i have to work, i've got to work.


ni entry meluahkan perasaan terbuku di dada.

saya perlu bekerja, saya mesti bekerja disebabkan saya tau saya ni dah malu nak mintak duit kat mak abah walaupun belum habis belajar. ye, saya malu. saya ada rasa malu nak mintak duit ngan mak abah walaupun kadang kadang selamber badak ja mintak tapi masa mintak tu tebalkan muka nak mati dah mintak duit. so, disebabkan perasaan malu, aku nekadkan ati tuk bekerja.

so, sekarang aku bekerja sebagai ehem di ehem. takle cita sebab aku rasa tak penting untuk orang tau keja tak seberapa aku ni. disebabkan keja ni, aku banyak kena terima makian orang yang aku rasa tak penah aku terima banyak camni selama aku hidup. aku terima dengan lelehan air mata di pipi. tapi aku sembunyi. aku in the first row, so tak molek orang tengok mata merah, hidung berair. kann?

sebenarnya keja ni sangat penat. walaupun kadang kadang dok saja memerhati orang. "eh, pehal orang tua ni pakai camni", "eh pehal mamat arab ni kenyit mata kat aku", dan sebagainya. keja yang tak buleh duduk, keja yang memujuk dan keja yang aku rasa aku sangat penat aku nak buat. sebab aku nekad, sebab aku tak tahan dengan sindiran orang. aku gagahkan jugak keja.

disebabkan keja ni, aku banyak merungut kat orang yang aku rapat. aku cita apa yang jadik, apa yang aku kena arini dan sebagainya. disebabkan ni jugak, aku down. aku cita sebab aku nak ringankan beban dalam ati dan otak sebab aku buat keja ni terpaksa dan bukan ikhlas dari hati. aku TERPAKSA bekerja. dan rungutan tu akan ada. ya, aku berharap orang yang dengar rungutan aku tu akan bagi aku sokongan, angkat aku bila aku jatuh, dan ternyata aku silap. aku dijatuhkan lagi.

aku dijatuhkan dengan ayat yang amat pedih bagi aku terima. sebab aku ni perasa orangnya walaupon nampak macam kebal terima apa yang orang ngata aku. tapi aku ni ati tacing sebab tu aku nekad keja walaupun dalam ati aku pulun tamau keja. sebab aku masih belajar, aku masih ada banyak kelas aku kena tumpu, aku ada life yang aku nak enjoy. tapi aku ketepikan benda tu sebab duit dah jadi keperluan. aku bukan ada suami nak tanggung hidup aku. takkan dalam umur camni aku nak mintak duit lagi. walaupun aku ni dicop muka mengabehkan duit orang. ye, aku sedaq aku kena pegang duit sendiri dah dalam umoq camni. tapi.... aku belum abeh belajaq. hurm. paham la sket. jangan la sindir bila kawan umoq aku dah ada keja tetap, dah ada keta suma. aku LAIN.

dan tolong jangan DOWNkan aku lagi. dan aku rasa aku takkan merungut, or mengadu bahasa mudahnya kat orang lagi. sebab keputusannya amatlah menDOWNkan aku. bengkak mata nanges sebab ni. aku korbankan tak berpuasa dirumah, aku korbankan balik raya pertama dan bukan beberapa ari sebelum raya, aku korbankan masa aku dengan family, aku korbankan banyak benda. ingat tak sunyi ka bila dok umah sorang sorang? ingat bes ka bebuka makan sorang sorang? ingat bes ka dimaki ari2? ingat syok ka dengaq sora mak sayu kita takdak kat umah? ingat aku nak ka suma ni??

aku tahan keja kat situ dengan satu niat. takmau nyusahkan mak abah aku lagi. tapi malangnya, aku silap mengacom kat orang. patut simpan sorang sorang. takpayah mengacom. kan dah kena "tadak otak ka nak keja kat situ lagi?". hurm, tempat tu ja aku rasa senang nak keja. dekat. tapi satu tu jela. kena tahan makian. mungkin aku tadak otak, mungkin aku kena cari tempat keja lain. tapi aku tahan sebab janji aku. janji aku kerja sampai 9 oktober. tu janji aku.. aku bukan jenis orang yang senang senang buang janji sebab pentingkan diri. tu bukan aku. aku rasa sangat tak selesa bila aku kena mungkir janji.


sangat penat bila masalah satu satu datang dan tadak orang yang mampu bangunkan aku semula. kalau tak mampu bangunkan aku, jangan la jatuhkan aku lagi sampai aku tak mampu bangun sendiri. TERIMA KASIH.

2 comments:

ciK LyndaWawa igUana on August 10, 2011 at 7:03 AM said...

saya pun pelu keja....wa...selamat berpose ye..tak terlambatkan??

♥CIK SHA♥ on August 10, 2011 at 9:44 AM said...

yaya kan kuat! be strong girl..

 

mereng sebelah kepala ♣ ♣ ♣ Mamanunes Templates ♣ ♣ ♣ Be Purple by : Luth Textile (dot) com
Ilustração: Gatinhos - tubes by Jazzel (Site desativado) 17 March 2010