak jahat dalam ati. Ya Allah jahatnya aku..

aku bangun ke dapur semula, dan tengok orang mandikan kakak aku. badan arwah kakak tinggal kulit dan tulang ja.kurus sangat. ( adoi, ternangis jugak. teringatnya aku...tahan2..abeskan entry ni). lepas tu, aku terduduk, aku menangis macam tiada esok bagi aku. aku sungguh2 nanges sebab aku dah tadak kakak nak mengusik. tadak kakak yang aku tido sebilik. tiada peneman aku dalam bilik. kami kongsi bilik berdua. teringat bunyi ketap gigi dia masa tidoq. kakak, i miss u so much.

dan ada yang datang tenangkan aku tapi aku takle nak berenti nanges. masa arwah dikafankan. masa nak tutup semuanya. aku sapu air mata aku, tahan. dan cium arwah kakak. sejuknya dan kerasnya. tulang semata. dan terdengar kakak aku lagi satu cakap " kesian kat kak linda, tahan air mata." aku ternanges tanpa sedar rupanya. aku rasa aku dah tahan secukupnya tapi still takle nak tahan masa cium. aku tak sempat nak mintak maaf dengan dia. terkilannya aku..aku tak sempat jumpa masa raya sebab aku sibuk beraya dengan kawan-kawan. dan akhirnya, aku jumpa balik kakak aku time nyawa dia dah diambil. bodohnya aku YA Allah. maafkan aku ya kak linda?

lepas tu, kakak dibawa ke kubur. aku nanges tak henti henti. kakak aku lagi sorang mintak aku temankan dia ke kubur. kami bertiga sekali dengan adik perempuan aku ke kubur. kami tengok dari jauh kakak dikebumikan. kami pandang dari tepi. biar semuanya selamat dulu. kakak aku lagi sorang ni sangat terkilan. sebab masa tengah hari dia marah kak linda sebab lambat. dia nak bawak ke klinik sebab kak linda dah seminggu makan dan muntah. mungkin dah habit kakak aku yang ni suka tinggi suara. kak linda masuk kereta dan lambai lambai kat mak aku. mak aku sebenarnya mak tiri kepada kakak-kakak aku. kak linda nak balik umah nenek sebelah mak kandung dia. btw mak kandung dia dah meninggal semasa lahirkan kakak aku yang bongsu.

dan masa tengah hari tu, kak own aku bawak kak linda ke klinik dan doktor check semua ok. just bagi vitamin. lepas tu. balik umah nenek, dia baring kejap. dia mula lemah. kakak aku masak nasik dan kejutkan dia nak suapkan nasik dan kak aku tak bangun dan terus senyap tanpa ada bunyi nafas dan gerakan kat dada tanda dia dah pergi. kak own aku gelabah dan terus panggil ambulan dan dah terlambat waktu tu. diorang cakap kak linda dah tadak. dia ralat sangat sebab dia marah kak linda.



baju dia pakai pagi tu masih elok ada kat tepi katil bilik aku. aku tak sampai ati nak ubah..masih kat tempat tu masa aku pulang ke kl.



tunggu sampai talkin abis dibacakan. dan bila dah semuanya selamat. kami ke kubur. dan hadiahkan al -Fatehah. ditemani abang aku. dan tunggu sampai semuanya redha dengan pemergian kakak aku. abah dan pakngah tunggu kami di luar kubur. dan kakak aku nanges mengogoi sedih sebab kubur kak linda jauh dari kubur arwah mak kandungnya. jauh sikit ke hujung, kubur mak kandungnya di tengah tengah. abah aku tak boleh nak sembunyikan perasaan sedih dia, nampak abah aku lap air mata dengan hujung baju melayu. 2 perempuan yang dia sayang, dah pergi..

aku? balik rumah, baring dan bila pejam mata, satu-satu benda muncul kat mata. dan akhirnya nanges sampai basah bantal. kak own kat sebelah ikut sama nanges dan kami berdua bangun dengan mata yang sangat bengkak dan kepala rasa macam nak pecah. pening sebab terlampau banyak menangis.



dan satu satu ingatan aku kat kakak aku terbayang kat mata waktu ni. dan air mata masih mengalir, dan kakak, al- Fatehah. kami merinduimu. tenanglah di sana. moga syurga tempatmu kakak.

bila difikirkan balik, Allah ambik awal-awal kakak aku mungkin tamau kakak aku menderita. dia tinggal kulit dan tulang, jari jari dia tak boleh di bengkokkan, rambut makin gugur. apa yang dia makan senang ja keluar, tak tinggal langsung dalam badan. mungkin di sana dia lagi tenang. lagi bahagia.. kita tatau masa bila kita akan diambil. dan semasa nyawa kakak aku diambil, tak sedar pon. dalam tidur. tak perasan dia dah pergi walaupun dia sebelah kakak aku lagi sorang masa tu.


dan aku akhiri entry ni.. dengan air mata berjuraian dan berharap sesiapa yang membaca entry ni menghadiahkan al-Fatehah kepada kakak aku dan doakan syurga tempatnya. aminn ya rabbal alamin.

8 comments:

♥CIK SHA♥ on October 16, 2011 at 4:16 AM said...

aku termenanges membaca entry ini..maafkan aku..

takziah buat hang sekeluarga..tabahkan hati..

aku doakan semoga roh arwah kakak hang ditempatkan bersama orang2 yang beriman..dah al-fatihah aku sedekahkan buat arwah..

APi on October 16, 2011 at 5:45 AM said...

memang sadis dan sebak cerita kau ni sebab lebih kurang sama dengan cerita aku masa arwah nenek aku dulu..







T.T








al-fatehah..

Mario on October 16, 2011 at 10:27 AM said...

Al-Fatihah....semoga rohnya bersama2 orang beriman...nasib kita camanalah agaknya nanti...sabar ye...

hidayahjamal on October 17, 2011 at 10:09 AM said...

smg rohnya dicucuri rahmat..jgn bersedih

pusher on October 17, 2011 at 1:21 PM said...

al fatehah,harap tabah.....

Nurfatin Liyana on October 17, 2011 at 9:21 PM said...

alfatihah.

ade hikmah semua nie,, mungkin Tuhan takmao dye derita lama2..sian kat dia.. n i dpt gak jmpe dye skali kan.. n i teringat jugak time yu sakat2 dye..

alfatihah. moga tenang disana,

amin...

ibnuismaini on October 20, 2011 at 10:37 AM said...

semoga ketabahan sentiasa menjadi milik kamu. amin.

hehe on October 29, 2011 at 8:08 PM said...

vio.. ter nanges gak mase baca entry neyh.. =( takziah..

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010